CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kembar tertukar di hospital KB 20 tahun lepas bertemu semula. Ringkasan #20. JKN

[Copy link]
 Author| Post time 28-6-2021 01:08 PM | Show all posts

Anak yang tertukar, wajib untuk tukar kembali bin/binti - Mufti Kelantan

28 Jun 2021 / 10:25 H.

KUALA LUMPUR: Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (pix) berkata ini kerana anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.

“Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja. Dalam kes ini ia ‘tersilap’, jadi apabila tersilap, insya-Allah Tuhan ampunkan.

“Tetapi, dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah...kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab melibatkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat.

“Kalau tidak, nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perbalahan),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohamad Shukri berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam berkenaan dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tragis selepas tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian itu hanya disedari tahun lepas selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata tidak menjadi kesalahan untuk anak yang tertukar itu terus tinggal bersama keluarga yang memeliharanya selama ini kerana dia dianggap anak sebenar kerana telah menyusu daripada ibu keluarga berkenaan.

Sehubungan itu, dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik seibu sebapa, katanya.

Mengenai wali dalam pernikahan pula, merujuk kepada kes ini yang kedua-duanya sudah kehilangan bapa kandung, Mohamad Shukri menjelaskan pengganti wali yang terdekat ialah abang atau adik-beradik lelaki kandung.

“Meskipun (Adryana Iwani) sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti bapa yang sebenar, wali asal.

“Andai kata sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, tidak jatuh hukum zina, tapi dia mesti angkat lafaz nikah baharu dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar,” katanya.

Bagaimanapun dalam kes ini, kesemua yang terlibat masih belum mendirikan rumah tangga.

Berkenaan ujian DNA bagi membuktikan tali kekeluargaan seseorang pula, Mohamad Shukri berkata ia boleh diterima pakai sebagai satu daripada mekanisme untuk menentukan nasab (anak kepada bapa).

Sementara itu, pakar genetik manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Thilakavathy Karuppiah berkata seseorang itu akan mewarisi 50 peratus daripada DNA ibu dan 50 peratus DNA bapa.

“Malah, setiap indidvidu pula mempunyai profil (corak) DNA yang berbeza, kecuali kembar seiras,” katanya.

Dr Thilakavathy berkata keputusan ujian DNA yang tidak boleh dipertikaikan adalah lebih kurang antara 96 peratus hingga 99.99 peratus namun, sebarang ujian DNA, ada kebarangkalian yang kecil akan memberi keputusan yang boleh dipertikaikan.

“Keputusan yang boleh dipertikaikan bukan bermaksud keputusan negatif. Semakin tinggi peratusan, semakin besar kemungkinan individu-individu yang diuji itu mempunyai tali persaudaraan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan akan berhubung dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 01:35 PM | Show all posts
sadis sungguh kisah ni...memang patut kena siasat dan siapa yang salah dibawa kemuka pengadilan...tapi hidup lagi ke Nurse atau doktor yang  handle kes ni..entah2 dah Innalillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2021 02:11 PM | Show all posts
'Ayah jatuh sakit apabila tahu saya bukan anak kandungnya'
| | 28 Jun 2021


Noratirah Husin, 20, (kanan), Adryana Iwani beni Yanin, 20, (tengah) dan Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lepas dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan Noratirah Husin ‘tertukar’ ibu bapa, meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu.

Tambahan lagi, 'ayah' yang membelanya selama ini, Husin Omar meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat sakit jantung pada November tahun lepas iaitu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui pada September 2019 yang mengesahkan dia bukan anak kandung lelaki itu.

Bagi Noratirah, ujian yang terpaksa ditanggung oleh ‘ayahnya’ itu amat berat dan kesedihan yang dialami bertimpa-timpa kerana ia terjadi tidak sampai dua tahun selepas pemergian ‘ibunya’ Rahmah Isa yang meninggal dunia pada tahun 2018 akibat kencing manis serta dua lagi saudaranya dalam tempoh itu.

“Saya sudah boleh menduga keputusan DNA itu kerana Adryani Iwani mempunyai banyak persamaan dengan saya. Sebaik ayah mengetahui tentang perkara itu, arwah mula berubah dan lebih banyak berdiam diri serta sering kali termenung.

“Pada sekitar September tahun lepas ketika di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada mama (ibu kandung Siti Aminah Ismail) yang memaklumkan hal keputusan ini (DNA). Jadi saya buka pembesar suara telefon supaya adik-beradik lain dan arwah ayah (Husin) pun dapat dengar apa yang mama ingin sampaikan,” katanya kepada Bernama.

Katanya, selepas dimaklumkan keputusan itu, arwah ayah terus menangis dan secara tiba-tiba dia mengadu sakit dada sambil menzahirkan rasa bimbang hendak melepaskannya memandangkan dia adalah anak bongsu daripada 12 beradik yang tidak pernah berpisah dengan keluarga.

