CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11774|Reply: 82

Nabil Tolak Tawaran Berlakon, Enggan Sentuh Bukan Mahram

[Copy link]
Post time 14-4-2016 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Nabil Tolak Tawaran Berlakon, Enggan Sentuh Bukan Mahram

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/04/14/nabil-mahram/

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 5:45 AM



KUALA LUMPUR: Pelawak Nabil Ahmad menjelaskan salah satu sebab dia menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama kerana untuk menjaga batasan daripada bersentuhan dengan wanita bukan mahram.

Nabil,33, berkata, perkara itu antara cabaran yang perlu dilalui selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji pada September tahun lalu.

"Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.

"Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan," ujarnya kepada
mStar Online.

Nabil ditemui pada sidang media pelancaran Lawak Ke Der 2016 Live Di Istana Budaya yang diadakan di Istana Budaya, di sini, Rabu.


Bagaimanapun, Nabil berkata, dia bukanlah berlagak alim tetapi cuba memperbaiki diri menjadi insan lebih baik.

"Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu.

"Biarlah orang tidak nampak perubahan saya," ujarnya.

Selain itu, Nabil berkata, dia juga kini sedang belajar mengaji al-Quran secara persendirian di rumah dengan seorang ustaz.

"Sekarang saya sedang belajar mengaji, ada seorang ustaz yang akan datang ke rumah ajar kami sekeluarga. Isteri saya tidak ada masalah kerana dia pandai mengaji cuma tidak boleh mengajar saya.

"Kalau dia yang ajar asyik ketawa sahajalah kami, jadi terpaksa panggil orang luar," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang Lawak Ke Der 2016 Live Di Istana Budaya, Nabil berkata, ia merupakan kali keempat dia menyertai persembahan pentas komedi itu.

Katanya, biarpun hanya bertindak sebagai pengacara, namun ia turut mencabar apabila menjadi orang pertama yang membuka pentas tersebut.

"Saya tidak dapat terlibat pada satu musim iaitu tahun lalu kerana jadual kerja yang padat, memang agak kesal.

"Tahun ini saya kembali semula beraksi di pentas dengan mereka semua, walaupun saya hanya hos tapi saya perlu ada punch line untuk memanaskan pentas itu," ujarnya.

Persembahan itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula 5 hingga 8 Mei depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin berumur makin sedo diri... Gud job nabil...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:44 AM | Show all posts
sentuh bukan mahram kemain kau berkira nabil..mulut hazab kau tak kira lak..
ke mulut lagi kurang dosa berbanding sentuh2?


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:48 AM | Show all posts
Lebat job dak Nabil ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
d_dalia replied at 14-4-2016 08:44 AM
sentuh bukan mahram kemain kau berkira nabil..mulut hazab kau tak kira lak..
ke mulut lagi kurang d ...

Satu2 ler miker ni pun. Nak jadi baik bukan tekan je button, pommm, sempurna terus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 08:54 AM | Show all posts
hangdenim replied at 14-4-2016 12:51 AM
Satu2 ler miker ni pun. Nak jadi baik bukan tekan je button, pommm, sempurna terus.

teman tak kisah..teman tetap nak cakap mcm tu gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2016 08:59 AM | Show all posts
kalau bini dia pakai tudung.kan lg bagus.bini haji kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga istiqamah dgn kata kata..jangan jadi mcm sebilangan artis .yg paling aku ingat artis ni " saya akan kurang bergelek sesuai dgn gelaran yg diterima" (masa mula mula dpt anugerah Dato) .
Dok lama sikit ingat ka makin kurang makin hazab lagi ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 09:01 AM | Show all posts
bgs la nabil...
bkn psl alim ke ape...mmg dlm Islam haramkan sentuh2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:04 AM | Show all posts
Aku suka Nabil lately lah, memang banyak dah improve except hosting kat meletop tu je, yang lain-lain memang aku kagum dengan dia. pandai cari peluang itu ini, belajar nak marketkan diri, paling tak sangka bila dia dapat job host HBO Sentral tu, siap masuk kelas bahasa Inggeris ok, aku memang tabik gila dengan dia.

Mendorong aku gak untuk naikkan diri capai itu ini, go Nabil go Nabil ..  

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga kurang2kan pakai seluar pendek atas lutut ya..

Jgn jd mcm izzue islam...xmo sentuh pompuan tp pakai sluar pendek kt public boleh pulek.

#Alang2NakTalibankanDiriKhuenn
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:15 AM | Show all posts
good job n kipidap hj nabil ... alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini ko bila nak bertudung..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:19 AM | Show all posts
ok la tu....pelan2 dia nak berubah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nabil ni improve dh bab hosting...tp kadang2 tergeincir bila dia menggeletis an x pandai nk jaga molot bila terlebih excited...awal2 dulu maybe sbb dia ada ambil energy booster (sbb dia kan nk sadokan diri) tu yg kdg x sado diri.

Tp bila ckp psl lakonan filem... heshe dh lama flop....apa je filem heshe yg boom sejak 3 thn ni? So kalau dia tolak offer pun producer x rugi apa...filem dia dgn mat harun pun flop...at least zizan tu walaupun mcm tu...filem2 dia boom jua. So meols speku impact dr kluar tetiap minggu kt tv...penonton dah koser nk bayar nk tgk heshe kt panggung.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur
Alhamdulilah bam aji

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah. Nabil pun bukan bagus sangat berlakon. Selain tak nak bersentuh harap pasni jangan la pakai seluar ketat nampak bebird lagi ya haji bil
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:56 AM | Show all posts
bagus dh tu nabil..

nnt jgn ujung2 job hosting dh xde tetibe muka ko ada belakon blk

btw bila ko nk suruh bini ko pakai tudung haaaaa? <----- setazah forum
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 10:07 AM | Show all posts
rindu nak tgk dia buat persembahan lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nabil makin hensem skrg.dgn susuk tubuh tinggi dan sado , Lofa pon terliur.kah2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.787639 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list