CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24440|Reply: 0

[Johor] Bekas jurutera mengaku tidak bersalah cuba rompak kedai emas

[Copy link]
Post time 10-2-2026 05:27 PM | Show all posts |Read mode



Johor Bahru: Seorang bekas jurutera mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan di dua mahkamah berasingan di bandar raya ini atas cubaan melakukan samun ke atas kedai emas dan memiliki senjata berbahaya di sebuah pusat beli-belah awal bulan ini.

Tertuduh, Teo Chun Siong, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan yang dibaca secara berasingan di hadapan Majistret A Shaarmini dan dua hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Mohd Zamir Suhaimee.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh yang masih berstatus bujang didakwa cuba merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah Paradigm Mall di sini pada jam 5 petang, pada 6 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, Teo turut didakwa atas lima pertuduhan memiliki tukul besi serta beberapa bilah pisau antara jam 5.30 petang hingga 6 petang di hadapan sebuah kedai emas serta di tempat letak kenderaan di pusat beli-belah yang sama pada tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Ketiga-tiga mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan keseluruhan berjumlah RM41,000

Mahkamah menetapkan 3 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam, Shamira Mohd Luthfi Ismail dan R Navina manakala tertuduh diwakili peguam bela, Muhammad Mohd Nasir dan Ahmad Yusri Ahmad Fuad.

Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha memaklumkan pihaknya berjaya menahan seorang lelaki dan merampas semula barangan kemas bernilai lebih RM158,000.

Sumber : harian metro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 11651 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125976 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 19592 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052452 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list