CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22736|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pencemaran najis babi: Penduduk dakwa Sungai Kreh tercemar, jejas kehidupan

[Copy link]
Post time 31-1-2026 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Pencemaran najis babi: Penduduk dakwa Sungai Kreh tercemar, jejas kehidupan

Nur Izzati Mohamad[email protected]





Penduduk taman dan kampung sekitar Tasek Gelugor mengadakan himpunan aman bagi membantah penternakan babi yang menyebabkan pencemaran air Sungai Kereh. FOTO Nur Izzati Mohamad




Tasek Gelugor: Ratusan penduduk di taman dan kampung sekitar Tasek Gelugor, di sini mengadakan himpunan aman bagi membantah penternakan babi di Kampung Selamat yang didakwa menyebabkan pencemaran di Sungai Kereh.

Penternakan lebih 40 tahun itu bukan sahaja menjejaskan tanaman padi malah mengundang pencemaran bau sekitar kawasan terbabit.

Penduduk, Azmi Ahmad, 48, berkata dia sudah lama menyewa di Sungai Dua dan mengambil keputusan membeli dan menginap di Taman Sepadu Jaya sejak tiga tahun lalu.

Namun katanya, dia kini berdepan dengan masalah pencemaran bau dari najis babi yang dilepaskan dan melalui kawasan parit berdekatan kawasan taman perumahannya.

"Masa beli rumah ini memang tidak tahu dan menyangka tidak kena.

Memang kecewa tetapi tak kan nak jual rumah ini pula dan ada ke yang mahu beli?

"Bayangkan mahu buka pintu semua tak boleh sebab bau akan masuk semerbak.

Jadi selaku penduduk kami mahu selesai secara harmoni.

Tidak mahu salahkan sesiapa hanya mahu ia selesai cepat," katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, sebanyak 11 memorandum daripada wakil penduduk terbabit dihantar kepada wakil rakyat masing-masing untuk dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat.

Antara intipati memorandum itu adalah mengambil tindakan tegas terhadap krisis pencemaran kronik Sungai Kreh yang berlarutan lebih 40 tahun dan memberi kesan langsung kepada kesihatan awam, ekonomi pesawah serta kesejahteraan sosial penduduk setempat.

Mereka juga menuntut supaya kerajaan mempertimbangkan penutupan ladang penternakan babi yang didakwa menjadi punca utama pencemaran.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Hisham Md Jusoh, 48, berkata dia malu apabila saudara yang bertandang ke rumahnya di Taman Sepadu, bertanyakan tentang bau busuk itu.

"Saya sampai menipu mereka kata bau busuk itu datang dari ternakan ayam sebaliknya ia babi.

Memang naik segan (malu) apabila ramai (saudara mara dan kawan-kawan) datang ke rumah akan tegur bau busuk yang dihidu mereka.

"Itu yang kebanyakan penduduk tak buka pintu dengan tingkap rumah langsung.

Saya duduk di sini dekat 16 tahun dan sampai bila kami nak hadap macam ini," katanya yang memaklumkan kira-kira lebih 5,000 penduduk sekitar kawasan itu terjejas dengan masalah berkenaan.

Difahamkan, terdapat 63 ladang ternakan babi di Kampung Selamat dengan membabitkan 61,554 babi.



Disiarkan pada: Januari 31, 2026 @ 9:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317616/pencemaran-najis-babi-penduduk-dakwa-sungai-kreh-tercemar-jejas-kehidupan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2026 12:33 AM | Show all posts

Keadaan parit yang tercemar akibat daripada aktiviti penternakan babi di Kampung Selamat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.040024 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list