CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2292|Reply: 6

[Tempatan] Menteri Dan Timbalan Menteri Baharu Angkat Sumpah Jawatan Di Hadapan Agong

[Copy link]
Post time 29-7-2015 11:32 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin hari ini mendahului barisan menteri dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini.

Upacara itu berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 10 pagi.

Selepas Hamzah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mengangkat sumpah jawatan dan taat setia masing-masing.

Mereka kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Upacara itu diteruskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan.

-- BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari repot x pergi ke. ? lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 12:30 PM | Show all posts
patut la ramai2 orang siap baju itam segala kat depan istana pagi tadi
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 12:42 PM | Show all posts
Kabinet yang bakal melingkup..hamjad punya kabinet
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 01:56 PM | Show all posts
betul ke mukhriz pun akan di lucutkan jawatan MB kedah dan di ganti ngan dato ahmad lebai sudin??
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:52 PM | Show all posts
kenapalah najib pilih dia ni.. dahlah memang tak setuju dgn kepimpinan najib, tambah pula dgn zahid..*sigh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 02:54 PM | Show all posts
moga yg bersumpah tapi tak menjalankan amanah tu dimakan sumpah sendiri secepat mungkin ....amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Celaka punya iblis, betina tersial...
sonic-bertaikCelaka punya iblis, betina tersial...
Views : 1252 Replies : 12
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22197 Replies : 1
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 23968 Replies : 62
'Kirim RM200 ke Indonesia, sudah rasa macam orang kaya'
Abahmung'Kirim RM200 ke Indonesia, sudah ras
Views : 8996 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28433 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3736 Replies : 45
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358322 Replies : 3533
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39798 Replies : 237
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27833 Replies : 10
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13068 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049398 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list