|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-11-2015 06:00 PM
Mohd. Khamil Jamil melihat rekaan dalaman kereta Lotus sewaktu melawat gerai pameran syarikat yang mengambil bahagian dalam DRB-HICOM Autofest 2015 di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 6 Nov. – Diskaun hingga RM75,000 ditawarkan bagi harga kenderaan yang dijual sepanjang penganjuran DRB-HICOM Autofest selama tiga hari sehingga Ahad ini.
Jenama pelbagai jenis kenderaan itu terdiri daripada Proton, Lotus, Spyder, Audi, Volkswagen, Honda, Jeep, Mitsubishi, Isuzu, Tata dan Modenas.
Berlangsung di Kompleks EON, Glenmarie di sini dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, pengunjung berpeluang melihat sendiri model-model terbaharu kereta, trak dan motosikal dengan pakej pembelian menarik.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, sebanyak RM45 juta nilai jualan disasarkan oleh pihaknya berbanding RM43 juta bagi karnival sama tahun lepas.
“Kami yakin sasaran ini mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap jenama di bawah Kumpulan DRB-HICOM sejak empat tahun kebelakangan ini.
“Setiap tahun, jumlah pengunjung ke bilik pameran dan gerai jualan kami meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan melawat gerai-gerai jualan yang terdapat di karnival tersebut di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Pengedaran Automotif dan Pengeluaran DRB HICOM Berhad, Datuk Radzaif Mohamed.
Mohd. Khamil sebelum itu melancarkan Program Elit DRB-HICOM.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korp....ijo82Bnh.dpuf
|
|