|
View: 2274|Reply: 13
|
[Tempatan]
Kubur orang Asli digali untuk berubat
[Copy link]
|
|
|
ROMPIN: Polis menahan enam lelaki termasuk remaja 14 tahun kerana menggali sebuah kubur Orang Asli di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin di sini dipercayai untuk tujuan perubatan.
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung berkenaan, menahan mereka kira-kira 9.30 malam tadi.
"Siasatan awal mendapati seorang suspek berada dalam senarai dikehendaki dan seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh tanah perkuburan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata suspek mengaku menggali kubur itu untuk mengambil tulang orang mati bagi tujuan perubatan.
Sementara itu, seorang penduduk Tan Din, 39, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumahnya selepas menghadiri mesyuarat bersama ketua kampung kira-kira 9 malam.
"Saya curiga apabila melihat ada cahaya lampu suluh di dalam kawasan perkuburan dan sebuah kereta diletakkan di tepi jalan berhampiran kawasan itu.
“Ketika bertanya kepada tiga orang yang berada berhampiran kereta itu, mereka memberi alasan kereta itu mempunyai masalah enjin," katanya.
Curiga dengan jawapan diberikan, beliau memaklumkan perkara itu kepada Tok Batin Kampung Deraman, Atan Abdul Rahman, 54, yang kemudian terus melapor kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Deraman, Rosman Sulong, 39.
Rosman berkata beliau bersama penduduk kampung lain pergi ke kawasan itu dan mendapat tiga lelaki sedang menggali kubur berkenaan. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..baru aku nak cakap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 9-2-2014 11:09 PM 
Mintak nombor ka:lol
nanti dia kan tanya no berapa digit punya nak? no sijil SSP pun dia boleh kasi 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
berani betol yeks  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada orang beromen area kubur
tak takut pun |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 posted on 9-2-2014 11:18 PM
nanti dia kan tanya no berapa digit punya nak? no sijil SSP pun dia boleh kasi
7 18 25 34 42 55 kata tulang yang telah digali tersebut hahahhahaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 9-2-2014 11:24 PM 
7 18 25 34 42 55 kata tulang yang telah digali tersebut hahahhahaa
rupa-rupanya no top up digi RM5......... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 9-2-2014 11:34 PM
rupa-rupanya no top up digi RM5.........
Hahahahhahaha tikam2 tak dapat skali nombo topup daaaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tahyul mahyul x habis2 walpn zaman dah android |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
berani depa gali kubur org asli |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
orang asli kat pantai timur johor tu still animisme ke atau dah menganut agama lain?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah mcm xde bnda lain je, xde plak org2 cmni kena kacau. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|