CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2280|Reply: 0

Penyebab Anak Berkelakuan Agresif, Telitikan!

[Copy link]
Post time 14-4-2016 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO










Mungkin ada sesetengah ibu bapa menghadapi sikap anak-anak yang mudah memukul kawan-kawan seusianya atas alasan yang remeh temeh.




Jangan beranggapan itu adalah sikap yang positif kepada anak-anak dengan menganggap ia adalah cara mereka berkomunikasi sedangkan mereka sebenarnya bersikap agresif.


Sebenarnya agresif merupakan sikap atau perbuatan yang boleh mencederakan orang lain. Sikap agresif juga merupakan perbuatan yang datang daripada perasaan kecewa melampau akibat daripada perasaan negatif.





Karakter Anak-anak Agresif :
# Tidak mampu meluahkan perasaannya
# Dia tidak boleh menerima kritikan
# Bersifat introvert dan kecewa
# Mempunyai emosi yang tidak matang




Penyebab anak-anak bersifat agresif :
1) Meniru perbuatan agresif yang dilihat
Anak-anak akan cepat terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengari. Selalunya mereka akan meniru perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa dan adik beradiknya. Kajian menunjukkan pembentukan sikap agresif dalam diri anak-anak sangat terpengaruh dengan sifat agresif ibu atau bapa.



sumber foto: http://m.jejswiat.pl/

2) Perceraian ibu bapa
Kajian yang dijalankan oleh Kokus 1979-1980 menunjukkan ada kaitan antara masalah perceraian dengan perkembangan sikap agresif anak-anak. Hal ini kerana perceraian yang terjadi mewujudkan tekanan dan konflik di dalam rumah, sebagai reaksi anak-anak akan bersikap negatif.







sumber foto: http://4.bp.blogspot.com/

3) Menonton babak ganas dalam televisyen
Mereka akan meniru perbuatan ganas dalam televisyen atau permainan dalam komputer.






4) Perbezaan layanan anak-anak dalam keluarga
Sesetengah ibu bapa mengambil sikap berat sebelah dalam melayan setiap anak-anak. Mungkin ibu bapa akan lebih beri tumpuan pada anak-anak yang bijak dan baik berbanding anak-anak yang lembap, degil dan pemalas. Perkara ini seharusnya dielakkan kerana ia akan memberi kesan negatif daripada aspek psikologi dan sikap anak-anak.



sumber foto :http://www.majalahpama.my/

5) Kesalahan ibu bapa dalam cara mendidik anak-anak
Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dengan memenuhi segala permintaan anak-anak dan jika tidak dipenuhi anak-anak akan bersikap agresif kerana sudah terbiasa hasratnya pasti akan dipenuhi.- CARI Infonet





Sabar dan tabah buat ibu bapa yang berdepan dengan anak-anak yang berperangai agresif, elak daripada memukul dan menjerist namun pun jangan terlalu lembut.






sumber foto: http://belajarpsikologi.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:04 AM GMT+8 , Processed in 1.067448 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list