CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2013|Reply: 0

Anak Tak Nak Makan Sayur, Jangan Risau, Ada Caranya!

[Copy link]
Post time 30-11-2015 04:11 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO




Kesimbangan makanan amat penting untuk pemakanan baik orang dewasa mahupun kanak-kanak.


Jika mempunyai anak yang langsung tidak gemar makan sayur, maka sebagai ibu-bapa perlu lebih kreatif untuk menjadikan sayur-sayuran seenak jajan yang mereka makan.


Berikut merupakan beberapa cara yang boleh dirujuk untuk mengubah tabiat anak tersebut berkeinginan untuk makan sayur walaupun dalam bilangan yang kecil pun jadi.





sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/

1. Masak bersama anak-anak. Beri anak anda peluang untuk melihat dan membantu anda memasak di dapur. Minta bantuannya 'mengoyak' kecil-kecil daun salad untuk dimakan segar atau beri peluang menghiris sayuran seperti lobak untuk membuat sup. Anak-anak akan merasa mereka mengambil beberapa bahagian dalam penyediaan menu, maka peluang untuk merasa adalah tinggi.






sumber foto: http://cdn0-a.production.liputan6.static6.com/

2. Berkebun bersama. Bercucuk tanam bersama-sama anak akan menjadi satu aktiviti yang sangat menarik. Anda akan mula perasaan minat anak yang semakin cenderung untuk menanam sayur-sayuran. Ambil kesempatan ini dengan menceritakan khasiat sayur-sayuran ini dan cara masakan sayuran yang menyedapkan.





3. Membeli-belah bersama. Ubah pemikiran bahawa membawa akan-anak ke pasar adalah perkara remeh. Anda perlu mengajak anak-anak untuk memberi mereka peluang memilih sayur apa yang mahu mereka rasa. Beri anak-anak minat untuk memilih dan membeli sendiri sayur-sayuran. Sekembalinya ke rumah, percayalah mereka akan teruja untuk makan hasil pilihan mereka.





4. Sedia hirisan buah dan sayuran atas pinggan. Ada hari-hari tertentu anak anda mahukan makanan ringan sekadar untuk menonton televisyen dan ketika lapar setelah balik sekolah atau sebelum tidur. Daripada memberi mereka makanan ringan yang kurang khasiat, anda perlu sediakan buah yang telah dipotong dan salad sayur yang dicampur dengan beberapa buah-buahan kegemarannya siap-siap di dalam peti ais.





5. Cipta resepi baru. Anda boleh mencipta resepi kegemarannya tetapi campur sedikit sayuran hijau ke dalam menu. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan brokoli atau cendawan di nasi yang dibakar bersama sos berkrim dan keju. Selain itu, anda boleh memasukkan sayur sawi dan lobak merah yang dipotong halus ke dalam sup bebola ayam kegemaran anak anda.




sumber foto: http://sihatceriabahagia.com/

6. Menu berwarna-warni. Anda boleh rangsang minat anak dengan menghasilkan minuman berunsurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna. Anda boleh menyembunyikan sayur-sayuran di sebalik jus buah-buahan dengan mencampurkannya dengan minuman kegemaran mereka seperti yogurt. Mana mungkin mereka sedar di dalam ada daun saderi mahupun lobak!





Jangan biarkan anak membuang atau mengasing sayur-sayuran di dalam menu mereka. Jika dibiarkan, sikap ini akan terbawa-bawa sehingga dewasa malah menu yang diambil kurang keseimbangan dari segi khasiat dan zat. Kita juga perlu menjadi ibu paling kreatif untuk tumbesaran anak-anak. Mungkin si suami juga berminat dengan resepi baru yang kita hasilkan!











sumber info: http://keluarga.karangkraf.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201484 Replies : 4019
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 7464 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 43402 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 15748 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 11419 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.033082 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list