CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9846|Reply: 0

Kementerian Pendidikan Itali angkat filem pendek Malaysia berjudul Marini

[Copy link]
Post time 30-1-2026 09:56 AM | Show all posts |Read mode





MELAKA – Filem pendek dari Malaysia berjudul Marini mengharumkan nama negara apabila dipilih sebagai bahan tayangan rasmi dalam program pendidikan filem anjuran Kementerian Pendidikan Itali.

Filem arahan dan skrip oleh Cech Adrea itu terpilih di bawah inisiatif Cinema and Images for School Programmes(CIPS), sebuah program pendidikan nasional yang digerakkan secara bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Kementerian Pendidikan Itali.

Menerusi program itu, pelajar sekolah di seluruh Itali akan menghadiri tayangan filem terpilih di pawagam sebagai sebahagian daripada platform pembelajaran berfokuskan isu sosial dan kemanusiaan.

Filem pendek ‘Marini’ berkisarkan impian seorang pelajar perempuan untuk menjadi pemain bola sepak profesional, namun berdepan pelbagai konflik dalam dunia sukan tempatan yang didominasi lelaki.

Menurut Cech Andrea, Marini akan ditayangkan di pawagam terpilih serta dijadikan bahan perbincangan dan kajian dalam kalangan pelajar sepanjang tahun akademik.

“Saya dimaklumkan Program CIPS merupakan sebahagian daripada Pelan Nasional Itali bagi Pendidikan Filem dan Audiovisual yang bertujuan memperkukuh literasi visual serta pemahaman layar perak dalam kalangan pelajar.

“Ini merupakan satu pencapaian dan penghargaan besar buat semua yang terlibat dalam Marini apabila filem ini mendapat pengiktirafan meluas di peringkat antarabangsa, khususnya dalam konteks pendidikan dan wacana sosial,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambahnya, Marini akan ditayangkan sepanjang tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2026.

Sumber : KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.044675 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list