CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10230|Reply: 93

[Tempatan] Grand Prix KL City dikutuk akhbar Umno kerana menyusahkan warga KL

[Copy link]
Post time 10-8-2015 02:09 AM | Show all posts |Read mode
Dalam tindakan yang sangat jarang berlaku, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mengutuk keras penganjuran acara lumba kereta Grand Prix Kuala Lumpur City yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat.

Ditulis agak panjang wartawan akhbar itu mengaitkan acara berkenaan - yang menyebabkan banyak laluan utama di Kuala Lumpur ditutup - dengan aktviti demonstrasi.

"Semalam bermula satu acara sukan tidak berfaedah yang menambahkan stres dan kemarahan penduduk kota. Perlumbaan kereta di tengah bandar. Acara itu berlangsung selama tiga hari, semalam, hari ini dan esok.

"Acara itu kononnya sangat hebat sehingga digembar-gemburkan akan mencatat sejarah nasional. Ya, memang sejarah akan tercatat sebagai perlumbaan kereta di tengah bandar yang paling menyusahkan hidup hampir dua juta warga Kuala Lumpur!" tulis akhbar tersebut.

Dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), acara perlumbaan kereta itu dilakukan selepas lima laluan utama - dan paling sibuk - di kota raya ditutup.

Jalan itu ialah Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P Ramlee.

Penutupan dibuat antara jam 6 pagi hingga 6 petang pada 7, 9 dan 9 Ogos.

Selar DBKL luluskan acara

Tulisan bertajuk Bermulanya acara sukan tidak berfaedah, menyusahkan rakyat! itu mengecam keputusan kerajaan tempatan meletakkan pengguna jalan raya dalam "kesesakan paling azab sepanjang minggu" acara berkenaan diadakan.

Utusan mendakwa kesesakan berlaku sepanjang masa bukan sahaja di lokasi perlumbaan malah di mana-mana sahaja.

Tulisan tersebut juga menyelar DBKL yang meluluskan acara perlumbaan tersebut.

"Tolonglah jangan ulangi lagi perlumbaan tidak berfaedah ini tahun depan. Penduduk Kuala Lumpur sudah terbeban dengan macam-macam tekanan hidup. Kos sara hidup yang tidak turun-turun, kegawatan politik serta situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan.

"Lagipun jalan raya di tengah bandar Kuala Lumpur ini bukanlah elok sangat. Sempit, compang-camping, penuh dengan lubang, lompang sana sini, kualiti turapan yang tidak sempurna selain pelbagai kecacatan lain.

"Tanyalah mat rempit, mereka pun tidak sanggup berlumba di jalan raya di tengah ibu kota ini," kata penulisnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
..warga KL tu kan ke terdiri dari ummah Bangla, Burma, Gurka, Vietnam, Indon lombok, Naijeria, Paki jual carpet, Keling madras??? So semua mereka dah jadi ahli Umenoooo???
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayak nya dihencap..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak rasa perlumbaan ini sewajarnya dibuat di tengah2 felda agar dpt memeriahkah ummah felda yg dahagakan hiruk pikuk metropolis
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian warga kl. Bygkn jem balik kg rya dirasai 3hri berturut2.wajar dbkl dimaki..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:24 AM | Show all posts
Tah..sendu jah pun tgk smlm..heran aku..mcm la hari2 x dak lambo ferari maserati bagai kat kl tu ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2015 07:26 AM | Show all posts
aku yg duduk luar KL ni aman2 aja...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan tu punya tulisan macam pondan pondan emo yang dah lama tak dapat batang jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 07:42 AM | Show all posts
patut buat kat PUTRAJAYA laa......... BODOH  
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:47 AM | Show all posts
Ini mesti Umno tak dapat share untung. itu sebab meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Skali jer pon stahun gigeh ko sentap mknyah ...ujung2 korang bergerak dgn public transport jua sebab pprt.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:54 AM | Show all posts
org KL tak Patriot dan tak syukur langsung....aku cadangkan bawa acara acara gemilang mcm ini di KK...org KK suka...mcm mana setuju???
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:54 AM | Show all posts
dah tahu akan sesak gini...
tak masuk KL  pon weekend lepas...
masuk hutan yg tenang dan aman damai
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Circuit sepang bg lembu & kambing je la lepas.. Dah malam byk laluan klcc pulak semua tutup sibuk concert grand prix vangang ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 08:01 AM | Show all posts
gigih nya PPRT ni nak hencap...mesti fonen sangkak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 08:07 AM | Show all posts
sebelum tu buat2 tak amik tahu. dah mula baru nak melalak ke? spesis umngokla ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 08:21 AM | Show all posts
Best nye la hai hidup di desa indah permai ni

jauh dr kesibukan kota yg huru hara penuh tekanan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 08:28 AM | Show all posts
bukan org lain...menteri dr parti ko gak yg approve
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 08:36 AM | Show all posts
Bestnya kl grant prix
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 08:45 AM | Show all posts
point wartawan ni about traffic congestion is overblown. aku rebuke apa yang aku ingat sahajalah malas roll back.

First, event ni buat weekend.


Second, bukan semua 2 juta warga KL kena jam pun.


Third, those who do work around KLCC area ramai yang tak bawa kereta to work.


Fourth, kalau nak kata kerja2 persediaan menganggu tak betul sebab aku tak nampak langsung gangguan tersebut. Hari ini pun traffic dah clear back to normal

Fifth, litar berlopak dan berlobang? dia ni menulis dari London ka? Pls go and check.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.612184 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list