CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1422|Reply: 1

[Tempatan] Isu Syiah: SKMM akan bertindak jika ada laporan

[Copy link]
Post time 25-7-2013 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Jailani Johari

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedia  bertindak jika ada laporan berkaitan laman sosial di internet yang didapati menyebarkan ajaran Syiah.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana laman sosial atau web yang menyebarkan ajaran yang bercanggah dengan amalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah umat Islam di negara ini.

"Oleh kerana sejak dulu kita di sini berpegang pada Ahlul Sunnah Wal Jamaah, ajaran yang selain daripada itu tidak sepatutnya disebarkan," katanya.

Jailani berkata, jika pengguna mendapati ada elemen bahaya dalam web atau laman sosial itu, lebih baik laporkan terus kepada polis.

"Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pula lebih arif untuk mengenal pasti kandungan laman web atau laman sosial yang disebarkan itu," katanya.

Menurut Jailani, SKMM akan campur tangan jika ada unsur sensitif yang tidak sesuai disebarkan di negara ini.

"Kalau ada benda (maklumat) macam itu, kita akan buang atau ambil tindakan sesuai ikut undang-undang," katanya.

Sinar Harian difahamkan, SKMM masih belum menerima laporan mengenai 200 laman Facebook yang menyebarkan ajaran Syiah seperti yang didakwa.

Pada 5 Julai lalu, satu laporan polis dibuat  di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di Shah Alam oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berhubung penyebaran fahaman Syiah di Facebook.

Ketua Unit Kajian Syiah Isma, Mohamad Ismail mendakwa terdapat lebih 200 akaun mengenai Syiah di Malaysia dikenal pasti kian giat menjalankan aktiviti menyebarkan maklumat berkaitan fahaman itu kepada masyarakat umum.

“Antaranya Al-Hadhari, Al-Jafari, Al-Mahdi. Terdapat juga satu blog bernama kamilzuhairi.blogspot.com,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berhubung fahaman seumpama itu, namun bersedia untuk menyalurkan maklumat dikehendaki polis atau Jakim.

“Setakat ini tindakan hanya boleh diambil polis, kita cuma salurkan maklumat mengenai pemilik akaun, kesan kegiatan akaun dan berurusan dengan Facebook untuk minta akaun diminta itu dipadam.

“Pihak kami hanya bantu dari segi teknikal, sebarang tindakan dilakukan pihak berkuasa.


Hapus kan syiah! sesat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 12:06 PM | Show all posts
dah jadi negara commie.
kenapa tak haram kan semua ugama terus kecuali islam sunni syumul sorga?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:48 PM GMT+8 , Processed in 2.162252 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list