CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2265|Reply: 4

[Tempatan] Tiada GST, harga gas kekal RM26.60 bagi tong 14 kg

[Copy link]
Post time 10-4-2015 03:26 PM | Show all posts |Read mode

KUANTAN – Harga gas memasak tidak berkandung dalam senarai barangan yang perlu dikenakan cukai walaupun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah berkuat kuasa awal April lalu.

Ketua Unit Bekalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Hashim Mohamad berkata, harga gas masih kekal pada harga kawalan iaitu RM26.60 bagi tong 14 kilogram.

"Jika ada peniaga yang mengenakan harga mahal pengguna perlu segera bertindak dengan melaporkan kepada unit aduan KPDNKK.

“Aduan penting bagi membolehkan pihak kami menjalankan pemantauan, pemeriksaan dan mengenal pasti peniaga yang mengambil kesempatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Sebelum ini, ada pengguna mendakwa gas dijual pada RM31 bagi tong 14 kilogram mengikut kepada lokasi penghantaran.

Beliau turut menasihatkan peniaga supaya tidak mengenakan caj perkhidmatan terlalu mahal kepada pengguna.

“Saya minta peniaga tidak kenakan caj lebih ketika memberikan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan, sebaliknya mengenakan kadar harga berpatutan,” katanya.

Hashim memberitahu setakat ini bekalan gas di daerah ini mencukupi dan pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan gas memasak.

Jelasnya, sekiranya terdapat pengguna sukar untuk memperoleh bekalan gas memasak mereka boleh memaklumkan kepada pihak KPDNKK.

“KPDNKK ada membuat penambahan kuota sebanyak 300 tong gas dan Insya-Allah mampu membantu pengguna yang mempunyai masalah berkenaan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 03:39 PM | Show all posts
putrjaya tempata aku da rm31,camno
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 03:52 PM | Show all posts
Kemaman RM30 tu pon sebab dia takder baki nak bagi kalu tak RM31 amik kat kedai. Bukan dia mai hantaq.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 04:21 PM | Show all posts
gas xmemberi kesan sgt..

setong kdg2 2 bln xhabis..

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli hujung bulan lepas rm31
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
akku78875akku
Views : 1111 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 2526 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 3436 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.928530 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list