CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 6944|Reply: 36

[Dunia] Transgender pertama diterima sebagai anggota polis. Malaysia bila lagi?

[Copy link]
Post time 8-11-2015 10:46 PM | Show all posts |Read mode



K Prithika Yashini berjaya dalam permohonan mahkamah untuk membenarkannya menyertai pasukan polis Tamil Nadu. - Foto AFP

CHENNAI: Tamil Nadu menjadi negeri pertama di India yang mengambil transgender sebagai anggota polis.

K Prithika Yashini berjaya dalam permohonan mahkamah untuk membenarkannya menyertai pasukan polis Tamil Nadu.

Prithika dilahirkan lelaki tetapi menjalani pembedahan menukar jantina, memohon untuk menjadi pegawai polis berpangkat sub-inspektor di negeri selatan India itu.

Lembaga polis negeri bagaimanapun tidak mengiktiraf jantina ketiga, menyebabkan Prithika membawa kesnya itu ke mahkamah.

"Saya sangat teruja, ia adalah satu permulaan baru bagi masyarakat transgender keseluruhan," katanya kepada rangkaian televisyen NDTV India.

Keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Chennai menyatakan kesan sosial daripada pengambilan Prithika dalam pasukan polis, akan memberi kekuatan kepada golongan transgender lain.

Mahkamah Agung India pada April lalu mengiktiraf golongan transgender sebagai jantina ketiga, lima tahun selepas suruhanjaya pilihan raya meletakkan kategori transgender dalam kertas undi.

Keputusan ini bermakna kerajaan perlu menyediakan golongan transgender dengan kuota dalam pekerjaan dan pendidikan selaras dengan kaum minoriti lain, serta kemudahan-kemudahan utama.

Hingga kini terdapat kira-kira dua juta orang transgender di India.

Times of India melaporkan pasukan polis Tamil Nadu sudah mempunyai tiga konstabel transgender namun laporan media lain pula menyatakan Prithika adalah transgender pertama menjadi pegawai.

Prithika meninggalkan rumah ibu bapanya ketika remaja sebelum menyambung pelajaran dalam bidang pengajian komputer dan menjalani pembedahan menukar jantina.

Media melaporkan Prithika mahu menjadi pegawai polis sejak kanak-kanak lagi. - Agensi


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/95310


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2015 10:49 PM | Show all posts
makin ramai geng sutun...makin jahanam dunia ni...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2015 10:49 PM | Show all posts
Adakah si @lavawon sebenarnya seorang transgander?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:03 PM | Show all posts
not to be biased, bukan kah kerja polis tu sering perlu yang kuat dan keras untuk lawan orang jahat?...

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:24 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-11-2015 11:03 PM
not to be biased, bukan kah kerja polis tu sering perlu yang kuat dan keras untuk lawan orang jahat? ...

not to be funny, agaknya kekuatan dalaman akan muncul jua pada saat2 genting dan diperlukan mungkin?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:32 PM | Show all posts
Td ada tgk cita tv2 ...best! Pasai kepolisan gak..n sebut polis tamil nadu..hq cam bukit aman kah? Sikit2 polis tamil nadu..

tp jem la cita ni..lg suku nak habis cerita subtitle hilang...blur aku x phm kesudahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2015 11:32 PM | Show all posts
Edited by alieyrina at 8-11-2015 11:38 PM

Double post..tenet bengong
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 11:33 PM | Show all posts
Edited by alieyrina at 8-11-2015 11:41 PM

Triple post..tab bengong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 12:00 AM | Show all posts
gang pelahap biawak ,bontot berkerak
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tk fhm..trens ni jantan ke betina?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 12:02 AM | Show all posts
Dah ada puki khenn ?
Baik kerja mengangkang jah...renovate beribu2 rugi pula tak guna sis.

Lagipun daghai tak sesuwai jadi polis sis..
jumpa tikus harus berdrama tamil satu kampung...kohser ummah nk melayan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
adakah beliau akan terkepit2 kejar penjenayah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 12:16 AM | Show all posts
nmpak cm ppuan tamil yg tulen.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
India lgbt still illegal. Tp dorang punya NGO mmg power. Dorang mmg fight abis2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
husnuzon, khunsa kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 01:30 AM | Show all posts
Edited by kambeng_masam at 8-11-2015 08:31 PM
Decaffeinated replied at 8-11-2015 06:03 PM
not to be biased, bukan kah kerja polis tu sering perlu yang kuat dan keras untuk lawan orang jahat? ...

alaa ko nihh....dia dari kecik ngidam nak jadi polis pompuan....

so careful ye parents dan cikgu2 bila tanya budak2 cita-cita nak jadi apa. Kena tanya bebudak details sket, nak jadi polis? policewoman ke policeman? Nak jadi doktor pompuan ke doktor lelaki? nak jadi ustaz ke ustazah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 06:37 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 9-11-2015 01:30 AM
alaa ko nihh....dia dari kecik ngidam nak jadi polis pompuan....

so careful ye parents dan ...

Iols nak jadi police gegurl .... nak tangkap boboi jahat ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 09:52 AM | Show all posts
why ane why??
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 10:01 AM | Show all posts
ala korang ni
bknnya polis ni kj dorang tangkap penjahat je
boley je minachi ni kj unit store ker, unit forensik ker(boleh la skodeng apa yg patut)
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla. Bagila kerja yg "normal" pada trans. Mereka jugak manusia. Yg bezanya they look different. Ada yg rupa dan ngaku normal tapi lahanat. Pandang rendah pada yg rupa xserupa. Sex tu antara dia dgn his maker la. Kita bagi kerja so dia boleh makan minum ada tempat tinggal.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.192984 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list