|
|
[Jenayah]
Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?
[Copy link]
|
|
|
Jamil Khir, Joseph Kurup Dilantik Kendali Proses Jenazah MH17
?resize=768%2C432
Kerajaan bersetuju melantik dua menteri bagi mengendalikan proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dua menteri berkenaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi jenazah Islam manakala Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam.
Selain itu katanya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula dilantik bagi menguruskan waris jenazah berkenaan.
“Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan menteri ini akan bermesyuarat untuk membincangkan kaedah sesuai dalam pengurusan jenazah. Ini tidak termasuk menteri lain seperti (Menteri Luar) Datuk Seri Anifah Aman dan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut sama menyumbang dalam isu ini.
“Angkatan Tentera Malaysia pula diberi tanggungjawab dari sudut adat istiadat ketenteraan untuk menyambut jenazah tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar bersama Pegawai Kanan ATM dan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kapal KD Mahawangsa di Pelabuhan Klang hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Khamis lepas, pesawat Boeing 777-200 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan timur Ukraine.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Pesawat itu dilaporkan berlepas pada 12.15 tengah hari waktu Belanda dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi Jumaat.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata walaupun negara sedang dihimpit tragedi pesawat MH17, namun usaha mencari serta mengesan kehilangan pesawat MH370 yang sejak Mac lepas masih diteruskan.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerjasama kerajaan dengan negara China dan Australia dalam pencarian pesawat MH370 masih diberi perhatian khusus sehingga ia berjaya ditemui semula. – Bernama
http://mynewshub.my/main/2014/07 ... roses-jenazah-mh17/ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 25-7-2014 08:50 AM 
kampung juga Ukraine ini...tapi cantik lah countryside nya..aweknya cantik tak...
1 bini org uk ...
moga dimudahkan urusan pencarian 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 25-7-2014 09:30 AM
dengki lah tu...engkau duduk kampung shj lah...kira bini org...hahahaha
Baru balance munggu..mesti ada satu wakik dari asia..klu dia balik kg buleh bekal tarap n sayap ayam hha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 25-7-2014 09:20 AM 
Ada thread tentang ni tak?
ada dah noor
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami Di MAS Sering Bertahlil, Solat Hajat Sejak Insiden MH370
?resize=650%2C413
Kakitangan Malaysia Airlines (MAS) tetap gigih dan tabah menjalankan tugas biarpun banyak ujian yang harus ditempuhi, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Katanya, biarpun berdepan dua tragedi dalam tempoh yang singkat, namun semua kakitangan MAS tetap menjalankan tugas mereka demi kepuasan pelanggannya.
“Kakitangan MAS masih gigih menjalankan tugas mereka, ini (tragedi MH17 dan MH370) satu ujian yang harus kami hadapi dengan tabah,” katanya selepas bacaan Yasin dan Tahlil serta solat hajat yang akan diadakan di Masjid Petra, di sini, hari ini.
Majlis anjuran MAS itu dibuat khas untuk memperingati pemergian anak kapal dan penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lalu.
Ahmad Jauhari berkata, sejak kehilangan pesawat Boeing 777-200 MH370, MAS sentiasa mengadakan majlis tahlil dan soalt hajat di peringkat dalaman.
“Sebenarnya selepas peristiwa kehilangan MH370, kami sering mengadakan majlis tahlil dan solat hajat, tetapi ia cuma diperingkat dalaman, jabatan yang anjurkan,” katanya.
http://mynewshub.my/main/2014/07 ... ejak-insiden-mh370/ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
biggirlduncry posted on 25-7-2014 09:32 AM
ada dah noor
Oh...tq biggirl.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
djflux2000 posted on 25-7-2014 09:32 AM 
Baru balance munggu..mesti ada satu wakik dari asia..klu dia balik kg buleh bekal tarap n sayap ay ...
yelah..ada budget tambah lagi ..1 bini org korea kpop....bla bla...
kamu dah kira bini org di kampung tu??? tak lama raya ne...jangan terlambat... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
biggirlduncry posted on 25-7-2014 09:32 AM 
moga dimudahkan urusan pencarian
amin...see the leg lah bro... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha maaplah tahun ni x raya kat kampung...kira pakai google earth saja bleh? Hahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 25-7-2014 09:20 AM 
Ada thread tentang ni tak?
