CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2865|Reply: 17

[Dunia] Dubai bina menara lebih tinggi daripada Burj Khalifa

[Copy link]
Post time 12-4-2016 10:12 AM | Show all posts |Read mode
DUBAI: Dubai merancang membina sebuah menara yang lebih tinggi daripada Burj Khalifa, yang kini adalah bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, kata pemaju hartanah, Emaar.

Pembinaan menara tinjau itu akan membabitkan kos sekitar AS$1 bilion (RM3.89 bilion) dan akan 'setakuk' lebih tinggi daripada Burj Khalifa, kata Pengerusi Emaar, Mohamed Alabbar dalam sidang media.

Namun, beliau berkata, ketinggian muktamad bangunan itu akan diumumkan apabila pembinaannya siap, sambil menambah bahawa syarikatnya ingin mempersembahkan menara itu sebagai 'hadiah' kepada bandar raya itu sebelum 2020, iaitu tahun Dubai menjadi tuan rumah pameran Ekspo perdagangan dunia.

Direka oleh arkitek Sepanyol-Swiss, Santiago Calatrava Valls, menara itu akan mempunyai dek pemerhatian, sebagai tambahan kepada 18 hingga 20 tingkat bercampur yang akan menyediakan restoran dan sebuah hotel butik, kata Alabbar. Burj Khalifa adalah 828 meter (2,700 kaki) dan ia membabitkan kos pembinaan AS$1.5 bilion (RM5.84 bilion). Bangunan itu telah dibuka pada Januari 2010.

Alabbar menyifatkan struktur baru itu sebagai 'tugu elegan' yang akan menambah nilai kepada hartanah yang dibangunkan oleh syarikat itu di sepanjang persisiran sungai di bandar raya itu. "Ramai ingin mempunyai pemandangan apabila mempertimbangkan untuk membeli hartanah," katanya. Menara itu akan berbentuk langsing, menyerupai imej menara, dan akan ditambat ke tanah dengan kabel kukuh, kata Emaar.

Dubai telah terkenal dengan reputasi membina berpuluh-puluh bangunan pencakar langit futuristik, yang telah mengubah latar langit bandar raya itu. Kingdom Holding Arab Saudi sedang membina sebuah menara di Jeddah yang dirancang untuk mengatasi ketinggian Burj Khalifa, dengan ketinggian bangunan lebih dari satu kilometer. - AFP


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142749



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2016 10:36 AM | Show all posts
pastikan pasukan bomba ada dalam bangunan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg amik gambar tu lagi tinggi kamera dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 11:05 AM | Show all posts
Sekadar tiang yang ada 20 tingkat ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 11:11 AM | Show all posts
kecut perut lah dok atas sekali
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam KL Tower nak lawan Petronas Towers gak la....

KL Tower buat atas bukit ; P

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2016 11:25 AM | Show all posts
islam akhir jamang....pada hal ...manyak lagi fakir miskin asnaf yg perlukan bantuan, tmasuk Negara islam yg di kancah peperangan, yg perlukan perubatan hak asasi kehidupan (mknn, tmpat plndungan etc.)

benar seperti apa yg tcatat dlm hadis nabi...umat ku d akhir jamang....

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 11:37 AM | Show all posts
dulu2 pernah terbaca burj khalifa tu ada 2@3 waktu maghrib berbeza, bangunan baru ni tak tau brp waktu berbeza xtau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2016 11:48 AM | Show all posts
pesal takde org buat bangunan terdalam didunia ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 11:50 AM | Show all posts
MMMMMMMMMMMMMMMM,MEMBAZIR JE
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:09 PM | Show all posts
Biaq la duit dia sndiri..rakyat mewah gomen mewah..bukan mcm negara tu..rakyat ikat perut..gomen sibuk bazir duit..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:14 PM | Show all posts
alieyrina replied at 12-4-2016 12:09 PM
Biaq la duit dia sndiri..rakyat mewah gomen mewah..bukan mcm negara tu..rakyat ikat perut..gomen sib ...

rakyat mewah sampai 85% membazir katanya.... diorg takde istilah saving... istilah belanja je...
mmg takde ciri2 islam..... yela klau kite pun berada kat tmpt diorg jd gitu gak..... takde la bajet bagai
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 12-4-2016 12:14 PM
rakyat mewah sampai 85% membazir katanya.... diorg takde istilah saving... istilah belanja je... ; ...

mmg xde norg miskin ke kt sana...kayanya geng arab ni ye..patutla blh derma smpai berbillion.

donia..donia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:23 PM | Show all posts
manusia mana pernah puas...no wonder...tp ygh duduk atas tu nanti tak takut ke kena sambar petir?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:24 PM | Show all posts
ITT : forumer jumud
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:27 PM | Show all posts
cupu replied at 12-4-2016 12:20 PM
mmg xde norg miskin ke kt sana...kayanya geng arab ni ye..patutla blh derma smpai berbillion.

d ...

ada. cuba tgk kat sini http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=910950&highlight=dubai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2016 12:37 PM | Show all posts
dcruins replied at 12-4-2016 10:40 AM
Persediaan masa depan kalau2 minyak dah kering atau dah tak derrrr harga, selain bina real estate me ...

bijan punya bangunan 100 tingkat bila nak start?

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:51 PM | Show all posts
mcm cntik design nya tu, simple tp tampak menawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.051835 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list