CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3208|Reply: 0

Malaysia tak perlu undang-undang kejam cadangan PAS Kelantan, kata Pakatan

[Copy link]
Post time 17-11-2014 06:22 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong kecewa dengan obsesi Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan hukum hudud dan prosesnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2014.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP amat kecewa dengan keputusan PAS Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan hukum hudud mereka apabila mempertimbangkan penggunaan gilotin – alat yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong berkata, Malaysia tidak memerlukan undang-undang yang bersifat kejam seperti itu.

"Begitu obses dengan kaedah yang tidak berperikemanusiaan oleh Nik Amar amat mengecewakan," kata Liew, yang juga ahli Parlimen Kluang, merujuk kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Cadangan penggunan gilotin itu perlu dihapuskan segera," katanya.
Media hari ini melaporkan Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan dikatakan menghadapi kesukaran mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.

Mohd Amar berkata mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya, akan tetapi jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar 'Hippocratic Oath' (sumpah untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika)," kata Mohd Amar seperti  dilaporkan Mstar Online hari ini.

Bagaimanapun, jenayah dan hukuman terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri.

Mohd Amar berkata alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan dan hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir.

"Seperti mana-mana pemerhati hak asasi manusia, saya berkempen untuk menamatkan hukuman kejam seperti rotan dan hukuman mati.

"Alasan untuk tidak lagi menggunakan undang-undang yang kejam seperti itu dijelaskan setiap masa," katanya.

"Saya gagal memahami obsesi Nik Amar, beliau boleh membantu negara dengan fokus kepada gangguan umum, bukan deskripsi grafik untuk memotong tangan tetapi mengembalikan isu keadilan," kata Liew.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya tidak melihat alat sebagai isu utama hudud.

"Kita mahu melihat bagaimana pelaksanaan undang-undang mengikut perintah agama masing-masing," katanya yang juga naib presiden PKR.

Ketika diminta mengulas lanjut berkenaan penggunaan gilotin itu, beliau bagaimanapun masih tidak mempunyai maklumat lengkap.

"Maklumat lanjut belum saya terima berhubung perkara itu," katanya. – 16 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-tak-perlu-undang-undang-kejam-cadangan-pas-kelantan-kata-pakatan#sthash.9wvOtDNT.dpuf

Last edited by DTECCONAN on 17-11-2014 06:36 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:05 PM GMT+8 , Processed in 2.075667 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list