Ada thread untuk flight algiers ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
uda posted on 25-7-2014 09:39 AM
Ada thread untuk flight algiers ni
Okay uda...tq |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzunnun posted on 25-7-2014 08:02 AM
Ekau ponah makan buah penampo tak? Tak? Tak?
Bangang bin bahalolll.. hahaha, tu pn ada hati nk reformasi segala |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perakam suara MH17 dalam keadaan baik - ICAO

Kotak hitam milik penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH17 ketika diserahkan oleh anggota pemisah pro-Rusia kepada wakil Malaysia di Donetsk, Ukraine pada 22 Julai lalu. - REUTERS
OTTAWA, 24 Julai - Badan Penerbangan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan perakam suara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada minggu lalu berada dalam keadaan baik dan perbincangan dengan syarikat penerbangan akan diadakan bagi menilai bahaya yang dicetuskan daripada konflik itu.
Presiden Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Olumuyiwa Benard Aliu Para berkata, para pegawainya yang berpangkalan di Montreal membantu pihak berkuasa Ukraine dan Belanda menyiasat kemalangan itu.
"Perakam suara kokpit dalam keadaan baik, digital perakam data penerbangan masih dalam kajian.
"Penggunaan senjata terhadap penerbangan awam antarabangsa benar-benar tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa kemalangan berkenaan berkata, tidak ada bukti perakam suara telah diganggu.
Kedua-dua kotak hitam pesawat MH17 yang diterima oleh pasukan penyiasat Malaysia kelmarin diserahkan kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom untuk tujuan analisis forensik.
Penerbangan MAS MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu di timur Ukraine minggu lalu membunuh hampir 300 orang yang kebanyakannya merupakan warganegara Belanda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -ICAO#ixzz38RMIJQXj
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
DNA 45 keluarga mangsa sudah diambil
KUALA LUMPUR 24 Julai - Kementerian Kesihatan sehingga kini telah mengumpul sampel asid deoksiribonukliek (DNA) daripada 45 keluarga yang mempunyai pertalian dengan mangsa tragedi pesawat MH17.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, proses pengumpulan dan pengambilan sampel DNA masih dijalankan ke atas dua lagi keluarga.
"Dimaklumkan oleh pihak Malaysia Airlines (MAS), terdapat 43 mangsa kejadian yang mempunyai pertalian keluarga di Malaysia.
"Namun terdapat mangsa yang menetap di luar negara tetapi mempunyai pertalian keluarga di Malaysia menjadikan jumlah keluarga yang akan dijalankan pengumpulan data ante mortem Identifikasi Mangsa Bencana (DVI) dan juga pengambilan sampel DNA adalah sebanyak 47," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Subramaniam berkata, sampel DNA yang diambil adalah dari ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa seperti ibu bapa, anak atau adik-beradik.
Katanya, sebanyak 16 pasukan petugas forensik Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia dengan bantuan MAS telah diaktifkan untuk menjalankan pengumpulan data ante mortem DVI dan pengambilan sampel DNA itu untuk ujian pemprofilan.
"Seterusnya, data itu perlu dipadankan dengan data post mortem yang akan dijalankan di Belanda untuk proses penentuan identiti mangsa," katanya.
Dalam pada itu, Subramaniam berkata, sebanyak enam pasukan kesihatan telah diaktifkan untuk bersiap sedia dalam pengurusan pelepasan kesihatan di pintu masuk bagi kemasukan jenazah mangsa kejadian.
Katanya, melalui Pusat Persediaan Krisis dan Respon (CPRC), kementerian secara berterusan menyelaras dan memantau aktiviti kesiapsiagaan dan respon dalam menghadapi insiden MH17.
Dalam perkembangan sama, Subramaniam berkata, seramai 22 anggota kementerian itu dan Kementerian Pertahanan telah dihantar ke Kharkiv, Ukraine untuk membantu proses pengurusan aktiviti DVI pada 18 Julai lalu.
