CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28870|Reply: 149

Kisah Penghijrahan Jue Aziz Ini Cukup Menyentuh Hati & Perasaan

[Copy link]
Post time 10-8-2015 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Jue Aziz telah pun berhijrah dan mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sejak Rabu minggu lalu. Pelakon yang memang jelita ini kelihatan semakin menawan dan cantik sejak tampil dengan imej baru ini. Apa yang menarik tentang penghijrahan Jue Aziz ini adalah kisah di sebaliknya. Cara hidayah itu sampai kepada Jue Aziz cukup menyentuh hati dan perasaan, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan pemergian ayah tercinta ke rahmatullah.

31 Julai lalu, ayah Jue Aziz telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebelum ini, ibu bapa Jue Aziz turut meminta pelakon ini memakai tudung namun hatinya masih tidak tergerak walaupun adik beradik yang lain kesemuanya sudah menutup aurat. Bagi Jue, dia tidak mahu bertudung hanya kerana orang lain menyuruhnya. Namun apabila Jue Aziz bermimpi kehadiran ayahnya, segala-galanya berubah. Kata Jue:-
Alhamdulillah, penghijrahan saya dipermudahkan Allah. Malam Ahad lalu ketika saya ambil wuduk untuk solat, hati saya dirundung perasaan rindu teramat pada arwah ayah. Saya teringin sangat menatap wajahnya dengan senyuman. Malam itu, ketika tidur, saya mimpikan ayah. Malangnya, ayah tidak senyum sehingga saya memegang kedua-dua belah pipinya untuk memaksanya senyum.
Keesokannya, pada hari Isnin saya pergi ke kubur arwah ayah dengan dua kakak. Setibanya di kubur ayah, saya berasa tenang sekali. Saya tidak dapat gambarkan perasaan tersebut. Lalu, saya menceritakan mengenai mimpi tersebut kepada kakak kedua.
Dengan nada lembut kakak memberitahu, mungkin itu pesanan daripada Allah meminta diri saya berubah untuk bertudung. Saya terus menangis dan memeluk kakak. Tiba-tiba pintu hati saya untuk memakai tudung dibuka luas-luas. Saya cakap pada kakak, maknanya Allah dengar doa saya. Maknanya Allah sayangkan saya.
Selepas melawat kubur ayah, saya terus ajak kakak beli tudung. Saya rasa inilah masanya untuk saya bertudung penuh sehingga menutup dada. cukup-cukuplah penampilan saya sebelum ini.

Terharu sungguh Abang Nara membacanya. Memang benarlah petunjuk dan hidayah itu datang dalam pelbagai bentuk. Jue Aziz beruntung kerana dibukakan hati untuk bertudung pada usia 32 tahun. Semoga dengan penghijrahan ini, roh ayah Jue Aziz lebih tenang di alam sana. Insya Allah lepas ini kalau termimpi lagi, pasti si ayah akan tersenyum girang. Menarik bukan kisah penghijrahan Jue Aziz ini? Kalau korang ada cerita yang lebih kurang begini, kongsikanlah di ruangan komen. Nak juga baca.

beautifulnara


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 10:10 AM | Show all posts
cantik bertudung... alhamdulillah... semoga istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
moga istiqamah... iols doakan yg terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:15 AM | Show all posts
moga jue terus istiqamah dan menjadi muslimah yg terbaik..amin.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:20 AM | Show all posts
alhamdullilah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:21 AM | Show all posts
Bertambah cantik & manis kak jue ni bertudung..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2015 10:23 AM | Show all posts
alhamdulillah, moga istiqomah ye. cantik Jue ni, teringat masa dia dgn Ako Mustapha dan Jehan Miskin dedulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:23 AM | Show all posts
dia ni cantik, nampak baik juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 10:24 AM | Show all posts
moge istiqamah yek kakak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:24 AM | Show all posts
iolls suke jue ni.. dari dulu cantik jah cuma agak sexy kan.. but now, dah berhijrah bertambah tambah cantik!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Semuga istiqamah. Harap tak jadi macam Lofa. Awal2 masa pakai tudung memang tutup dada. Sekarang makin singkat aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:29 AM | Show all posts
Alhamdullilah ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:31 AM | Show all posts
dia cantik, bila bertdung lagi cantek
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:40 AM | Show all posts
alhamdulillah semoga kekal bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:42 AM | Show all posts
alhamdulillah.. cantik..

pasni jue nak jual tudung ke? makton nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:45 AM | Show all posts
alhamdulillah

dia cantik, moga penghijrahan ni membawa sinar baru
utk jue dan juga suami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 10:50 AM | Show all posts
teringat kisah kawan aku yang pakai tudung dan masuk kelas mengaji & agama selepas ayah dia meninggal dunia. Kawan aku ni takde lah yang jenis pakai seksi pun....skirt pendek & baju ketat dia tak pakai.....dia cuma tak pakai tudung.

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:53 AM | Show all posts
alhamdulillah.. moga istiqomah..mana tau lepas ni rezeki blh kuarkan produk tudung jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:53 AM | Show all posts
semoga menjadi yag terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Shes so pretty. Dengan suara serak2 basah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.298002 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list