CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: NIXAR

[Jenayah] Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?

 Close [Copy link]
Post time 31-7-2014 09:50 AM | Show all posts
hari selasa tu tertgk cite johnny english rowan atkison @mr bean berlakon cite
ni jd agen perisik yg bongok

misi agent ni nk cari M17 senjata la kot x tgk abis pn nk tido
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2014 10:01 AM | Show all posts
Apa cerita kotak hitam..senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 02:45 PM | Show all posts
MH17: Baki 80 Mayat Masih Di Lokasi Nahas
Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 2:35 PM

CANBERRA: Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, baki 80 mayat daripada 298 mangsa yang terbunuh dalam insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas masih berada di lokasi nahas.

Bagaimanapun katanya, tindakan Rusia mungkin mengecewakan usaha polis Belanda dan Australia untuk mengumpul baki mayat mangsa nahas itu.

Dakwa Bishop, beliau kuatir Rusia mungkin menjadi dalang terhadap usaha menyekat akses pasukan polisi ke lokasi pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata mungkin terlalu awal untuk semua pihak membuat penilaian mengenai perkara itu.

Menurut Bishop lagi, peranan utama polis adalah untuk mengumpul baki mayat namun pada masa sama bagi mendapatkan bukti mengenai pihak yang melepaskan tembakan roket terhadap pesawat itu.

Buat masa katanya, puak pemisah adalah suspek utama.

"Saya takut Rusia bertindak untuk melemahkan proses ini. Kami mempunyai sokongan yang kuat dari kerajaan Ukraine namun pertempuran dengan puak pemisah masih berlanjutan dan tidak ada gencatan senjata," kata Bishop.

Credit To:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/31/baki-80-mayat-masih-di-lokasi-nahas/


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 02:48 PM | Show all posts
pumpkingirl posted on 31-7-2014 10:01 AM
Apa cerita kotak hitam..senyap je

MH17: Data Kotak Hitam Sah, Tidak Diusik

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 8:45 AM


THE HAGUE: Pasukan penyiasat Belanda berhubung kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine berkata pihaknya sudah memuat turun data kotak hitam dan mendapati perakam datanya tidak pernah diusik.

"Pihak kami tidak temui bukti atau tanda-tanda manipulasi terhadap perakam itu," kata Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) dalam kenyataan.

"Data berjaya dimuat turun dan perakam data penerbangan itu mengandungi data sah penerbangan," katanya.

Pada Rabu OVV berkata mereka berjaya memuat turun rakaman dari kotak hitam perakam suara kokpit.

   


Alat perakam berkenaan, yang diperoleh daripada serpihan di timur Ukraine, kini dianalisa di ibu pejabat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB)di Farnborough, di barat daya London.

Pakar AAIB ditugaskan mendapatkan maklumat daripada perakam suara kokpit itu, yang mendedahkan perbualan juruterbang selama beberapa jam.

Kotak hitam itu - yang sebenarnya berwarna oren - dihantar ke Farnborough oleh OVV, yang mengetuai penyiasatan antarabangsa berhubung pesawat yang terhempas itu, yang mengakibatkan 298 orang maut, 193 daripada mereka warga Belanda.

Credit To:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/25/data-kotak-hitam-tidak-diusik/


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 11:21 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 31-7-2014 07:46 AM
tu la kan ..

lebih2 lagi yang teori yang kata .. mh17 ni mayat2 nya adalah mayat2 dari mh370

Melampau sgt la kalau kate mayat mh17 tu dr mh370
elok sape yg kuwa teori tu mohon terjun laut
2org crew dlm tu kwn dan sedara i
same kes mh370 slh sorg crew pn sedara i

takkan nak memaen kot hal mati2 ni



Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 11:23 PM | Show all posts
kelana36 posted on 31-7-2014 09:07 AM
nampak macam shrapnel dari missile yang datang dari arah depan kena sebelah kiri cockpit.

