CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2491|Reply: 1

Koleos dan Clio RS

[Copy link]
Post time 5-7-2013 11:55 AM | Show all posts |Read mode


Clio RS Ange & Demon

TC Euro Cars Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Renault di Malaysia baru-baru ini mendedahkan dua model terbarunya crossover Koleos dan edisi khas Clio RS Ange & Demon di pasaran tempatan. Edisi Clio RS Ange & Demon (Angel and Demon) secara eksklusifnya menerima peningkatan yang memberikan kenderaan tersebut lebih tersendiri dan menarik.

Secara teknikalnya ia sama seperti Clio RS 200 Cup menggunakan enjin 2.0 liter yang menghamburkan kuasa 203hp bersama kuasa kilas 215Nm dan padanan kotak gear enam kelajuan manual. Selain itu, ia juga turut dilengkapi  dengan empat angkup brek Brembo berwarna merah dan casis Cup yang lebih keras dan ketinggian pemanduan yang rendah.

Apa yang membezakan ia adalah kemasan bumbung berwarna hitam, pintu but atas, spoiler belakang, peresap belakang, gaya F1-blade di bampar depan, pemegang pintu dan cermin pintu. Hanya dikeluarkan sebanyak 666 unit  seluruh dunia, dan dibawa masuk sebanyak tiga unit di pasaran tempatan, ia ditawarkan dengan warna Matt Hologram Grey sahaja. Padanan rim aloi hitam 17 inci memberikan imej sporty pada jentera tersebut.

Satu unit telah pun ditempah dan edisi khas berkenaan dijual pada harga RM199,426.80 (tidak termasuk insurans). Pada majlis santai itu juga, TC Euro turut memperkenalkan Koleos baru yang menerima peningkatan daripada model  asal yang dilancarkan pada tahun 2010.

Koleos baru mendapat penggayaan depan yang lebih ekspresif dengan papan pemuka yang direka semula dan panel instrumen. Dikuasakan enjin 2.5 liter ia menghamburkan kuasa kuda 170bhp dengan kotak gear CVT (Continuously  Variable Transmission) enam kelajuan bersama sistem panduan 4X4.

Dibangunkan antara rangka gabungan Renault- Nissan, penghantaran transmisi pemanduan semua tayar datang dengan tiga mod pemanduan Auto, Lock dan 2WD (pacuan dua roda) di mana setiap mod pacuan optimum mengikut  situasi pemanduan yang pelbagai.

Harga bagi Koleos adalah RM223,810.70 tidak termasuk insurans termasuk waranti tiga tahun sebagai standard.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 11:32 AM | Show all posts
im sa renault,call me at 017-3608462 for test drive
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:03 AM GMT+8 , Processed in 1.570731 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list