CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2663|Reply: 9

Teksi Singapura Ada Pasang GPS Pun Tak Tahu Jalan?

[Copy link]
Post time 13-1-2016 03:07 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO





sumber foto: http://assets-a2.kompasiana.com/





Ketika menaiki teksi, ramai yang risau pemandu pura-pura berpusing jauh mencari jalan untuk memperolehi tambang yang berlebihan.




Sebenarnya ramai juga takut bertemu pemandu yang tidak tahu jalan, membawa penumpang berpusing-pusing di sana-sini mencari jalan, malah ada pula akan tanya kita balik: " Encik, awak tahu tak macam mana nak pergi?"




Dalam pada itu, ada juga yang sebenarnya langsung tidak tahu jalan tapi masih berlagak macam yakin, tapi hasilnya sia-sia saja berpusing di sana sini, tambang teksi turut bertambah tanpa diketahui.




Namun demikian, jika bernasib baik, akan terjumpa sesetengah pemandu teksi yang akan siap memasang sistem penentu kedudukan global (GPS).




Akan tetapi, pernah tak anda berjumpa pemandu teksi yang sebegitu rupa?








Merujuk pada gambar di atas, sekilas pandang, atas dash board keretanya kelihatan penuh dengan pelbagai jenis skrin kecil dan besar, telefon bimbit dan kemudahan alat GPS.  




Ini merupakan gambar yang dimuatnaik oleh seorang netizen dari Singapura yang bernama Gordan Giam pada Facebooknya.




Ketika itu, dia sedang dalam perjalanan ke Pantai Timur Singapura, mana tahu apabila masuk ke dalam teksi terkejut melihat pada meter board teksi itu terdapat 11 skrin elektronik, ianya sememang tidak dapat dipercayai.




Sehubungan itu, ada netizen bergurau, tempat duduk pemandu teksi terbabit menyerupai 'cockpit' pesawat; ada juga mengatakan, berkemungkinan besar sebahagain kemudahan GPS dimiliki oleh pemandu teksi yang lain.




Biarpun, pemandu tersebut mempunyai 3 buah kemudahan GPS, termasuk pelbagai jenis telefon bimbit yang digunakan untuk semak laluan, namun demikian yang melucukan, pemandu tersebut akhirnya tetap tidak tahu macam mana menuju ke destinasi yang ingin ditujukan serta sebanyak 3 kali menanya Gordan Giam, barulah berjaya tiba di destinasi yang ingin ditujukan. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 03:14 PM | Show all posts
hahahaha...letak bayak2 last2 xtahu jgk kene pusing2,,
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 03:18 PM | Show all posts
Singapura sebuah pulau kecil saja pun tak tahu jalan, bodoh betul pemandu teksi itu.... kalau dia jadi pemandu teksi kat Malaysia mampus dibawa dia berpusing tiga hari dua malam , pun tak pasti boleh sampai destinasi yang kita ingin ditujui... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 03:46 PM | Show all posts
laaa xkn xtau
GPS = Galak Pemandu Sesat
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 03:46 PM | Show all posts
huhuhuu


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:54 PM | Show all posts
kesian pun ade,kelakar pun ade..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2016 05:25 PM | Show all posts
So far sepanjang ke Spore tak pernah alami pemandu teksi tak tahu jalan selalu semuanya tahu je arahnya siap guna short cut lagi.  Pernah le sekali alami pemandu teksi yg tak tahu arah ni tapi di Seoul Korea gigih dia guna segala GPS yg fix ke teksi campur dengan gps di handphonenya sekali sebjik macam dlm gambar kat atas tu.  Tapi masih tak jumpa dan untung dia juga tak putar2 memandu sana sini tapi stop setempat kalau tak mau tinggi farenya.  Nasib my eagle eye cepat detact bangunan yg Art nak gi.  Gigih tunjuk arah kat dia pulak lepas tu hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 07:12 PM | Show all posts
xkan xtau jalan...saja2 nak cas lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by system_failure at 13-1-2016 08:49 PM

Tak pelik.. Aku pun pernah mangsa gps.
Terutama ketika lalu di flyover yg juga ada jln lain kat bwhnya...
Gps tak dpt kenalpasti ko sedang berada atas flyover atau jln yg kat bwh tu....
Tetiba je dia kata aku jln yg kat bwh dan marah aku..
Tp bila aku memang straight fwd jer tetiba pulak dia cakap, sori tuan darth vader.. Patik konfius jap tadi..

Terus aku pancung c3po tu guna lightsaber aku...  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 05:56 PM | Show all posts
jalan jauh sikit baru ada duit minum kopi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:36 PM GMT+8 , Processed in 1.021060 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list