CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4312|Reply: 14

Syuhh!! Halau Nyamuk Cara Paling Senang!

[Copy link]
Post time 3-3-2016 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Hish! Geram betul bila badan digigit nyamuk. Bukan sahaja gatal-gatal, tapi takut pula terkena penyakit denggi.


Sebenarnya ada cara untuk menghalau nyamuk secara semula jadi, agar tidak mendekati kita meskipun tanpa ubat nyamuk.



1. Minyak tea tree


Ia memang baik untuk kulit wajah dan juga kulit kepala kerana fungsi anti bakterianya. Namun, minyak ini juga boleh menghalau nyamuk jauh-jauh.


Bau yang terdapat pada minyak ini membuatkan nyamuk tak senang duduk dan mengelak daripada menggigit kulit anda. Anda boleh sapukan pada kulit atau jadikan ia sebagai aromaterapi dalam bilik.








2. Bawang putih


Terbukti bawang putih mampu membunuh nyamuk dan menghalang penyakit yang dibawa oleh serangga ini. Baunya membuatkan nyamuk tak mahu dekat dengan bilik anda.


Hanya ketuk beberapa ulas bawang putih. Kemudian rebus ia dan bila sejuk, jadikan air rebusan tadi sebagai 'spray'. Sembur bilik anda agar nyamuk cepat-cepat lari!





(Sumber foto: Carian google)





3. Lavender


Bauan lavender memang menenangkan, bukan? Namun, nyamuk cukup benci dengan bau wangi itu. Hanya campurkan beberapa titis minyak essential lavender ke dalam minyak zaitun atau minyak kelapa.


Kemudian, sapukan pada kulit anda. Pastinya nyamuk tak mahu hinggap pun pada kulit. Menarik kan? Selamat mencuba ya! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2016 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavendar tu sangat wangi
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 10:30 PM | Show all posts
lavender tu paling senang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 11:27 PM | Show all posts
Menarik ideanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 09:32 AM | Show all posts
x busuk ke sembur air bawang putih tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 01:05 PM | Show all posts
saladin780 replied at 4-3-2016 01:32 AM
x busuk ke sembur air bawang putih tu?

nak busuk ke nak nyamuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2016 01:05 PM | Show all posts
saladin780 replied at 4-3-2016 01:32 AM
x busuk ke sembur air bawang putih tu?

nak busuk ke nak nyamuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 01:31 PM | Show all posts
lepas dah ketuk dan rebus.. tak busuk da kot. mentah je iye la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2016 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 4-3-2016 01:05 PM
nak busuk ke nak nyamuk

Amboi hadek ghost sampai 2 kali ko post iyerrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 03:12 PM | Show all posts
guna vicks pun blh halau nyamuk...sapu kat kulit..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 4-3-2016 06:55 AM
Amboi hadek ghost sampai 2 kali ko post iyerrr

Asal sebut nyamuk je seksaited hhahahahh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 12:27 AM | Show all posts
kalau pakai bawang tu mcm halau vampire dah..nyamuk pon vampire jugak..hisap darah..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 02:47 PM | Show all posts
Wa sapu minyak atar
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 12:10 PM | Show all posts
kalo guna bawang putih..abis serumah bau bawang putih
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 07:27 PM | Show all posts
citronella paling bagus. memang mujarab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.364992 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list