CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9960|Reply: 81

[Tempatan] Nama daerah Kulaijaya ditukar ke nama asal, Kulai. Nama Nusajaya disemak

[Copy link]
Post time 31-8-2015 11:33 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor menyambut baik titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar supaya meneliti nama bersesuaian bagi kawasan Nusajaya. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri turut menerima titah Tuanku yang mahukan nama daerah Kulaijaya ditukar kepada nama asalnya, Kulai. Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan pertukaran semula nama itu selain mencari nama baharu yang sesuai bagi Nusajaya yang menempatkan pusat pentadbiran baharu kerajaan Johor. "Kulaijaya kita akan tukar balik kepada nama asalnya Kulai, bagi Nusajaya kita akan bincang untuk mencari nama yang tepat," katanya kepada pemberita selepas meninjau lima lukisan mural di sekitar pusat bandar raya ini, hari ini.

Semalam, Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan negeri menukar semula nama daerah Kulaijaya kepada nama asalnya dengan serta-merta. Baginda bertitah walaupun nama sesebuah kampung atau tempat bunyinya agak pelik, ia hendaklah dikekalkan kerana ia telah dinamakan oleh nenek moyang mengikut kesesuaian dan sejarahnya. Sultan Ibrahim turut bertitah supaya kerajaan negeri meneliti nama sesuai bagi Nusajaya kerana nama itu tidak mempunyai kaitan dengan sejarah kawasan itu. Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pihaknya menyambut baik inisiatif seperti lukisan mural berkenaan dan berterima kasih kepada pihak terlibat termasuk Petronas, Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) serta pelukis anak Johor. Mural berkenaan memberikan kelainan dan tarikan kepada bandar raya Johor Baharu, sekali gus mengalukan-alukan lebih ramai pihak untuk melakukan insiatif sama dengan tema bersesuaian di bandar raya ini. "Aspek penting mural yang dihasilkan ini bersandarkan kepada soal tanah air, dan sudah tentulah ia menjadi ruang bagi orang muda menunjukkan ekspresi melalui kreativiti mereka," katanya.

Menurutnya ia juga dapat menyemai rasa cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda terutamanya semasa negara menyambut Hari Kebangsaan 2015. Lima mural itu termasuk yang berkonsep tiga dimensi (3D) diabadikan pada dinding bangunan warisan bernilai tinggi di sekitar Jalan Trus, Jalan Dhoby, Jalan Ibrahim dan Jalan Segget menerusi projek #tanahairku 3.0 bersempena sambutan Hari Kebangsaan. Selain memaparkan elemen patriotik, mural itu bercirikan Bangsa Johor dan Muafakat Johor yang bertujuan menyampaikan mesej kepada pengunjung untuk menghayati kepentingan dan perpaduan kaum. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka dgn perkataan 'Jaya' agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je nama kulaijaya nusajaya tu....knapa nk tukar?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorrr gitu pulak dah..ok je nama tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:00 PM | Show all posts
krustykrab replied at 31-8-2015 12:20 PM
Ok je nama kulaijaya nusajaya tu....knapa nk tukar?

bosan la nama2 moden ni..sikit2 jaya..sikit2 bestari..sikit2 putra, sentral etc2..biar kekalkan je nama2 lama tu lg ada nilai sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:04 PM | Show all posts
Jaya jaya ni so yesterdaylah.....

zaman dulu-dulu suka 'pura'...

apa kata try 'ville'.....

btw, setuju Kulai caprut tu dikekalkan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2015 01:06 PM | Show all posts
Duk diam2 tak leh ke

Suka sgt camputgn keje state gomen
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:07 PM | Show all posts
Tukar Kulaifornia la. Baru kokeshen. Jaya is so sanskrit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2015 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mestilah nak setarap putrajaya,cyberjaya.gittew
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Batang berjuntai bila nk tukar balik?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
flying_cow replied at 31-8-2015 01:07 PM
Tukar Kulaifornia la. Baru kokeshen. Jaya is so sanskrit.


Hahaha..bijak2..kulaifornia..kenalah sanskrit keturunan jawa belaka pemimpin pon
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:09 PM | Show all posts
nusajaya dah sedap....... kulaijaya kureng.... cam terkulai dgn jaya  
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:18 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 31-8-2015 01:08 PM
Hahaha..bijak2..kulaifornia..kenalah sanskrit keturunan jawa belaka pemimpin pon

haha kulaifornia..pilahdelphia
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 31-8-2015 01:18 PM
haha kulaifornia..pilahdelphia

Hahahaha..bijak2..pilahdelphia
Baru bunyi keju...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulai Munich nampak macam jerman sikit
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:31 PM | Show all posts
alar, kwn aku duk sana, pnggil kulai as kulai aja, bukan kulaijaya pn.

wat abis dakwat je print perkataan 'jaya'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2015 01:36 PM | Show all posts
kulai itu macam terkulai layu ka
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:37 PM | Show all posts
dubuk replied at 31-8-2015 01:36 PM
kulai itu macam terkulai layu ka

batang berjuntai terkulai layu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:38 PM | Show all posts
apa lah nama

kulai.. melayu..

terkulai kulai melayu layu

nama kasi semangat sikit tak ada ka

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 01:43 PM | Show all posts
saladin780 replied at 31-8-2015 01:37 PM
batang berjuntai terkulai layu

alang alang mau tukar nama kasi tukar semua

batang lah.. terkulai lah..
layu lah..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:40 AM GMT+8 , Processed in 1.135647 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list