CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5230|Reply: 0

Adakah Tali Pinggang Menyerlahkan Penampilan Anda?

[Copy link]
Post time 7-10-2015 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Tali pinggang digunakan untuk mengetatkan seluar atau skirt yang longar atau sekadar aksesori perhiasan? Sebenarnya, ia digunakan mengikut keselesaan si pemakai. Ada sesetengah orang yang tidak gemar memakai tali pinggang. Bagi yang sudah terbiasa, tali pinggang merupakan sesuatu pelengkap untuk pemakaian harian.



Tali pinggang mempunyai pelbagai jenis dan pelbagai warna. Setiap jenis tersebut tidak boleh digunakan sembarangan. Ada yang sesuai dengan anda dan ada juga yang akan mencacatkan penampilan anda. Berhati-hati dalam pemilihan dan penggunaan tali pinggang ini.

Lelaki




  • Lelaki mempunyai dua jenis tali pinggang. Formal dan kasual. Warna yang digunakan juga terhad seperti hitam, coklat dan gelap. Namun, dengan pelbagai variasi tali pinggang terkini, lelaki juga berani memakai tali pinggang berona terang.


  • Padankan warna tali pinggang dengan jam atau kasut anda.


  • Jika ke majlis rasmi, bentuk kepala tali pinggang tidak harus menonjol. Bermakna, tidak terlalu besar.


  • Bentuk kepala tali pinggang yang besar sesuai untuk majlis santai lebih menyerlah.

Wanita



Wanita yang mempunyai pinggang pendek
Pilihlah tali pinggang nipis dan warna yang seakan dengan baju. Ia akan menampakkan badan anda lebih panjang.



Wanita yang mempunyai badan yang panjang

Pilih tali pinggang yang agak kontra dengan baju anda. Padankan dengan skirt atau seluar. Jika skirt atau seluar berwarna merah, tali pinggang juga harus berwarna merah.

Tali pinggang tebal juga sesuai untuk anda yang mempunyai tubuh yang tinggi dan langsing.



Wanita yang mempunyai pinggang ramping
Tali pinggang nipis dan halus sesuai untuk pinggang sempurna anda. Ia menaikkan lagi seri si pemakai.

Wanita mempunyai tubuh besar
Pilih tali pinggang yang tebal bagi menyerlahkan lagi bentuk tubuh dan pinggul anda. Padankan dengan baju atau gaun longgar.

Wanita yang mempunyai bentuk tubuh pir
(pinggang kecil pinggul besar)
Anda disarankan untuk memilih tali pinggang nipis untuk menyerlahkan bentuk badan. Ia sesuai digayakn jika anda memakai skirt.



Wanita mempunyai tubuh berbentuk epal
Pilihlah tali pinggang lebar bagi menyempurnakan gaya si pemakai. Letakkannya pada bahagian atas punggung atau bahagian bawah dada. Pemakaian sebigini menonjolkan bentuk badan anda.

Penampilan dengan perhiasan tali pinggang ini akan menyerlahkan lagi gaya dan keyakinan anda. Pastikan ia sesuai digayakan agar tidak mencacatkan penampilan anda. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.318283 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list