Salah guna dana zakat, SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Muhaamad Hafis Nawawi[email protected]

Foto Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung salah guna kuasa membabitkan pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.
Menurut sumber, kertas siasatan dibuka susulan pendedahan yang dilakukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan negeri hujung tahun lalu.
"Pasukan siasatan sudah hadir ke beberapa pejabat yang disyaki terbabit dengan kes ini bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dan kini semuanya dalam kajian.
"Selain itu, SPRM juga merakam percakapan dua individu yang dipercayai terlibat," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Karunanithy Y Subbiah ketika dihubungi mengesahkan siasatan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Disiarkan pada: Januari 30, 2026 @ 5:25pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317235/salah-guna-dana-zakat-sprm-siasat-pegawai-kanan-kerajaan-negeri
|