CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1501|Reply: 2

[Tempatan] Isu bekalan diesel berkurangan sekitar Lembah Klang

[Copy link]
Post time 31-10-2013 03:11 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyiasat segera aduan berlaku masalah ketiadaan bekalan diesel yang didakwa dihadapi lebih 100 pengusaha stesen minyak di Lembah Klang setiap akhir bulan.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata siasatan itu untuk melihat sama ada kekurangan itu berpunca daripada masalah penghantaran bekalan atau perkara lain, sebelum menyelesaikannya dalam masa terdekat.

"Kita beri perhatian segera kerana masalah kekurangan diesel bukan saja membebankan pengusaha stesen minyak tetapi juga melibatkan usahawan dan peniaga kecil yang kerap menggunakan bahan api itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.


Ahmad Bashah mengulas kenyataan Naib Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Abu Saman Bachik bahawa pengusaha stesen minyak di Lembah Klang menanggung kerugian akibat ketiadaan bekalan diesel.

Abu Saman mendakwa masalah itu berlaku setiap akhir bulan sejak Jun lepas dan mengakibatkan semua pengusaha stesen minyak di Lembah Klang berdepan risiko kehilangan pelanggan selain kemarahan pengguna.

Beliau juga memberitahu bahawa masalah sama turut dilapor dihadapi di beberapa negeri seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2013 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanda tanda diesel nak naik harga?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 03:59 PM | Show all posts
myoujin posted on 31-10-2013 03:55 PM
Tanda tanda diesel nak naik harga?

satu lagi tanda ialah media tunjuk betapa gigihnya penguatkuasa membanteras penyeludupan minyak dan dlm masa yg sama sana sini menteri ckp pasal subsidi
tu kira hints dari gomen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 6373 Replies : 4
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18396 Replies : 22
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 4038 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:41 PM GMT+8 , Processed in 2.304905 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list