CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2290|Reply: 17

[Tempatan] Serpihan dijumpai di Besut bukan dari MH370

[Copy link]
Post time 30-1-2016 06:37 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Serpihan pesawat yang dijumpai di pantai Besut di Terengganu bukan daripada MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.   

Beliau berkata sebuah pasukan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airlines telah membuat pemeriksaan bagi menentukan asal serpihan itu.   
"Pemeriksaan mendapati bahawa serpihan tidak sepadan dengan pesawat Boeing 777, dengan itu mengesahkan bahawa serpihan tersebut bukan daripada MH370," kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa berkaitan kerana membantu dalam proses pengecaman itu.   

"Kami terus komited kepada usaha mencari MH370, dan akan terus memaklumkan  kepada waris keluarga dan orang ramai mengenai apa-apa perkembangan terkini," kata beliau.

Penemuan objek dipercayai serpihan pesawat di pantai Beting Lintang di Besut pada Rabu lepas, menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin ada kaitan dengan MH370 yang hilang hampir dua tahun lepas.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac, 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo bukan.. ianya dari pesawat ke? Kalo dari pesawat, pesawat apa? Besar tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 06:59 AM | Show all posts
cash lah..............
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
MH370 yg kekal jadi misteri..

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Xgtau plak benda apa yg jumpa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 09:05 AM | Show all posts
aku yakin tu MH370 punya


Malaysia dah mals nak layan kisah2 lama xpenting katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2016 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpayah layan sgt...senario mainan MH370 yg digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat dgn isu semasa dlm negara yg sedang berkecamuk sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 01:45 PM | Show all posts
buka mata buka minda. weols malaysian tau ape yg berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang tanpa khabar berita..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 05:26 PM | Show all posts
so skrg tu ialah bangkai apa. kapal apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkai kapal selam bangkali.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:01 PM | Show all posts
Bangkai kapalaludisitu barangkali....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkai roket jepun hari tu kut..yg terdampar kat siam hari tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu dekat thailand pun ada serpian pesawat pun bukan milik MH370,jadi milik siapa pula adakah milik kapal laut yang banyak di lautan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk kt dlm berita kat pantai besut tu.. Ya allah kotor gila dgn sampah sarap bertaburan tepi pantai.. ish ish buat malu je
Eh off topic plak
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 11:36 AM | Show all posts
x betoiiiiii

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2016 01:14 PM | Show all posts
lega Najib....

kalau betul itu MH370 mampus kena sumpah dengan OZ penat jah dorang meredah Lautan Hindi hari2....

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 03:06 PM | Show all posts
so, pakar2 sah kan itu penemuan sbg apa? bangkai kapal laut?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.118051 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list