Until today, i tetap takley tgk gamba2 mcm ni
terbayang saat dorang 'diserang' oleh pihak bertanggungjwb.
sedih sgt hati ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai posted on 27-7-2014 01:29 AM
Apa kepoweran dia?

pentuntut tebaik kursus asas komando taun bpe ntah x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 02:13 AM | Show all posts
ida88 posted on 31-7-2014 11:21 PM
Melampau sgt la kalau kate mayat mh17 tu dr mh370
elok sape yg kuwa teori tu mohon terjun laut
2 ...

ha`ah setuju ..
sebab tu kita pun tak leh terima teori tu ..
dan ..
yang dok post2 gambar2 mayat2 tu ..
walaupun dah d ingatkan jangan post gambar yang tak d sensor
kesian kat keluarga dan kengkawan mangsa



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2014 04:53 AM | Show all posts
MH17 probe inches forward as experts reach Ukraine site

By Anna Malpas with Max Delany in Kiev 3 hours ago


Rozsypne (Ukraine) (AFP) - An international probe into the downing of flight MH17 in eastern Ukraine inched forward on Thursday as experts risked attack to reach the site for the first time in nearly a week after Kiev announced a halt to its military offensive.

A small team of Dutch and Australian experts accompanied by international monitors accessed the vast site of the doomed Malaysia Airlines jet after days of fierce fighting between government forces and rebels had stopped them reaching the area.

The Dutch justice ministry said the team was so far only a "reconnaissance" mission but would hopefully pave the way for more experts to visit soon.

In a sign of the continuing insecurity, an AFP team following some minutes behind the convoy heard loud blasts just a few kilometres away from the site and saw black smoke rising from a village close to where some of the plane wreckage is lying.

Ukraine's military had earlier announced a "day of quiet" across the entire east after a plea from UN chief Ban Ki-moon to halt fighting around the crash site, where the remains of some of the 298 victims lie festering in the sun two weeks after the jet was shot down over rebel territory.

Kiev has continually blamed pro-Russian rebels controlling the site for blocking the probe and warned that insurgents were still shelling its troop positions across the region. The rebels responded that Ukraine had not stuck to its truce.

- Daily work to start -

On a visit to the Netherlands, Malaysian Prime Minister Najib Razak appealed for an "immediate cessation in and around the crash site by both Ukraine and separatist forces."

Ukrainian President Petro Poroshenko said Thursday's site visit went well and gave a guarantee that experts would be able to work daily at the scene from Friday in a phone call with the Australian and Dutch prime ministers, calling on rebels to respect a 20-kilometre (12-mile) ceasefire zone around the debris.

The West says the insurgents likely shot down the plane with a missile on July 17, but Russia and the rebels said it could have been blown out of sky by a Ukrainian jet.

Russia's aviation authorities said a team of their own experts had arrived in Kiev and were hoping to reach the crash site.


Meanwhile, negotiators from Kiev and Moscow began talks in the Belarussian capital Minsk. Past talks have proved unproductive and there was little hope for a major breakthrough despite Russian media reports that the rebels were also attending.

That came as lawmakers in Kiev ratified agreements with The Hague and Canberra that could see the two nations send some 950 armed personnel to secure the location where many of their nationals died.

However, Australian Foreign Minister Julie Bishop told journalists in Kiev that the pact was only an "insurance policy" and insisted there were no plans for officials to take armed forces to the crash site, wary of becoming entangled in a murky conflict that has claimed over 1,100 lives in more than three months of bitter fighting.

Despite the brief lull, the death toll has continued to climb, with Ukraine's army saying that 11 soldiers had been killed over the past 24 hours while local authorities said clashes in the rebel stronghold of Lugansk had left three civilians dead, including a five-year-old child, in the same period.

- Tensions rising -

The rising toll comes against the background of fresh threats from the West that they could tighten the screws still further on Russia over its role in the Ukraine conflict.

