CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1809|Reply: 1

[Tempatan] Lapor segera salah laku peniaga

[Copy link]
Post time 3-3-2015 10:04 AM | Show all posts |Read mode


                            KUANTAN - Pengguna yang menghadapi masalah dengan peniaga berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bulan depan, boleh menyalurkan aduan mereka menerusi sistem aplikasi telefon pintar iaitu ‘EZ Complaint’.
       
        Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi itu membolehkan pengguna menyalurkan aduan mereka dalam bentuk gambar sebagai bukti, terus ke sistem E-Aduan.
       
        Beliau berkata EZ Complaint dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah program ‘1Gov App Store’.
       
        “Aplikasi ini mempunyai beberapa ciri untuk memudahkan pengguna seperti ‘GEOTAG’ di mana pengguna tidak perlu mengisi alamat premis yang diadu dan tidak perlu mengisi nombor aduan untuk penyemakan status.
       
        “Profil pengguna yang berulang, notifikasi e-mel dan maklumat lain yang berkaitan juga hanya diperlukan pada kali pertama memuat turun aplikasi ini,” katanya semasa merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang 2015 Peringkat Kebangsaan di pasar raya ‘The Store’ di pusat
        membeli-belah Kuantan Parade di sini, kelmarin.
       
        Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin dan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek.
       
        Sementara itu, Hasan berkata Pusat Pengurusan Aduan Pengguna kementeriannya menerima sebanyak 14,089 aduan berkaitan isu kepenggunaan pada tahun 2014, berbanding 11,851 aduan pada tahun sebelumnya.
       
        “Daripada jumlah aduan yang diterima tahun lepas, sebanyak 95.87 peratus atau 13,507 aduan berjaya diselesaikan berbanding tahun 2013 iaitu hanya 10,864 aduan atau 91.7 peratus sahaja yang diselesaikan,” katanya.
       
        Hasan berkata antara faktor yang menyebabkan peningkatan jumlah aduan adalah kejayaan kempen dan pendidikan kepenggunaan dalam memberi kesedaran kepada pengguna untuk memperkasakan hak mereka.
       
        Selain itu, publisiti meluas oleh media mengenai kejayaan operasi penguatkuasaan kementerian juga memberi keyakinan kepada pengguna bahawa aduan mereka akan diberi perhatian, tambah beliau. - Bernama
               
                                                                                                                                                                                                                                                         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 01:38 PM | Show all posts
Woookeyyy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18062 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43175 Replies : 75
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58
Faces of Death (2026)
pisanggorengFaces of Death (2026)
Views : 14701 Replies : 2
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 65401 Replies : 133
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24310 Replies : 70
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39841 Replies : 253

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.523032 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list