Katanya, sejak kelmarin, pasukan petugas forensik telah memulakan pelaksanaan prosedur pengumpulan data ante mortem dan pengambilan sampel DNA daripada anggota keluarga.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ambil#ixzz38RMxzLNo
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejayaan rundingan berisiko Najib-Borodai terus dikagumi dunia
KUALA LUMPUR 24 Julai - Masyarakat dunia berterusan kagum dengan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengendalikan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga berjaya memujuk kumpulan pemberontak pro-Rusia ketika negara dunia lain gagal berbuat demikian.
Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana Najib mengaturkan sesi perundingan berisiko dengan Ketua Pemberontak, Alexander Borodai sehingga membolehkan mayat mangsa dibawa ke Amsterdam, kotak hitam MH17 diserah kepada pasukan Malaysia dan penyiasat antarabangsa diberi akses ke lokasi nahas.
Memetik daripada sumber yang rapat dengan rundingan itu, akhbar dalam talian, The Wall Street Journal mendedahkan, hanya beberapa orang kepercayaan Najib sahaja mengetahui mengenai proses rundingan dengan Borodai dan ia merupakan inisiatif serta idea Perdana Menteri secara langsung.
"Beliau pemain utama dan hanya libatkan orang kepercayaannya sahaja. Beberapa penasihat rapatnya juga bukan sebahagian daripada mereka. Rundingan ini tidak dimulakan oleh Malaysia tetapi ia projek Perdana Menteri," jelas sumber itu kepada The Wall Street Journal sebagaimana dipetik hari ini.
Kehebatan diplomasi Najib itu bukan sahaja diakui masyarakat dunia tetapi turut mendapat pujian media antarabangsa seperti The New York Times dan The Sydney Morning Herald yang sebelum ini sentiasa kritikal terhadap Malaysia apabila semuanya memperakui bahawa strategi negara berkesan.
Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri memuji kebijaksanaan Perdana Menteri apabila menyifatkan rundingan Najib dengan Borodai sebagai tepat dan wajar.
Dalam pada itu, sumber sama menjelaskan sesi rundingan diaturkan orang tengah yang tidak didedahkan identitinya dan pihak yang bertanggungjawab menguruskan perkara berkenaan, mengatur sekurang-kurangnya satu perbincangan melalui telefon antara Najib dan Borodai menerusi penterjemah.
Hasil sesi rundingan itu kata sumber kedua pula, Borodai bersetuju menyerahkan kotak hitam kepada Malaysia, mayat mangsa dibenar dibawa keluar dan penyiasat antarabangsa diberi akses ke lokasi nahas, manakala di pihak pemberontak pula mereka menuntut ditandatangani dokumen bagi memperakui kotak hitam tidak diusik.
Tambah sumber itu lagi, selepas rundingan mencapai kemajuan, barulah Perdana Menteri menghantar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, wakil kerajaan dan MAS ke Keiv.
Menurut sumber itu, Najib dan Borodoi berkomunikasi melalui telefon sebanyak dua kali.
"Perdana Menteri benar-benar sedar bahawa terdapat risiko apabila beliau memilih untuk berunding dengan Borodai kerana orang ramai mungkin akan menyalahkan beliau kerana berunding dengan pemberontak tetapi beliau seorang pemimpin yang mahukan hasil ketika jalan lain semuanya buntu," ujar sumber berkenaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... dunia#ixzz38RN6Rz55
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
biggirlduncry posted on 25-7-2014 09:39 AM 
hat korea tu cek molek2 la... takut comey do'oh bini..
skali anak kluar ......
hahah..plastik sugery punya pasal....cancel bini korea kpop..aku bagi dgn djflux2000...campur pakej umrah... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 25-7-2014 09:44 AM
hahah..plastik sugery punya pasal....cancel bini korea kpop..aku bagi dgn djflux2000...campur pake ...
Amiklah yang kpop nnti dpt zuriat baru leh join unduk ngadau...paling manang org sabah bilang....pakej umrah tu provide monopod sklinyah bru.leh selfie |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|