A defiant Moscow has warned that fresh EU and US sanctions targeting its vital energy, arms and finance sector would backfire.

In Europe, concerns that tougher sanctions against Moscow could hurt the region's economy saw the continent's main stock markets fall on Thursday, with German sportswear giant Adidas warning its profits could be hit by worsening relations with key market Russia.

Some EU diplomats expressed concern that tighter sanctions may in fact embolden President Vladimir Putin, convincing him that he no longer has anything to lose by further escalating the Ukraine conflict.

NATO's top commander said on Wednesday that Russia had boosted the number of troops along the border with Ukraine to "well over 12,000" and that the figure was on the rise.

Russia also ratcheted up tensions by announcing fresh war games involving surface-to-air missiles along its southern flank.

Lawmakers in Britain -- where a fresh probe into the radioactive poisoning of Russian spy Alexander Litvinenko is set to stoke fresh tension with Moscow -- warned NATO is not ready to deal with a military attack by Russia on a member state.

Credit To:
http://news.yahoo.com/ukraine-military-announces-day-long-halt-offensive-east-081207785.html


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 10:08 AM | Show all posts
Malaysia akan umum hari berkabung untuk MH17 - Najib

AMSTERDAM: Malaysia akan mengumumkan hari berkabung negara untuk nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sebaik sahaja mayat dan jenazah mangsa warga Malaysia tiba di tanah air, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata ia khusus bagi seluruh negara berkabung untuk mangsa yang terkorban dalam nahas itu, dan untuk memberi penghormatan kepada mereka.
Penerbangan MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.


Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.

"Kami akan isytiharkan hari berkabung untuk seluruh negara dan saya akan berada di sana untuk menyambut mayat-mayat apabila ia sampai," katanya pada majlis makan malam penghargaan bersama-sama pasukan siasatan khas Malaysia di sini pada Khamis malam.

Menyentuh 195 warga Belanda yang terkorban dalam nahas itu, Najib berkata beliau telah berjumpa beberapa warga Belanda dan mereka tidak menyalahkan MAS atau Malaysia berhubung nahas itu.

"Ia sesuatu di luar jangkaan. Rakyat Belanda memahami keadaan itu dan mereka bersama-sama kita," katanya.
Berhubung lawatan dua hari beliau ke Belanda sejak Khamis, Najib berkata ia bagi menyampaikan ucapan takziah kepada Netherlands dan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

Najib, diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya tiba di sini pada Khamis pagi.

Najib mengadakan pertemuan dengan Rutte di The Hague bagi membincangkan nahas MH17 di Ukraine, sebelum ke Hilversum untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi itu yang identiti mereka sedang dikenal pasti menerusi proses forensik.

Perdana Menteri turut melahirkan penghargaan kepada pasukan siasatan khas Malaysia yang telah memberikan komitmen mereka dalam membawa mayat mangsa-mangsa ke Netherlands, dan terlibat dalam mendapatkan dua kotak hitam MH17 dan juga kepada mereka yang terbabit dalam Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

Najib berkata Malaysia komited untuk menegakkan keadilan bagi keluarga mangsa dan membawa dalang tragedi itu ke muka pengadilan.

Beliau berkata dengan penemuan kotak hitam pesawat itu, beliau berharap maklumat dalam kotak hitam itu mengandungi bukti kukuh untuk membawa pihak yang bertanggungjawab bagi tragedi itu ke muka pengadilan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 10:09 AM | Show all posts
Mahu abu mayat dibawa pulang

Putrajaya: Beberapa waris penumpang pesawat MH17 warga Malaysia yang berketurunan Cina mahu mayat ahli keluarga mereka dibakar di Belanda dan abu mereka dibawa pulang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata beliau sudah menemui wakil empat keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu bagi membincangkan mengenai majlis penghormatan terakhir yang akan dijalankan. “Pertemuan ini diadakan untuk mendengar pandangan ahli keluarga mengenai urusan penghantaran pulang mayat selain mendengar masalah yang mereka hadapi.
Waris alami tekanan

“Ada antara mereka amat memahami situasi ketika ini dan langsung tidak berhasrat untuk ke Belanda kerana menyedari bahawa mereka tidak boleh melakukan apaapa di sana.

