CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1610|Reply: 0

[Tempatan] Eksploitasi hutan ancam tapir

[Copy link]
Post time 18-6-2014 08:00 AM | Show all posts |Read mode


JERANTUT – Eksploitasi secara besar-besaran kawasan hutan untuk kegiatan pertanian, pembangunan mahupun pemburuan menyebabkan tapir meninggalkan habitatnya dengan berpindah ke tempat lain.
Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Maketab Mohamed berkata, ancaman itu menyebabkan tapir berkemungkinan pupus akibat menyusup ke kawasan pinggir bandar sehingga banyak kes haiwan ini mati dilanggar kenderaan sewaktu mencari habitat baharu.
Ujarnya, usaha proaktif perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan pemuliharaan tapir secara berterusan demi kesinambungan generasi mamalia itu.
Katanya, MNS dengan kerjasama Jabatan Perhilitan negeri dan melancarkan Program Konservasi Tapir sekali gus mewujudkan Kuala Tahan sebagai lokasi baharu pemuliharaan haiwan itu untuk tujuan penyelidikan, pendidikan dan pelancongan.
“Kita menubuhkan tabung Tapir di Mutiara Resort Taman Negara (MTNR) untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan untuk mengumpul dana bagi tujuan usaha pemuliharaan haiwan ini,” ujarnya selepas melancarkan Program Konservasi Tapir, di Kuala Tahan, dekat sini semalam.
Pada majlis itu, Pejabat Pelancongan Pahang menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada MNS untuk tabung konservasi tapir bagi tujuan pendidikan dan konservasi haiwan berkenaan.
Sementara itu, Pengurus Besar MTNR, Nathan Vaithi berkata, tapir menjadi sumber rekreasi dan tarikan baharu dalam kalangan pelawat di Taman Negara kerana sepasang haiwan itu amat jinak dan kerap berkeliaran di kawasan resort di sini.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:03 PM GMT+8 , Processed in 2.228997 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list