CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2120|Reply: 0

5 Sebab Kulit Anda Teruk Yang Anda Tidak Tahu

[Copy link]
Post time 4-11-2015 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Anda cuma mengetahui bahawa anda perlu membersihkan kulit wajah sebelum tidur. Namun, ramai kurang menyedari bahawa ada kesilapan yang telah anda lakukan sehingga menyebabkan kulit kelihatan lebih teruk lagi. Kadang-kadang ia menyebabkan anda putus asa dengan keadaan kulit meskipun anda telah berbelanja dengan banyak semata-mata untuk kecantikan kulit. Jadi apakah kesilapan itu?

PERCAYA PADA TESTIMONIAL
Anda mula tergoda bahawa anda betul-betul perlukan produk yang disyorkan setelah terbaca testimoni pengguna. Sebelum anda tahu tentang produk tersebut, anda perlu tahu jenis kulit pengguna dan rutin pengguna yang dikatakan berjaya mendapatkan kulit wajah yang gebu seperti yang diwar-war menerusi pengalaman. Tidak semua wanita mempunyai masalah kulit yang sama. Apa yang anda perlu adalah pencuci wajah, penyegar dan pelembap. Jika anda mempunyai kesemua penjagaan asas ini, anda tidak perlu merasa percaya dengan testimoni yang diberi lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan 'mengedit' gambar yang semakin popular menerusi telefon canggih.

KURANG AIR DAN TIDUR
Masalah hidrasi dan kekurangan tidur boleh memberi kesan yang ketara terhadap kulit. Hal ini kerana, kulit memerlukan air untuk kelembapan. Kulit juga boleh haus dan ia mudah kelihatan apabila kulit tampak pucat, kering dan berkedut. Ramai wanita hanya bergantung kepada pil vitamin C untuk kecantikan kulit tetapi kurang mengambil banyak air sedangkan air diperlukan untuk memberi kesan terhadap tindak balas pil tersebut. Tidur yang cukup pula penting untuk membuat kulit sihat dan berseri kerana perjalanan darah yang sempurna. Minum lapan gelas sehari dan tidur lapan jam sehari sudah memadai utnuk kecantikan kulit.


PRODUK RAWAT KEPELBAGAIAN
Ramai wanita memilih satu produk yang mempunyai banyak kegunaan adalah pilihan yang tepat dan wajib ada. Menurut pakar dermatologis dari pusat kecantikan Amerika, Debra Luftman, tidak ada produk yang mampu merawat pelbagai masalah kulit di dalam satu produk. Jika ada pun, ia kurang sesuai dan boleh mengakibatkan  kerosakan lain pula pada kulit. Wanita kini lebih berminat untuk menggunakan satu produk yang mempunyai banyak kegunaan. Ada baiknya anda meneliti dahulu isi kandungan yang terdapat pada label produk. Apa-apa bahan selepas tiga bahan utama yang disenaraikan sebenarnya tidaklah begitu penting. Produk yang mengandungi sedikit kandungan adalah lebih baik.

MEMAKAI PRODUK SEMBARANGAN
Anda perlu tahu produk apa yang perlu dipakai terlebih dahulu, produk apa yang perlu dipakai bersama dan bila masa sesuai untuk digunakan. Sebagai contoh, apabila anda mahu menggunakan produk berasaskan retinol atau rawatan jerawat, anda perlu menyapunya sebelum anda menggunakan pelembap. Jika anda mahu menggunaan krim penghalang cahaya matahari, sapu krim berasaskan air atau mineral untuk elak kulit berminyak. Pastikan kering terlebih dahulu dan barulah disapu dengan bedak wajah. Guna produk yang dikhaskan untuk penggunaan malam pada waktu malam kerana kebanyakan krim malam bersifat sensitif pada cahaya.

SOLEKAN KETIKA BERSENAM
Kami faham bahawa kebanyakan wanita mahu bersolek walaupun berada di gim kerana mahu menyembunyikan cela-cela dari terus dilihat oleh orang ramai. Hakikatnya kulit akan lebih teruk apabila solekan tidak dibersihkan terlebih dulu. Meskipun produk bersifat mineral dikatakan tidak akan menyumbatkan liang pori anda, ia tetap menyebabkan kulit anda berjerawat akibat peluh yang tersumbat. Pastikan anda sentiasa membawa tisu basah di dalam beg gim anda. Jika tetap mahu mengenakan pelembap, pastikan pelembap bebas minyak. Bersenam untuk sihat. Tidak perlu bersolek.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.924560 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list