“Saya memahami tekanan yang dihadapi mereka dan kerajaan akan berusaha memberi segala bantuan serta sokongan yang sewajarnya termasuk menjalankan upacara penghormatan terakhir mengikut keinginan ahli keluarga,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengadakan mesyuarat mengenai urusan pengurusan jenayah penumpang MH17 di sini, semalam.

Selain Tiong Lai dan Ka Siong, mesyuarat itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Ka Siong dan Joseph bertanggungjawab berhubung pengurusan jenazah mangsa yang bukan beragama Islam, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi jenazah mangsa beragama Islam. Sementara itu, persediaan menyambut mayat mangsa nahas sedang giat dijalankan.

Antaranya, Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah dipersiapkan dengan pelbagai kemudahan untuk menyambut semua jenazah. Van jenazah juga dilihat sudah tersedia dan khemah didirikan di pekarangan kompleks itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 10:10 AM | Show all posts
Nahas MH17: Siap sedia sambut jenazah

Sepang: Persediaan sudah dibuat untuk menerima kepulangan jenazah rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat MH17 terhempas di Ukraine.

Ketika tinjauan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam, van jenazah sudah tersusun rapi.

Beberapa khemah turut didirikan di pekarangan kompleks.

Dalam satu raptai, anggota tentera daripada Rejimen Askar Melayu Diraja yang lengkap beruniform kelihatan mengusung keranda dengan penuh hormat untuk diberi penghormatan terakhir.

Namun, jenazah dan mayat 43 rakyat Malaysia hanya dijangka tiba di tanah air dalam tempoh tiga minggu lagi.

Seorang pegawai yang terbabit dalam urusan pengendalian jenazah, berkata persediaan awal dibuat bertujuan memastikan proses ketibaan jenazah berjalan lancar.

“Hari ini (semalam) hanya satu raptai untuk menyambut jenazah. Ia masih dalam peringkat perancangan dan ia masih belum dimuktamadkan.
Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.

“Satu mesyuarat akan diadakan esok (hari ini) untuk membincangkan secara terperinci proses menyambut ketibaan jenazah nanti,” katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 10:12 AM | Show all posts
Both sides must stop fighting at MH17 crash site: Malaysia PM

Malaysian Prime Minister Najib Razak appealed Thursday for an "immediate cessation" of fighting between Ukraine government forces and rebels around the crash site of flight MH17 near the Russian border.
"I ask the immediate cessation of the hostilities in and around the crash site by both Ukraine and separatist forces," he said after talks with his Dutch counterpart Mark Rutte in The Hague.
"We ask that all sides respect the lives lost and the integrity of the site. The long walk towards justice begins with this step."
Rutte said crash investigators and those charged with retrieving bodies may not be able to access the site for days.
He described the pain caused by the accident, in which 298 people died, many of them Dutch and Malaysian, as "almost impossible to bear".
Malaysia and the Netherlands shared three priorities, Rutte added: to bring home the victims' remains and belongings, determining the cause of the disaster and ensuring the perpetrators are brought to justice.
"We will have to seriously take into account the possibility that we will not be able to gain access (to the crash site) in the coming days either," Rutte said.
Dutch and Australian investigators have been thwarted in their efforts to reach the site for five day in a row by fighting on and around the route there from Donetsk.
"You may rest assured that we will continue to try again and again to reach the crash site so that the experts can do their work," said the Dutch premnier.
Kiev on Thursday announced a day-long halt to its deadly offensive to oust pro-Russian rebels in east Ukraine in an effort to allow the investigators to access the site.
UN Secretary-General Ban Ki-moon has also called for a halt to fighting in the area of the crash, where remains from some of the 298 victims lie festering in the sun some two weeks after the jet was shot down over rebel territory
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluarga akan ke amsterdam dan iringi jenazah pulang ke msia,dlm berita tv3 smlm.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 11:05 AM | Show all posts
semoga semua mayat boleh dapat cari........sakit hatinye.....

