CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3403|Reply: 5

4 Makanan Ini Bantu Perokok Bersihkan Paru-Paru

[Copy link]
Post time 6-1-2016 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Kebiasaannya lelaki adalah perokok paling ramai berbanding wanita. Ramai mengambil ringan tentang bahaya merokok pada kesihatan badan.


Merokok adalah penyebab utama penyakit dan boleh membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.


Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.






Jenis Perokok
Perokok Aktif : Individu yang menyedut asap rokok aliran utama melalui mulut.
Perokok Pasif : Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap alirah utama yang dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada asap rokok persekitaran.



Di bawah ini penulis kongsikan beberapa makanan yang diakui dapat mengurangkan atau membersihkan paru-paru dalam masa beberapa hari, dipetik dari lelakisihat.com.


#1- Bawang Putih


Satu kajian yang pernah dijalankan menunjukkan makan bawang putih sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Bawang putih diakui mengandungi antioksidan yang boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan yang berfungsi untuk menghapuskan keradangan dalam badan.




#2- Limau Bali


Kaya dengan antioksidan dan sesuai bagi penghidap kanser paru-paru. Antioksidan berfungsi mencegah sel-sel kanser dari terus merebak tanpa kawalan. Penyelidik berkata, limau bali kaya dengan vitamin C yang mana buah ini mempunyai keupayaan untuk menghalang tindakan enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru. Amalkan makan limau bali jika anda seorang perokok tegar.




#3- Halia


Halia mempunyai ciri-ciri antiseptik & antibakteria. Halia juga membantu tiub bronkial di paru-paru untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya dari paru-paru. Secara amnya, bagi perokok yang mengamalkan pengambilan halia, mereka akan merasakan sistem pernafasan lebih lega dan lancar. Cara terbaik pengambilan halia adalah dengan mengunyah setiap hirisan halia yang dipotong nipis. Jikalau tidak mampu mengunyah halia mentah-mentah, boleh amalkan tea halia. Masukkan hirisan halia muda ke dalam air teh kegemaran anda. Amalkan setiap hari.




#4- Selenium


Selenium merupakan mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam mengukuhkan membran paru-paru. Jika selenium banyak di dalam tubuh badan, maka sel-sel kanser akan berkurangan atau hilang. Mineral Selenium terdapat di dalam telur, brokoli, asparagus, bayam, oat serta ikan salmon. Selenium meningkatkan kadar imun dan membersihkan paru-paru dari serangan toksin.




Selamat mencuba. Sambil-sambil cuci paru-paru tu, bolehlah pelan-pelan kurangkan dan berhenti merokok. - CARI Infonet.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 05:08 PM | Show all posts
#3 Halia tapi gamba bawang putih..wartawan kelas tersendiri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 05:10 PM | Show all posts
harkktuih replied at 6-1-2016 05:08 PM
#3 Halia tapi gamba bawang putih..wartawan kelas tersendiri..

hahaha but good info u know...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 10:22 PM | Show all posts
Tak tepat la, Wartawan Cari. Mana dia dapat evidence atau research pasal ni. Article ni selalu kuar dalam internet, takde basis pon. Pada dasarnya, perokok wajib berhenti merokok. Dan, mana mana kerosakan yang dah berlaku, tak akan pulih kembali selepas berhenti merokok. Aim untuk berhenti merokok ialah supaya risko cancer dan sakit jantung tidak bertambah setiap hari. Bila dah dapat lung cancer, maka tak payah lah susah susah untuk berhenti merokok lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 02:59 AM | Show all posts
Terima kasih @mziskanda . Semoga sesiapa yang berokok semua dapat stop in time. Dah la mahal
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:22 PM | Show all posts
harkktuih replied at 6-1-2016 09:08 AM
#3 Halia tapi gamba bawang putih..wartawan kelas tersendiri..


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
akku78875akku
Views : 1111 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 2526 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 3436 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:54 AM GMT+8 , Processed in 1.492585 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list