CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33733|Reply: 6

[Lain-Lain] SURAT UNTUK MASA MUDAKU (A LETTER TO MY YOUTH)

[Copy link]
Post time 4-2-2026 08:07 PM | Show all posts |Read mode





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2026 09:09 PM | Show all posts
Filem Surat Unruk Masa Mudaku (A Letter To My Youth) ialah filem yang ditulis oleh Daud Simolang dan diarahkan oleh Sim F... Kedua duanya pernah kolebo bersama dekat filem Susi Suanti : Love All, salah satu filem favorit Iols... Filem ini mengisahkan tentang Kefas, seorang Bapa yang berhadapan dengan konflik keluarga... Konflik keluarga muncul disebabkan karana sikapnya yang terlalu overprotektive dan hyper-vigilance (kewaspadaan berlebih) kepada anaknnya yang berpunca daripada trauma masa lalunya...

Kehidupannya berubah apabila deols menerima berita tentang kematian penjaga pusat jagaan (Panti Asuhan) yang pernah membesarkannya... Peristiwa ini membawa Kefas pulang ke pusat jagaan tersebut, sekaligus memberi peluang kepadanya untuk menyelami semula memori silam dan merungkai akar umbi trauma yang selama ini menghantui dirinya...

Filem ini bercerita juga tentang Fatherless ketiadaan fizikal yang sudah kena bahas dekat filem Suka Duka Tawa, tapi Iols rasa mungkin ini sikit berbeza dab lagi teruk... Kevas dan Adiknya ditinggal oleh Bapanya di pusat jagaan... Beberapa masa selepas itu, Adiknya meninggal karana sakit dan tidak mendapatkan perawatan yang sesuai sebab penjaga panti yang korup... Jadi selain Kefas mengalami fatherless, deols juga mengalami parentification sebab deols juga harus menjadi father figure untuk Adinya masa deols masih 12 tahun... Kevas juga megalami The Protector’s Burden sebab Deols rasa tak boleh menyelamatkan  adiknya... Banyak pengajaran dalam filem ni sebab watak kevas ni punya banyak problem yang kena tanggung masa deols kecik, Iols cuba rungkaikan satu persatu... maybe ade benda yang relevan untuk sebahagian orang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 09:25 PM | Show all posts
Edited by amandel at 4-2-2026 09:34 PM

Iols tak nak terang balik pasaal Fatherless lagi panjang, Uols boleh baca Fatherless lagi detail dekat benang filem Suka Duka Tawa...

Menjadi seorang fatherless (tanpa bapa) sekaligus memikul beban sebagai figur bapa pada usia yang sangat muda merupakan sebuah anomali psikologi yang ekstrem... Kondisi ini diibaratkan sebagai "The Lost Boy who had to be a King"... Apabila sosok bapa pergi meninggalkan luka pengabaian (abandonment), peranan pelindung keluarga jatuh secara paksa ke bahu Kefas yang baru berusia 12 tahun melalui proses parentification...

Parentification adalah sebuah fenomena psikologi di mana berlaku pertukaran peranan yang tidak wajar antara anak dan ibu bapa, sehingga anak dipaksa untuk memikul tanggungjawab orang dewasa yang melampaui kapasiti usia dan perkembangan mentalnya... Dalam kondisi ini, anak kehilangan haknya untuk menjadi kanak-kanak kerana harus berfungsi sebagai pelindung, penyokong emosi, atau pengurus rumah tangga bagi ahli keluarganya, seperti yang dialami Kefas saat harus menjadi "bapa" bagi adiknya di pusat jagaan...

Secara emosional, anak yang mengalami parentification sering kali terpaksa memendam perasaan serta keperluannya sendiri demi menjaga kestabilan orang lain, yang pada akhirnya membentuk keperibadian yang terlalu berdikari namun rapuh (hyper-independent)... Impak jangka panjangnya, anak tersebut akan membesar dengan rasa tanggungjawab yang keterlaluan dan kecemasan kronik, kerana dia terbiasa merasakan bahawa keselamatan orang-orang di sekelilingnya adalah beban mutlak yang harus dipikulnya sendirian...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 10:18 PM | Show all posts
Beban psikologi Parentification ini menjadi semakin berat dengan munculnya The Protector’s Burden (Beban Sang Pelindung), di mana Kevas merasakan tanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan adiknya walaupun dia tidak mempunyai autoriti yang nyata di persekitaran pusat jagaan yang keras... Apabila adiknya meninggal dunia, skema mentalnya hancur dan meninggalkan luka kegagalan yang mendalam... Kefas merasa gagal sebagai 'Father Figure' sedangkan pada hakikatnya, Ia sendiri masih sangat memerlukan kasih sayang seorang bapa... Hal ini mencetuskan mekanisme pertahanan dalam bentuk berdikari secara ekstrem (hyper-independence)...

Dalam konteks psikologi trauma, kekosongan kasih sayang tidak selalunya menghasilkan anak yang tunduk menurut perintah... Sering kali, ia menjadi bahan bakar utama kepada tingkah laku rebel atau pemberontak... Pemberontakan tersebut merupakan satu mekanisme pertahanan diri (Armor of Rebellion)... Apabila seorang anak seperti Kefas membesar tanpa sentuhan, pelukan, atau pengiktirafan emosi, dia belajar bahawa 'kelembutan' adalah satu kelemahan yang berbahaya... Kefas menjadi pemberontak untuk menutup rasa sakit hatinya... Kevas lebih rela dihukum kerana melanggar peraturan daripada diabaikan kerana tidak dianggap penting... Menjadi seorang 'pemberontak' memberinya rasa kendali (sense of power) di tengah-tengah hidupnya yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa apa-apa setelah ditinggalkan oleh bapanya...

