CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2524|Reply: 0

Isteri Baharu Bersalin, Suami Boleh Bantu Dengan Cara Berikut

[Copy link]
Post time 8-12-2015 04:03 PM | Show all posts |Read mode






Oleh : TS LOO




Biasanya emosi ibu baharu melahirkan anak agak tidak stabil. Menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru serta menanggung kesakitan melahirkan anak bukan perkara yang mudah. Apatah lagi sekiranya sudah memiliki anak lain sebelum itu.


Dalam mengharungi fasa baharu tersebut, sudah tentu isteri memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya iaitu suami.


Suami perlu bijak memainkan peranan dalam melalui situasi tersebut. Jangan serahkan segala tugas menguruskan anak-anak di bahu isteri seorang diri. Ada banyak perkara yang boleh dilakukan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh isteri selepas melahirkan bayi seperti berikut ini.





sumber foto: http://bunda.co/

1. Beri lebih perhatian kepada isteri


Tunjukkan kasih sayang anda. Peluk dan cium isteri sentiasa.Belaian dan kasih sayang yang diberikan dan diucapkan memberikan keyakinan kepada isteri. Dengan kekusutan dan kekalutan melalui fasa bergelar ibu, isteri anda hilang keyakinan tentang penampilan dirinya. Katakan kepada isteri, yang dia tetap hebat dan menarik di mata anda walaupun banyak perubahan berlaku kepada fizikalnya.






2. Jangan tanya bila isteri akan bersenam


Ya, memang benar isteri anda sudah tidak seramping seperti zaman awal anda berkahwin dengannya. Tetapi ketahuilah yang dia melakukan pengorbanan besar untuk mengandung dan melahirkan zuriat anda berdua biarpun terpaksa membiarkan badannya berubah daripada saiz S menjadi L atau XL! Oleh itu jangan sekali-kali bertanya "bila agaknya sayang hendak mula bersenam?"





sumber foto: http://us.images.detik.com/

3. Sediakan makanan


Jika isteri anda menjalani tempoh berpantang di rumah sendiri, maka inilah masanya untuk anda sebagai suami membuktikan mampu menjaga keperluannya dengan baik termasuk bab pemakanan. Menyediakan makanan orang berpantang bukannya susah sangat. Dengan adanya kemudahan internet, bila-bila masa anda boleh mencari menu makanan ibu berpantang. Sekurang-kurangnya anda dapat menyediakan makanan yang berkhasiat untuk isteri tersayang sekaligus untuk menghasilkan susu berkualiti untuk si comel yang baharu lahir. Bahkan makanan berpantang itu pun tak salah kalau anda hendak makan juga. Jimat kos makan sebab tak perlu beli makanan di luar.



4.  Rajin uruskan bayi


Bila balik dari kerja, janganlah harap untuk duduk goyang kaki di sofa sambil minum air jus yang dihidangkan oleh isteri seperti sebelum dia bersalin. Sebaliknya anda perlu segera membantu apa yang patut. Paling mudah, dukung dan pujuklah bayi anda jika dia menangis atau bantu menukar lampin atau pakaian bayi. Selain dapat mengeratkan ikatan ayah dan anak, ia juga melegakan isteri anda kerana dia boleh berehat seketika.




5. Jangan sekali-kali kejutkan isteri tidur


Sekiranya isteri anda sedang lena tidur jangan kejutkan dia semata-mata hendak bertanya soalan remeh seperti "kat mana sayang letak stoking kerja abang?" atau "bolehke abang pakaian Daniel baju tidur gambar Upin Ipin ni?" Hanya sebab-sebab yang munasabah sahaja anda boleh mengejutkan isteri berpantang anda bangun dari tidur.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045872 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list