CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16962|Reply: 1

[Pulau Pinang] Rolls-Royce tak bayar 'road tax' RM54,000 disita

[Copy link]
Post time 29-1-2026 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Rolls-Royce tak bayar 'road tax' RM54,000 disita

Nur Izzati Mohamad[email protected]





Butterworth: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 73 kenderaan mewah pelbagai jenama membabitkan nilai RM10 juta dalam Op Luxury sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ Pulau Pinang Zulkifli Ismail berkata, tindakan sita itu diambil selepas pemilik kenderaan terbabit yang turut terdiri daripada ahli perniagaan didapati tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Menurutnya, antara alasan yang diberikan adalah kerana mereka terlupa, selain mendakwa pendapatan merosot hingga tidak mampu untuk berbuat demikian.

Katanya, tindakan pemilik kenderaan itu menyebabkan berlakunya ketirisan hasil kepada kerajaan apabila terdapat kenderaan mewah yang tidak memperbaharui LKM sehingga tiga tahun.

"Antara ketirisan hasil paling tinggi membabitkan kenderaan Rolls-Royce yang LKM untuk tempoh setahun perlu dibayar lebih RM54,000 tetapi tidak dibayar," katanya ketika mengadakan Op Khas Bersepadu Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan, di sini, malam tadi.

Operasi yang bermula 8 hingga 12 tengah malam itu membabitkan seramai 120 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Sebanyak 922 kenderaan perdagangan diperiksa dengan 120 diambil tindakan atas kesalahan LKM dan lesen memandu tamat tempoh dan tiada pemandu kedua menerusi operasi berkenaan.

Sementara itu, Zulkifli berkata, tidak mempunyai lesen memandu masih menjadi kesalahan paling banyak dikesan untuk kenderaan perdagangan selain bas ekspres serta persiaran pula tiada pemandu kedua.

"Bagi kenderaan perdagangan apa yang kita nampak adalah satu trend yang mana pengusaha cuba mengambil kesempatan dengan menggaji pemandu pada kadar gaji yang rendah.

"Jadi, mana-mana pemandu yang tak ada lesen (memandu), tak ada lesen vokasional ini boleh dibayar upah dengan kadar yang rendah maka menguntungkan (pengusaha).

"Untuk bas pula, kita nampak syarikat nak mengejar keuntungan jadi tak nak pakai dua pemandu.

Pakai seorang maka bayar untuk seorang sahaja, jika pakai dua pemandu maka kos operasi akan meningkat," katanya yang memaklumkan sebanyak 230 kesalahan tiada pemandu kedua dikesan sepanjang tahun lalu.

Tegasnya, JPJ negeri akan terus kekal komited untuk mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan, pemantauan dan pendidikan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, infrastruktur awam terpelihara serta tahap pematuhan undang-undang dalam industri pengangkutan terus dipertingkatkan.



Disiarkan pada: Januari 29, 2026 @ 9:47am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1316668/rolls-royce-tak-bayar-road-tax-rm54000-disita





Zulkifli Ismail memeriksa dokumen sebuah bas ketika mengadakan Op Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Sungai Dua Arah Selatan, malam tadi






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2026 08:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41104 Replies : 505
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78563 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 18450 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21689 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363518 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.131389 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list