Edited by jelitaqasyah at 18-2-2016 06:18 PM
Filem Bola yang ditayang mengimbau kembali kenangan buat Pemain veteran bola sepak negara, Datuk Hassan Sani dan James Wong terhadap kegemilangan pasukan bola sepak negara yang diwakili oleh semua kaum.
Hassan, berkata 'Ola Bola' sememangnya melambangkan pasukan Kebangsaan Malaysia ketika itu yang diwakili semua kaum seperti Melayu, Cina dan India serta kaum dari Sabah.
Datuk Hassan Sani
Datuk Hassan Sani dan James Wong
"Ceritanya (filem Ola Bola) memang bagus. Pemain bola sepak kita masa itu tidak mengira bangsa... ada Melayu, Cina dan India. Ceritanya pun hampir-hampir sama dengan apa yang kami lalui dahulu seperti kaedah kami menjalani latihan serta menaiki helikopter untuk ke Stadium Merdeka," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Hassan berkata meskipun filem Ola Bola mirip kejayaan Malaysia ke Sukan Olimpik pada tahun 1980 namun beliau mendapati beberapa fakta berkenaan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah.
Sebagai contoh, katanya jaringan gol ketika Malaysia menumpaskan Korea Selatan dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 ialah dua gol berbalas satu tetapi dalam filem tersebut keputusannya ialah 3-2.
Filem ini mengingatkan Malaysia bahawa integrasi kaum adalah kunci kepada kemakmuran.
Tambah Datuk Hassan Sani, beliau tidak faham mengapa kaum tertentu begitu kurang menceburi sukan bola sepak berbanding dahulu.
|