CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4966|Reply: 29

[Dunia] Sis awet kucen mati..bawa ke mana saja..

 Close [Copy link]
Post time 18-2-2016 10:08 AM | Show all posts |Read mode
BUENOS AIRES 17 Feb. - Seorang bekas model sanggup mengawet kucingnya yang telah mati kira-kira sebulan lalu semata-mata mahu haiwan itu menemaninya ke mana sahaja dia pergi.


Daniela Cardone mula menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik gambar kenangan bersama kucingnya, Matute yang telah pun mati ketika bercuti di bandar Lujan di sini, di laman Instagram miliknya.

Wanita itu berkata, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa haiwan kesayangannya itu telah mati dan percaya roh kucing tersebut masih bersamanya.
Justeru, dia mengambil keputusan menemui pakar pengawet haiwan, Hannibal Principiano yang terpaksa menghabiskan masa selama 40 hari untuk ‘mengembalikan’ jasad Matute seperti asal dengan menjadikan gambar kucing itu sebagai panduan.

Ajaibnya, selepas proses pengawetan tersebut, haiwan itu kelihatan seperti seekor kucing hidup dengan bulunya yang tebal, bermata biru, dan mempunyai riak wajah yang garang.



“Sebaik sahaja saya melihat Matute yang baharu, saya terkejut dan menangis kerana haiwan itu kelihatan sama seperti sebelum ini.
“Semasa saya kehilangannya, saya berasa sangat sedih. Saya ada lima ekor kucing, tetapi Matute berlainan,” kata Cardone.

Cardone bukanlah-satu-satunya individu yang mengawet haiwan peliharaan yang telah mati, namun tindakannya membawa kucing itu ke mana sahaja dia pergi adakala­nya dilihat agak menyeramkan.

Walaupun berdepan pelbagai kritikan di laman sosial, wanita itu tetap menyifatkan Matute sebagai teman sejati yang boleh menerima dirinya seadanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.LJN7mEN2.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 10:26 AM | Show all posts
adehhh....so...kucing tuh berdiri tegakkkk jelaa sepanjang masa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak busuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 11:12 AM | Show all posts
ala comell

patot la tuan dia sayang sgt..

tapi x busuk ke lepas awet tu

sian cik meow mesti hazab gak dlm proses mengawet tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 11:18 AM | Show all posts
even aku suka sayang amat dengan kucing, tapi aku tetap tak setuju dengan tindakan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 11:29 AM | Show all posts
erkkk klu buat jadi patung / plushie lagi best bole peluk kucen itu kak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2016 11:38 AM | Show all posts
erkkk..xleh imejin mcmana dia duk peluk 24jam...scary plak rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 11:42 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-2-2016 11:18 AM
even aku suka sayang amat dengan kucing, tapi aku tetap tak setuju dengan tindakan dia..

ehh dah mcm rupa ngko pulak kucen dia tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 11:42 AM | Show all posts
sanggup pulak dia peluk bangkai ke sana ke mari
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 11:43 AM | Show all posts
comelnya kucem.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tukang mengawet ni dipanggil taxidermist.. taxidermy practitioner.. akak pun dah lama cari taxidermist kt msia ni plan nak buat mcm ni bila anak2 bulus akak jd arwah kelak...

Tak sanggup rasanya berpisah dgn dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 11:48 AM | Show all posts
Jangan bawa la
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 12:33 PM | Show all posts
kesian bulus tu nk idup tenang pun dh x bole
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 12:54 PM | Show all posts

Busuk pebende nye....organ dalaman semua dibuang sbb nak awet.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 18-2-2016 12:54 PM
Busuk pebende nye....organ dalaman semua dibuang sbb nak awet.

Geli ah. Walaupun dah awet.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 12:58 PM | Show all posts
Comel kucingnya tu tentu amat manja semasa hidupnya.  Mungkin juga ni satu2nya kucing yg dia ada jadi susah nak let go.  Tapi lebih ditinggalkan kat rumah dari dibawa merata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 04:17 PM | Show all posts
wow best jugak ni. nak awek kan kambing akikah.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 18-2-2016 12:56 PM
Geli ah. Walaupun dah awet.

awak punya kura kura masih hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 08:38 AM | Show all posts
awetkan kucing tu normal
tapi bawak melancong tu macam pelik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary kot. Tanam je la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:40 AM GMT+8 , Processed in 1.091076 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list