Noratirah berkata, arwah ayahnya turut meluahkan perasaan terkilan kerana dia tidak dapat berjumpa dengan bapa kandungnya, Ibeni Yanin Mohd Salleh yang telah meninggal dunia lebih awal (tahun 2009) dan begitu juga dengan Adryana Iwani yang tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya Rahmah Isa (meninggal dunia pada tahun 2018).

Noratirah yang sedang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Poly-Tech Mara Cawangan Kota Bharu berkata, beliau kini tinggal bersama ibu kandungnya selepas ‘ayahnya’ (Husin) meninggal dunia ditambah lagi adik-beradik lain sudah berkeluarga.

“Walaupun saya telah tinggal dengan mama, tapi kami adik-beradik sebelah ayah (Husin) tetap berhubung, kalau ada masa hujung minggu akan berkumpul di rumah ayah, tapi disebabkan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan kini, kami bertanya khabar antara satu sama lain melalui telefon sahaja,” katanya.



Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lalu, dipercayai dilakukan oleh kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu hingga menyebabkan Noratirah Husin ‘tertukar’ ibu bapa - Foto Bernama

Adryani Iwani Ibeni Yanin pula menceritakan ibunya, Siti Aminah terduduk dan hanya mampu menangis apabila mengetahui bahawa Adryana Iwani tertukar dan bukan anak kandungnya.

Menurut Adryani Iwani, sebaik ibunya menerima keputusan DNA berhubung kedudukan ‘kembarnya’ itu pada September, perasaan ibunya tidak tenteram kerana bimbang perkara itu akan mengganggu psikologi ‘anaknya’ itu.

“Selepas terima keputusan, mama terkejut dan panggil saya berjumpa di bilik untuk mengelakkan Ana (panggilan untuk Adryana Iwani) tahu. Mama bagi tau, betullah Ana bukan anak mama dalam keadaan menangis. Beliau enggan percaya dengan perkara itu kerana terlalu menyayanginya.

“Ketika itu, saya hanya mampu memujuk mama kerana risau Ana mendengarnya dan mama meminta saya supaya merahsiakan perkara itu daripadanya kerana tidak mahu dia berkecil hati,” katanya.

Sementara itu, Adryana Iwani yang tertukar dalam kejadian itu menzahirkan perasaan sedih kerana hanya sempat mengenali ayah kandungnya (Husin) itu kira-kira dua bulan sebelum meninggal dunia.

“Sudah pasti saya sedih, tahu-tahu kita ada keluarga lain selepas 19 tahun terpisah, lagi sedih saya tak pernah jumpa dan mendapat kebahagian daripada ibu kandung sendiri. Disebabkan salah orang lain, kami yang menanggung derita,” luahnya yang mengakui gred purata nilai kumulatif (CGPA) pengajiannya turut terjejas akibat kejadian itu.

Ditanya bagaimana dia berdepan situasi getir itu, mahasiswa Pentadbiran Korporat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan itu berkata dia tidak mahu melihat ‘ibunya’ susah hati mengenangkan dirinya sekiranya melihat dia asyik menangis memikir perkara yang telah terjadi.

Mengenai perkenalan dengan arwah ayahnya dalam masa yang singkat, Adryana Iwani berkata dia sendiri dapat merasai ‘aura’ bapa kandungnya selepas kali pertama berjumpa.

“Pada kali pertama berjumpa, perasaan saya itu bercampur baur, seronok pun ada dapat jumpa ayah kandung, tapi sedih pun ada sebab takut dia tidak boleh terima baik buruk saya kerana selama ini Noratirah antara anak kesayangannya.

“Tapi saya bersyukur kerana adik-beradik lain layan saya macam adik sendiri dan keluarga pun semakin bertambah besar,” katanya yang sempat menerima cincin daripada ayahnya dan meninggalkan pesan untuk terus hormat kepada keluarga yang membesarkannya terutama ‘ibunya’, Siti Aminah. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tentulah ayahnya sakit jantung sebab fikir anaknya kandung dia juga dan arwah isteri yg x pernah jumpa anaknya kandungdan fikir anaknya angkat juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-6-2021 12:03 PM
kalau anak lahir pakai barcode ok tak? lepas tu barcode terus install dalam handphone mak masing2 ke ...

