CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2068|Reply: 5

[Tempatan] Masalah salah laku pelajar ditahap paling serius, 2,424 kes ponteng

[Copy link]
Post time 27-11-2014 09:43 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Ponteng sekolah merupakan antara masalah salah laku paling serius dalam kalangan pelajar sekolah menengah di ibu kota apabila mencatatkan 2,424 kes sepanjang musim persekolahan 2014 yang berakhir Jumaat lalu.
Nawal Salleh

Pengarah Pelajaran Wilayah Per­sekutuan Kuala Lum­pur, Datin Nawal Salleh berkata, se­kolah menengah di ibu kota bukan sahaja mengha­da­pi masalah pelajar ponteng, malah pelbagai lagi masalah salah laku lain sehingga ada di antara kesalahan itu terbawa-bawa oleh pelajar sehingga ke luar sekolah.

“Di peringkat sekolah, kita mempunyai tata cara tersendiri bagi menangani dan membendung isu disiplin dalam kalangan pelajar termasuklah jika melibatkan kesalahan tidak pentingkan masa, vandalisme, jenayah, buli, merokok, tingkah laku lucah, kurang sopan. kekemasan diri, kenakalan dan tidak amanah.

“Kita juga dibantu seramai 217 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang ditempatkan oleh pihak polis di semua sekolah di ibu kota bagi mencari penyelesaian kepada masalah semasa pelajar, namun kita memahami peranan polis apabila melibatkan isu di luar bidang kuasa mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Pegawai Perhubungan Sekolah Menengah serta Sesi Dialog Bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di dewan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Jelas Nawal, gerak kerja semua pihak baik terutama ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi berkaitan amat diperlukan bagi mengawal sebarang permasalahan itu daripada peringkat sekolah kerana golongan ini akan menjadi ahli masyarakat selepas tamat alam persekolahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 09:56 AM | Show all posts
memang..skrg ni budak2 smua hancurs sahsiah dan akhlak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:02 AM | Show all posts
mungkinkah modul PERMATA dapat atasi masalah seumpamanya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:05 AM | Show all posts
dah kalau mak bapak pon ada yg - "alah dikk tak ape ponteng sehari je..nanti mak/ayah ckp kat cikgu" so nak salahkan sape kalau anak berperangai munyit
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:29 AM | Show all posts
byak faktor yang yang menyebabkan salah laku pelajar   ni..
persekitaran, di rumah, kawan2, kegiatan harian..
bergantung pada pelajar tu sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ponteng sb anak kata cikgu takde, pergi kursus... Cikgu ganti masuk kejap je. Kalau msukpun tak buat apa.... Layan wasapkut
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.937315 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list