CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23807|Reply: 10

Nabila Razali fokus perbaiki diri walau sering jadi sasaran kritikan - "Nak cakap fasal saya menyanyi tak okay, teruskan.."

[Copy link]
Post time 28-1-2026 09:48 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 34, mengakui sudah lali apabila segelintir netizen kembali membangkitkan video lama yang memaparkan kelemahan vokalnya suatu ketika dahulu.


Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana sering kali diperkatakan oleh netizen.


Menurutnya, tindakan itu dilakukan kerana tiada isu lain untuk dijadikan bahan kritikan menyebabkan kelemahan berkenaan masih diungkit hingga kini.


"Saya tidak boleh nak komen sebab video lama itu memang ada saja. Tiada apa yang baru, perkara itu sudah bertahun lamanya tetapi mereka (netizen) masih kongsi semula.


"Setidaknya, ia mengingatkan kembali tentang masa lalu yang pernah berlaku, kalau tidak saya pun lupa.


"Tak boleh nak buat apalah. Mungkin mereka pun sudah tak ada 'point', sebab itu keluarkan balik semua video lama," katanya.


Nabila ditemui pada sidang media pelancaran drama siri Viu Original berjudul Sesaat Lebih yang berlangsung, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, kata Nabila, dia tidak mahu ambil serius sekiranya netizen masih mahu mengkritik kelemahan vokalnya.


"Nak cakap fasal saya menyanyi tak okay atau apa saja teruskan sebab saya menerimanya dengan hati terbuka sejak dulu lagi.


"Disebabkan itu juga saya mengambil kelas vokal dan kelas menari untuk perbaiki diri. Apa lagi yang boleh saya buat? Saya hanya mampu baca komen netizen dan lihat saja," katanya.


Ditanya mengenai kenyataannya yang kurang bersetuju dengan sikap segelintir netizen apabila gemar menghakimi artis berdasarkan kehidupan peribadi pula, kata Nabila, ia tidak ditujukan kepada mana-mana individu secara khusus.


"Saya tidak menyebelahi sesiapa, kenyataan itu cuma pendapat peribadi di mana saya berasa sangat tidak adil untuk sesiapa pun diadili dengan sebegitu.


"Bila orang menyanyi kita dengar suara, kenapa kita tengok pada kehidupan peribadi mereka pula? Tidak kiralah ia berlaku kepada penyanyi atau pelakon.


"Saya tak tahu nak cakap macam mana tetapi kurang bersetuju dengan tindakan menghakimi itu. Kalau boleh, saya nak nasihat orang yang suka buat andaian sendiri, kurang-kurangkanlah," katanya.


Terdahulu, Nabila memuat naik satu hantaran di Threads yang mengundang pelbagai spekulasi dan dikaitkan dengan individu tertentu di media sosial.


Menerusi hantaran berkenaan, Nabila meluahkan rasa kelakar apabila melihat orang ramai menilai kemampuan vokal seseorang bukan berdasarkan suara, sebaliknya melalui kehidupan peribadinya.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2026 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak okay takkan nak cakap okay plak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 09:16 AM | Show all posts
Masalahnya bukan video lama, sampai sekarang pun kau menyanyi haukkkk....lagu baru pun autotune apooooo nokkk....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak nab ni tiap taun mesti orang akan ungkit jugak persembahan vokal hauk dia yang lepas lepas. wlaupun banyak kali dah dia cuba nak reclaim diri dia dengan belajar vokal segala tok nenek tapi nurtizen tetap akan henyap nanyian dia. maybe sbb takde perubahan sangat kot

Jadi selagi mana dia takde satu persembehan yang ikonik yang boleh merubah persepsi nurtizen selagi tu lah orang akan cerca jugak waimah berjaya macam mana sekalipun. itulah kehidupan kak nab apa boleh buat uols cumi cumi je lah sampai mereput
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 11:10 AM | Show all posts
yang tak faham nape dia boleh lepas masuk AF kalau suara hauk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2026 11:17 AM | Show all posts
AKu memang tak pernah dengar dia menyanyi. Tengok muka sgt awam utk jadi artis.

Then last week family aku dok tengok Meletop, and dia ada, so first time dia menyanyi. HOLY SHIT YOU GUYS ARE NOT EXAGGERATING.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan pula jadi bodoh sombong kalau ko dah praktis sehabis boleh tapi sora tetap bunyi itik. Org takkan tegur kalau sedap didengar. Yg lain tak payah nak menangkan sheols, kalau suara dah sumbang prektis berapa kali pun menyakitkan telinga memang tak boleh nak buat apa org komen ko kene henti jelah nyanyi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissDiane at 29-1-2026 12:09 PM

Tak semua orang ada gifted jadi penyanyi. Sebab semua singer kena nyanyi ada tone. Tu benda paling basic sekali. Iols perasan kalau tengok komen dari TokRam or TokNaz, deyols mesti selalu akan tegur punya pasal "pitch" iaitu nada rentak lagu tu. Kalau tu pun tak boleh buat, jangan jadi penyanyi huhu. Sebab kalau tak follow, memang kelaut dalam lah suara tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 12:46 PM | Show all posts
dah lah suara langsung tak sedap, muka pulak hodoh (AKU TAK NAK CAKAP MUKA AWAM SEBAB RAMAI JE POMPUAN CANTIK)
MEKAP PUN CENGGITU JE PERGI MUKA KAU NI NAB, KALAU TAK MEKAP ENTAH  CEMANE LAH EKKKK
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang suara kau haukkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.197992 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list