Barcode tu enjek microchip dalam badan baby ek hehehe
Bukan bila lahir lahir je terus tag kat tgn ke Baby of Rahim Yahya (contoh)
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 03:58 PM | Show all posts
ada org share anak dia pun hampir tertukar jugak

ye la baru bersalin tak sampai sehari. muka baby pun tak cam sangat lagi, dah la muka baby selalu berubah2

nurse bagi anak kat dia lepas mandi, anak dah siap bedung bagai. tag kat kaki dah tak nampak. masa dia ambik anak tu dia dah rasa lain, macam bukan anak dia. so dia bagitau la nurse tu..rasanya ni bukan anak saya

baru la nurse tu bukak bedung & check tag. betul la bukan anak dia. tertukar dgn anak katil sebelah. nurse tu sengih je la & pegi tukarkan balik

nasib la tag nama betul. kalau dah tersalah tag memang tak tau nak cakap apa la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2021 04:02 PM | Show all posts
wikedsaikel replied at 28-6-2021 03:37 PM
Barcode tu enjek microchip dalam badan baby ek hehehe
Bukan bila lahir lahir je terus tag kat tgn ...

fikir balik lebih kepada kecuaian nurse je ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 28-6-2021 07:12 AM
Mcam mana rupa muka anaknya yg lelaki tu sb rasanya anak nya mmg ikut muka mak ayah...hehe

Tu la yg kembar leona tu mmg nampak jelas ikut muka ayah die azhar sulaiman.
Cume bile timbul muka lelaki luar yg serupa leona, rase mcm die pulak kembar leona. Sebijik rupe die.
Entahlah , ni pendapat iols je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 08:13 PM | Show all posts
miszclassique replied at 27-6-2021 01:29 PM
Tapi aurat dah lain huhu kalau i mmg i akan membawa diri jugak lah, just keep in contact tapi sedi ...

If Yana 3 kenyang minum susu "ibu" nya seblm 2 thn. Yana anak susuan keluarga tu, so dah jadi mahram...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 10:22 PM | Show all posts
nak tanak DNA test mmg kena buat dah moving forwaard.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
So skrg tiga beradik lah jadinya sbb satu lg famili tu mak bapak dah xde
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 10:40 PM | Show all posts
MontanaHannah replied at 27-6-2021 05:02 PM
kita kena berkeras supaya perkara jadi baik.

Salah orang yang ko hina ni. Apa salah budak tu sampai ko kata muka dia buruk? Dia sendiri pun kalau boleh tak nak dipelihara oleh bukan mak bapak kandung dia.

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 10:49 PM | Show all posts
Lawa kembar tu...syukurlah berjumpa akhirnya walau tragis

Yg paling kesian yg the odd one tu...mesti terasa sgt...parents sebenar pulak dah meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 11:13 PM | Show all posts
sakit hati aku baca, kesian sungguh nasib 2 family ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
tp kan kira nsb baik jgk dorg masih dlm negeri yg sama..cuba tertukar ngn ank bangsa lain..cth dibela kt estet...lambat lg nk jmpa kan..
risau plak nk beranak nnti..tp xkawen lg pun
mcm nk tau plak kembar yg fake tu selama ni ngam x ngn kembar fake dia tu..msti rapat kot sbb dh hidup sbg kembar almost 20yr..
baca thread ni rasa sedih kot..sbb feeling  sikit sbb i fhm kalau ada kembar ni cmna..benci2 syg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 05:58 AM | Show all posts
toxicated replied at 28-6-2021 04:31 AM
Aku hrp ko pun hensem or cantik lah in real life deknah. Teringin nak tgk keindahan wajah ko.
Sb ...

Kalau sudah berani kata orang lain hodoh ,xlawa xkanlah diri sendiri pula hodoh !

Kita cakap tulus ikhlas lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2021 06:11 AM | Show all posts
G-Pitts replied at 28-6-2021 10:40 PM
Salah orang yang ko hina ni. Apa salah budak tu sampai ko kata muka dia buruk? Dia sendiri pun kal ...

ko mana tahu dia kalau boleh nak mak bapa kandung dia bela dia???

Aku memang benci org yg rampas hak org ni

mmg bukan salah dia , tetapi sekarang dia dah tahu pergi berambuslah , kenapa org lain kena bela dia lagi??? anak sebenar sudah ditemui...saja nak jadi biawak dalam keluarga org .Sadis !!!!!!!!!

tetapi aku tetap benci

sebab aku anti orang rupa buruk

mmg muka budak tertukar tu muka org susah

malang yg seornag lagi teraniaya ,hak dia dirampas budak muka buruk ni.

Aku bencilah !!!!!!!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 29-6-2021 06:11 AM
ko mana tahu dia kalau boleh nak mak bapa kandung dia bela dia???

Aku memang benci org yg rampa ...

Assalamualaikum hannah. ....

Orang rupa buruk bukan kehendak dia tapi tu Allah yg jadikan


Tapi orang yg gemok mcm badak air tu mmg bukan Allah yg jadikan tapi dia melantak x hengat diri ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi budak Ana dlm ni x dela muka buruk aku tengok...comey je cuma dia agak gelap sikit dari sikembar tu...cuba sikembar tu pun gelap. ..sama je la. ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 07:57 AM | Show all posts
teruknya la perangai hina2 muka org.. tu allah yang jadikan apa masalah kau.... kalau bukan mak sebenar tu dah susukan dia kan dah jadi anak susuan.. mahram la.. dah dia pun parent dah meninggal.. mak ni kalau dh bela dari kecik sayang dia lain... sibuk je fikir masalah orang dah kenapa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.615318 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list