CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3338|Reply: 9

Bertempur Tuntut Gaji Tinggi Di Kemboja

[Copy link]
Post time 7-7-2014 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Phnom Penh – Polis Kemboja yang bersenjatakan belantan bertempur dengan penunjuk perasaan semalam termasuk sami Buddha yang menuntut gaji tinggi bagi pekerja kilang pakaian dan pembebasan 23 orang yang ditahan ketika satu perhimpunan berdarah baru-baru ini.





Kira-kira 200 pekerja tekstil, ahli kesatuan sekerja, penunjuk perasaan dan beberapa sami cuba berhimpun di sebuah taman di Phnom Penh dihalang oleh pasukan polis pencegah rusuhan, kata seorang pemberita AFP di tempat kejadian.

Pertempuran berlaku apabila sebilangan penunjuk perasaan cuba merempuh barisan polis untuk memasuki Taman Demokrasi sekali gus memaksa pasukan keselamatan itu menggunakan belantan untuk menghalang mereka.

Penunjuk perasaan membalas dengan melontar batu, botol air dan kayu ke arah polis.

10 cedera
Sekurang-kurangnya 10 orang dari kedua-dua pihak cedera, kata aktivis Am Sam Ath, dari kumpulan hak asasi tempatan, Licadho.

“Pertempuran berkenaan menunjukkan tiadanya toleransi dari pihak berkuasa (terhadap penunjuk perasaan),” katanya.

Kerajaan berkata perhimpunan itu adalah haram dan menghalang mana-mana demonstrasi di ibu negara oleh pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Hun Sen menipu dalam undian tahun lalu.

Penganjur bantahan memberitahu pemberita mereka akan menekan usaha untuk membebaskan penunjuk perasaan dan pekerja kilang yang ditahan polis ketika bantahan baru-baru ini yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang maut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 01:47 PM | Show all posts
gaji diorang rendah sgt ke? kesian plk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 02:13 PM | Show all posts
chinta89 posted on 7-7-2014 01:47 PM
gaji diorang rendah sgt ke? kesian plk

ye la kut. ksian taw org kerja pnat2 gaji sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 02:25 PM | Show all posts
piao posted on 7-7-2014 02:13 PM
ye la kut. ksian taw org kerja pnat2 gaji sikit.

hope ade jalan penyelesaian
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 02:41 PM | Show all posts
untung la negara kita berpendapatan tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 03:25 PM | Show all posts
kasihanilah diri mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2014 04:09 PM | Show all posts
Gaji rendah sangat kerja long hours lama2 boleh naik hangin jadinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 04:12 PM | Show all posts
Artemesiaa posted on 7-7-2014 04:09 PM
Gaji rendah sangat kerja long hours lama2 boleh naik hangin jadinya

kesian kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 05:09 PM | Show all posts
siannye.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 06:20 PM | Show all posts
when will the suffering end for these cambodians
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.102481 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list