CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2082|Reply: 11

[Tempatan] Gubal buku teks tak abai sejarah mana-mana negeri

[Copy link]
Post time 10-6-2015 03:50 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Penggubalan kurikulum dan kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah untuk sekolah rendah atau sekolah menengah tidak pernah mengabaikan sejarah mana-mana negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaliknya penulisan dan pendidikan sejarah adalah berasaskan kepada kaca mata, aspirasi dan pandangan masyarakat negara ini secara umum yang telah diiktiraf.

"Ia telah diiktiraf oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah yang terdiri daripada tokoh pelbagai latar belakang sama ada ahli akademik, universiti dan Persatuan Sejarah," katanya semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-11 peringkat Kementerian Pendidikan, di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, panel tersebut yang bertanggungjawab menggubal buku teks itu telah mengambil kira ketetapan dan asas-asas pertimbangan untuk menentukan kandungan buku teks yang dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya keterbatasan tetap berlaku yang tidak semua bahan sejarah negara ini dapat dimasukkan sebagai kandungan dalam buku teks itu.

"Kita tidak dapat masukkan semua sekali kerana ada asas-asas pertimbangan yang mana kita boleh masukkan sebagai bahan sejarah dan yang mana tidak dapat kita masukkan...tetapi elemen itu memang ada diambil kira," katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian sentiasa melakukan kajian dan penilaian semula kandungan buku teks mata pelajaran itu dari semasa ke semasa bagi memastikan ia sesuai untuk masa-masa akan datang.

Isu kandungan buku teks tersebut dibangkitkan oleh Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika mencelah penggulungan Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, pihaknya juga akan menyiasat dakwaan mengatakan nama Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang tertera dalam buku teks Sejarah sebagai 'orang yang dirujuk' tanpa pengetahuannya dan pakar sejarah itu didakwa tidak pernah dirujuk untuk penggubalan buku teks itu.

"Saya akan siasat. Mungkin secara rasmi dia tidak ada sama ada dalam proses menyiapkan kurikulum sejarah itu...ini saya kena siasat," katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Pagoh itu berkata kerajaan sememangnya berhasrat untuk memastikan semua sekolah beroperasi dalam satu sesi persekolahan dan inisiatif khusus untuk mencapai matlamat itu telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Katanya, dalam RMK11 dan RMK12, kerajaan menyediakan perancangan strategik jangka panjang yang melibatkan pembinaan sekolah baharu, bangunan tambahan dan gantian bagi menukarkan sekolah padat menjadi sekolah satu sesi.

"Sehingga 1 Mei 2015, terdapat 8,767 buah sekolah yang beroperasi satu sesi. Jumlah ini bertambah berbanding 8,705 pada tahun 2014 dan 8,625 pada 2013," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 03:52 PM | Show all posts
sejarah perang kedah-siam pon sikit....asyik2 kita pasal melaka....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 04:02 PM | Show all posts
sejarah takpe ada yang secara lisan tu hah... yg mcm geo? mcm kat sabah ada gunung berapi tapi tak dnyatakan dlm buku teks cana? cuma bila belajar ke peringkat lebey tinggi je baru tau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah penubuhan malaysia pun samar2... Nak nampak Malaya yg unggul.  Patutla penduduk borneo bising.  Syabas DAP !!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tdo baca buku sejarah
:zz:zz:zz
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Subjek sejarah paling bosan..LPs ni dorg nk masukkan cite psl najis dgn Kak mah ke....boooosannn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2015 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Biography prangai najis dan rosmah harus dibuat subject mata pelajarn baru...100 ways to ruin a country...subjeck wajib lulus untuk ummah yang nk jadi muntri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 12:29 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 10-6-2015 05:44 PM
Sejarah penubuhan malaysia pun samar2... Nak nampak Malaya yg unggul.  Patutla penduduk borneo bisin ...

i yakin
antara tokoh2 baru negara
misti tokoh tersuci puak umngok
= taek jho lo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2015 01:22 AM | Show all posts
sejarah melaka ja banyak
mula2 buku buku sejarah tingkatan 1 yang basic tu cerita pasal

1. permulaan tamadun melayu
-tamadun kedah tua
-langkasuka
-chih tu
etc, etc
baru aje 2 pages, dah masuk

"kegemilangan kerajaan melaka"
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 01:25 AM | Show all posts
Rindu zaman sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 01:29 AM | Show all posts

sejarah subjek wajib lulus,,dlu mana la org minat sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 01:35 AM | Show all posts
sejarah bosan kata orang
tp bagi aku, math paling bosan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 6373 Replies : 4
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18396 Replies : 22
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 4038 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.973809 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list