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 11:07 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 22-7-2014 11:09 AM
kotak hitam tu walau pun tidak tunjuk msissile siapa yang tembak, tetapi banyak maklumat yg boleh di ...

yeye, kotak hitam sgt sgt sgt penting

dia dpt memaparkan byk bukti, seperti apa yang telah dikata oleh juru flight tu ktk mh17 kena tembak.....adakah flight yang mendekati mh 17 sblm tertembak oleh missile?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2014 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Namun, jenazah dan mayat 43 rakyat Malaysia hanya dijangka tiba di tanah air dalam tempoh tiga minggu lagi.

Tiga minggu?
Lamanya ye.. tiap kali dgr bacaan fatihah kat tv, mesti iols sedih.
inikan pula perasaan next of kin dan kakitangan MAS.
inilah dugaan..
Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura posted on 28-7-2014 09:19 PM
semana seorang askar boleh sebut perkataan ''takut''..?? askar jenis apa penakut nih...?? :d ...

Baru iols tau pyro ni org unifom...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 02:13 PM | Show all posts
theotherfriend posted on 1-8-2014 11:56 AM
Namun, jenazah dan mayat 43 rakyat Malaysia hanya dijangka tiba di tanah air dalam tempoh tiga mingg ...

payah kan proses nya, dapat keadaan mangsa yg dah berhari2..tak sempurna, hancur gitu
kena la proper check..

rata2 aku baca, byk keluarga yg sikit2 boleh terima jangka waktu lama nak kena tunggu ni,
diorang pun faham procedur..

betul, sedih bila sekejap2 TV stop... ada bacaan al-fatihah

aku pun takleh nak bayang pada hari jenazah2 tiba ditanahair nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 04:30 PM | Show all posts
ICAO Perlu Bertanggungjawab Ke Atas Insiden MH17
Friday, 01 August 2014



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat menggesa ICAO, badan penerbangan awam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meningkatkan peranannya bagi mengelak tragedi seperti MH370 dan MH17 berulang.

ICAO ialah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, agensi khusus di bawah PBB bagi membangunkan standard antarabangsa dan mencadangkan amalan peraturan penerbangan awam antarabangsa.

"Tragedi jet MH17 terhempas sangat tragik. Dalam mendepani tragedi itu, sudah sampai masanya untuk ICAO menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin memandangkan ia sebuah badan kawal aturan PBB yang memantau penerbangan awam," katanya.

"Sebelum kejadian itu, tiada nasihat dikeluarkan oleh ICAO mengenai risiko terbang di ruang udara Ukraine, terutama di zon perang di Timur.

Selepas berlakunya tragedi itu, walaupun dikritik masyarakat antarabangsa, IACO masih berdiam diri
."

Tee Keat mengulas hakikat bahawa setelah hampir dua minggu pesawat MH17 terhempas, ICAO belum pun mengadakan mesyuarat tergempar majlis eksekutifnya, langlah yang dilakukannya selepas jet Soviet menembak jatuh pesawat syarikat penerbangan Korea Selatan pada 1983 dan kapal US menembak jet penumpang Iran pada 1988.

Tee Keat ialah Menteri Pengangkutan yang memain peranan penting memasukkan Malaysia sebagai anggota ICAO.

"Berdasarkan pengalaman MH17, MAS wajar menimbang semula pergantungannya kepada IACO," kata Tee Keat.

Mengulas kritikan ke atas MAS yang terbang di Ukraine, Ong berkata: "... MAS tidak harus dipersalahkan kerana ia bukan syarikat penerbangan tunggal yang terbang di ruang udara Ukraine. Ia hanya merupakan satu daripada beratus pesawat yang menggunakan laluan yang diluluskan itu."

