CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1371|Reply: 0

[Tempatan] Rakan Muda dijenamakan semula

[Copy link]
Post time 18-2-2015 07:10 AM | Show all posts |Read mode

        KUALA LUMPUR - Program Rakan Muda yang diwujudkan sejak 1990-an dijenamakan semula untuk menonjol kreativiti dan bakat golongan muda.

        Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu akan menarik perhatian lebih ramai belia kerana peluang mereka untuk menyumbang idea lebih terbuka bagi direalisasikan, asalkan ia memberi kemajuan kepada masyarakat dan negara.

        "Ia tidak lagi berfungsi mengikut kategori ditetapkan seperti Rakan Sukan, Rakan Wajadiri dan sebagainya seperti dahulu, tetapi kini terbuka kepada semua untuk terlibat jika ada bakat untuk diserlahkan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan semula program Rakan Muda di sini hari ini.

        Beliau berkata sebagai permulaan, kerajaan memperuntukkan RM10 juta tahun ini untuk penjenamaan semula program itu.
        Sehubungan itu, katanya golongan berusia antara 15 hingga 30 tahun dipelawa untuk membuat permohonan menyertai program berkenaan yang dijangka dibuka untuk pendaftaran pada Mei sempena Festival Belia.

        Khairy berkata, pendaftarannya adalah secara dalam talian dengan laman web khusus akan dilancarkan pada festival berkenaan.

        "Mereka yang terpilih selepas penilaian dibuat jawatankuasa khas bakal menerima peruntukan untuk menjalankan projek masing-masing," katanya.

        Beliau berkata bagi memperkenalkan program Rakan Muda baharu, beberapa individu yang mempunyai pelbagai bakat antaranya dalam tenunan, muzik dan sukan dikenali sebagai Mentor Rakan Muda yang akan membuat 'road show' di seluruh negara termasuk di luar bandar.

        Mereka akan berkongsi pengalaman dan mengenal pasti bakat baharu dalam kalangan belia untuk diketengahkan, katanya.

        Terdahulu dalam ucapannya, Khairy menarik perhatian bahawa program Rakan Muda yang ditubuhkan kerajaan lebih 20 tahun lepas tidak pernah hilang.

        Bagaimanapun, katanya ia dilihat ibarat hilang fokus kerana berdepan banyak saingan akibat terlalu banyak pilihan aktiviti untuk disertai anak muda.

        Program Rakan Muda dilancarkan pada 29 Oktober1994 dan dirasmikan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk memperkukuh dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat yang misi utamanya ialah bagi melahirkan potensi tertinggi generasi belia supaya mendokong matlamat pembangunan negara. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050377 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list