Sikap rebel Kefas juga satu bentuk protes terhadap dunia yang tidak adil... Hidup dalam sistem pusat jagaan bermakna hidup dengan aturan kolektif, bukannya kasih sayang peribadi... Kefas melihat sistem ini gagal menyelamatkan nyawa adiknya... Ia menolak autoriti pusat jagaan mahupun sekolah kerana baginya, autoriti tersebut adalah representasi kepada pengabaian... Ia menjadi sukar dilentur kerana dia merasakan bahawa satu-satunya orang yang boleh dipercayai hanyalah dirinya sendiri, bukannya orang dewasa yang telah mengecewakannya berkali-kali...

Iols rasa Kevas dilakonkan dengan sangat baik oleh Millo Taslim...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 11:01 PM | Show all posts
Kehadiran pengurus pusat jagaan yang baharu Pak Simon Ferdinan (dilakonkan oleh Agus Wibowo) mempunyai berperanan sebagai Figur Bapa Pengganti (Surrogate Father Figure) yang membawa proses penyembuhan trauma Penghianatan (Betrayal Trauma) melalui Pengalaman Emosi Korektif (Corrective Emotional Experience)... Kefas, yang pada mulanya bersikap sinis dan sukar mempercayai orang lain akibat trauma pengkhianatan, mula membuka pintu hatinya apabila menyedari wujudnya Kerapuhan Bersama (Shared Vulnerability) kerana pengurus tersebut juga merupakan seorang anak yatim yang pernah merasai pedihnya kehilangan orang tersayang... Secara psikologi, hubungan 'sepenanggungan' ini berjaya meruntuhkan tembok berdikari secara ekstrem dalam diri Kefas... Ia tidak lagi melihat pengurus itu sebagai figura autoriti yang mengancam, sebaliknya sebagai cermin yang memvalidasi kesedihannya... Pengurus ini bertindak sebagai Saksi yang Bijaksana (Enlightened Witness) yang membantu Kefas memahami bahawa kemarahan dan sikap pemberontaknya hanyalah perisai kepada luka batin yang sangat dalam... Ios rasa Pak Simon bisa memperbaiki trauma penghianatan dan sifat rebel Kevas... Tapi, untuk trauma Fatherles, Parentification dan Protector’s Burden dan Kesedihan akibat meninggalnya adik Kevas masih ada sampai Kevas dewasa hingga menyebabkan Hyper-vigilance (kewaspadaan melampau) masa Kevas menjadi Bapa...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2026 11:11 PM | Show all posts

Keadaan Hyper-vigilance (kewaspadaan melampau) yang dialami Kefas adalah kemuncak kepada rantaian trauma yang saling berkait... Segalanya bermula apabila dia menjadi Fatherless, kehilangan figur bapa bukan sahaja meninggalkan luka pengabaian, tetapi telah memaksa Kefas memasuki fasa Parentification pada usia Kanak-kanak... Dalam fasa ini, dia terpaksa 'membunuh' naluri kanak-kanaknya demi menjadi pelindung kepada adiknya di sebuah persekitaran panti asuhan yang serba kekurangan...

Beban ini kemudiannya berubah menjadi Protector’s Burden (Beban Sang Pelindung) yang sangat berat... Sebagai seorang kanak-kanak, Kefas secara psikologi meletakkan tanggungjawab hidup dan mati adiknya di atas bahunya sendiri... Apabila adiknya meninggal dunia akibat ketiadaan ubat, skema mental Kefas hancur, dia tidak melihat kematian itu sebagai kegagalan sistem, tetapi sebagai kegagalan peribadinya sebagai seorang 'bapa pengganti'...

Tragedi kematian adiknya inilah yang menjadi punca utama untuk sentiasa berada dalam mod Hyper-vigilance sehingga dewasa... Baginya, dunia adalah tempat yang berbahaya di mana 'kehilangan' boleh berlaku pada bila-bila masa jika dia lalai... Oleh itu, apabila Kevas memiliki anak sendiri, mindanya yang trauma memproses setiap simptom kecil kesihatan anaknya sebagai amaran maut... Dia menjadi seorang ayah yang 'mencekik' dengan perlindungan medis yang obsesif, kerana dalam pemikiran bawah sedarnya, dia sedang bertarung habis-habisan untuk menebus dosa kegagalannya dahulu... Kevas tidak sedang menjaga seorang anak yang sihat, Ia sedang cuba menghalang 'kematian adiknya' daripada berulang kembali melalui anaknya sekarang...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2026 11:35 PM | Show all posts
Iols rasa filem ni salah satu usaha untuk memutuskan rantaian trauma antara generasi melaui watak Kevas... Kevas tekad untuk mengunjungi semula pusat jagaan masa silamnya... Perjalanan ini bukan sekadar sebuah kunjungan mengimbas kenangan, sebaliknya merupakan sebuah misi mengasuh semula kendiri dan merawat jiwa kanak-kanak dalaman... Kevas kembali ke titik sifar traumanya untuk berhadapan dengan imbasan sensori serta merombak narasi keliru yang dipercayainya selama ini, iaitu bahawa dialah punca kematian adiknya... Dengan berdiri di tempat yang sama sebagai seorang dewasa, dia berusaha membetulkan semula persepsi, Ia cuba menyedari secara logik bahawa kematian adiknya adalah akibat daripada kegagalan sistemik dan kemiskinan, bukannya kegagalan dirinya sebagai 'bapa pengganti' yang pada ketika itu hanyalah seorang kanak-kanak yang rapuh...






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:51 PM GMT+8 , Processed in 1.463901 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list