Tee Keat juga berkata kawalan trafik udara Ukraine juga perlu bertanggungjawab kerana memberikan pelepasan kepada Malaysia Airlines untuk terbang di ruang udaranya.

"ATC Ukraine perlu membuat penjelasan kepada masyarakat antarabangsa mengenai kewajarannya mengarahkan MH17 terbang pada paras lebih rendah pada 33,000 kaki dan tidak pada ketinggian 35,000 kaki yang ditetapkan sebelum itu.

"Saya bangkitkan perkara ini bukan untuk mencari salah siapa, namun bertujuan memastikan tiada perkara yang diketepikan dalam siasatan untuk mengetahui punca sebenar tragedi ini," kata Tee Keat.

"Malaysia tidak sepatutnya dijadikan korban dalam konflik geopolitik membabitkan Rusia, Ukraine, US dan sekutunya.

"Mereka yang bertanggungjawab ke atas kejadian ini perlu dihukum kerana telah melakukan jenayah tidak berperikemanusiaan, perbuatan keji dan tidak bertamadun dengan menembak jatuh jet awam."

Sementara itu, dua anggota parlimen (MP) menggesa Malaysia mengkaji semula nasihat ICAO.

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyuarakan kebimbangannya dan berkata MAS wajar melakukan analisis risiko bebas bagi laluannya.

"Jangan bergantung sepenuhnya kepada ICAO. Saya menggesa kerajaan mengkaji semula perkara ini dan memastikan kita dapat menjamin keselamatan pesawat-pesawat kita," katanya.

MP Seremban Anthony Loke turut berkongsi sentimen Mahfuz dengan menggesa MAS supaya tidak bergantung sepenuhnya ke atas garis panduan ICAO.

"ICAO juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa bukan bidang kuasanya untuk memutuskan laluan mana yang selamat atau tidak.

"Oleh itu kita tidak wajar bergantung kepada mereka (ICAO)... kita perlu gunakan pendekatan baharu," kata Loke.

Beberapa kumpulan juruterbang sangat kritikal terhadap analisis risiko semasa dan proses makluman.

Penerbangan Malaysia Airlines 17 "mendedahkan kelemahan ketara - jika tidak pun kegagalan - risiko penilaian dan ancaman antarabangsa dalam penerbangan awam," kata Nico Voorbach, Presiden Persatuan Kokpit Eropah yang mewakili para juruterbang.

Kontroversi mengenai sejauh mana amaran keselamatan dikeluarkan atau disahkan merupakan kegagalan besar dalam siasatan penerbangan MH17.

Penyiasat Belanda berkata mereka mahu menyiasat keputusan dan amalan syarikat penerangan membabitkan amaran mengenai zon perang.

ICAO pada masa ini mempunyai peranan yang terhad dan tidak boleh membuka atau menutup ruang udara.

Pada mesyuarat baru-baru ini, badan penerbangan awam PBB itu berkata ia akan segera menubuhkan pasukan petugas mengenai keselamatan syarikat penerbangan, dan menyatakan bahawa walaupun ia kompleks dan sensitif dari segi politik, tindakan segera perlu diambil selepas MH17 terhempas.

ICAO, bersama-sama industri penerbangan dan kumpulan penerbangan lain berkata mereka akan mengkaji sejauh mana maklumat keselamatan boleh dikumpul dan disebarkan dengan betul.

Badan itu akan mengadakan persidangan keselamatan pegawai atasan pada Februari 2015 untuk membincangkan perkara itu.

Credit To:
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140801210572/umum/icao-perlu-bertanggungjawab-ke-atas-insiden-mh17


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78644rakku
Views : 404 Replies : 0
akku
kuku78644rakku
Views : 1212 Replies : 0
akku
akku78875akku
Views : 2930 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 4243 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 5154 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:16 AM GMT+8 , Processed in 2.724534 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list