CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2588|Reply: 6

"Tak Boleh Ke Sehari Tak Sebut Pasal Politik?"

[Copy link]
Post time 18-2-2016 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za




Bosan juga kan, asal mana-mana status dalam laman sosial dimuatnaik, pasti ada sahaja komen-komen berbaur politik yang dilemparkan.


Tidak kiranya pihak yang menyokong kerajaan atau pembangkang, kedua-duanya seolah-olah tak boleh 'berenggang' untuk membusukkan nama kedua belah pihak melalui laman sosial ini.


Apa sahaja komen berkenaan sejarah, negara, isu semasa dan sebagainya, nama pemimpin tertentu dijadikan modal untuk maki hamun, modal untuk lawak jenaka bodoh dan sebagainya.


Itu yang ditekankan dalam sebuah fan page ini, The Patriots. Pihaknya menekankan kepada pengikut laman itu agar sesekali tidak mengaitkan status yang dimuat naik dengan parti politik, nama pemimpin kerajaan atau pembangkang.


"Ianya telah mengakibatkan perpecahan yang besar. Tak boleh ke sehari tak bergelumang dengan benda politik ini?," ujar admin laman itu.


Pihaknya tak mahu apa sahaja idealogi, informasi atau apa sahaja yang dinaikkan di laman sosial itu, menjadi punca kepada perpecahan bangsa di Malaysia.





Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)





"Kami terdiri daripada pelbagai latar belakang idealogi dan politik menyeru agar jangan bawa virus perpecahan yang dimulakan penyembah berhala politik di luar sana."


Bak kata orang, masuk ke rumah orang, hormatlah tuan rumahnya. Kenapa pula anda sibuk nak burukkan orang sana sini, kutuk tanpa henti dan meratip keburukan semua orang? - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Myanmar,Nepal,bangla,yindon mner ada hormat tuan rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 03:53 PM | Show all posts
patriot tapi bodoh hahaha

salah pisau ke kalo di gunakan untuk bunuh oang or tikam harimau bunting????

so tak leh ke satu hari pun jgn guna pisauuu?


eloooo mabuk ketom ke yeoppp.. kut nak berpositif tu pakai la otak..pikio ler sikit

politik tu alat jek sama macam pisau

kalo ko soang tolong 1 orang, itu sikap terpuji tapi kalo ko rasa ko mampu diri ko soang nak tolong 1 juta orangg so APAKAH ALAT KO NAK PAKAI...politik ler namanya

ko semelih lembu 100 ekor pakei piso cukoq ke? hahahahaha potong kote ko satu bleh laaaa..

ciannn nak nasihat tapi tak reti...terjah jek jangan itu jangan ini last last bodoh berjemaah hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 06:38 PM | Show all posts
slagi x trun si najib slagi tu laa bising pasal benda ni...

nk wt cmne ??>>>
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo turun pm najib pun, pengganti beliau pun akan diserang juga

Semua isu politik yang keterlaluan dan berlarutan di malaysia akhir2 ini adalah gambaran betapa terdesaknya pembangkang yang dahagakan kuasa untuk merampasnya menggunakan kaedah pembodohan berterusan ke atas sebahagian segmen masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 10:39 AM | Show all posts
ada fungsi page the patriot ni?
mcm tak ramai pun like
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually hari2 pon kite berdepan dgn politik.. Politik tmpt keje, rumah, kedai runcit ah seng, tmn perumahan, surau etc...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:19 AM GMT+8 , Processed in 1.245702 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list