CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2335|Reply: 5

[Tempatan] Pengeluar jet pejuang, USM jalin kerjasama

[Copy link]
Post time 16-4-2014 10:38 AM | Show all posts |Read mode


PENGELUAR jet pejuang Rafale dari Perancis, Dassault Aviation menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang seperti pembangunan modal insan dan penyelidikan.

Pengarah Program Rafale Malaysia untuk Dassault Aviation, Daniel Fremont berkata, kedua-dua pihak telah pun menjalinkan kerjasama sebelum ini namun hanya dimeterai secara rasmi, semalam.

“Tiada tempoh masa ditetapkan bagi kerjasama ini. Ia akan berterusan,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman dengan USM di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

Antara kerjasama pada peringkat awal ialah projek penyelidikan dan pembangunan bersama dengan fokus teknikal khusus seperti kesepaduan sistem dan pembuatan komposit.

Timbalan Naib Canselor bagi Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Muhamad Jantan berkata, perkongsian itu dapat meningkatkan keupayaan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM.

“Kerjasama ini juga akan menjadi pintu masuk bagi USM menjalinkan hubungan akademik dengan institusi pengajian di Perancis,” katanya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 10:48 AM | Show all posts
Nampak tak... skrg ni us dan boeing pelan pelan digantikan dgn perancis dan Airbusnya. Perancis dan UK tolong kita cari kapal kat laut tu ada maknanya oooo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:02 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 16-4-2014 10:48 AM
Nampak tak... skrg ni us dan boeing pelan pelan digantikan dgn perancis dan Airbusnya. Perancis dan  ...

Perancis dari dulu lagi.............no hal utk technology transfer.
X mcm US.

Harga mahal dari model utk dirinya tapi peralatan terhad.

Malaysia gak gatai nak beli................

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:21 AM | Show all posts
jangan xtau A400 Airbus tu pun ada tangan tangan mesia yg membuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 11:13 AM | Show all posts
sekarang baru nak popular naik kan school aero..... wat macam2 kajian...
dulu macam xberapa penting ja aku tgk school ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:29 PM | Show all posts

Signing MOU UiTM & Dassault Aviation,Snecma Safran Group, Thales Systems Aeroportes ~ 25 July 2012

dulu meke ado buwek denga UiTM ...dah abiske programe meke ????


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046399 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list