|
View: 22639|Reply: 9
|
Penguat kuasa berasa amanah terlalu berat, gagal tahan godaan diminta undur diri - Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
|
Kuala Lumpur: Pegawai penguat kuasa yang berasakan amanah yang dipikul terlalu berat dan gagal menahan godaan ketika berkhidmat diminta untuk undur diri dan memberi laluan untuk individu lain yang lebih berani untuk memikul tanggungjawab berkenaan.
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyuarakan amaran keras supaya kelompongan serta kelemahan dalam agensi penguatkuasaan negara diperbetulkan segera.
Tegasnya, terdapat individu lain yang lebih bersedia, berani dan berintegriti untuk memikul tanggungjawab itu, sekiranya ada yang gagal untuk membuat keputusan yang berisiko.
"Semasa menyampaikan amanat kepada pasukan penguat kuasa negara, saya sekali lagi memberikan amaran dan teguran keras agar segala kelompongan serta kelemahan yang mencemar integriti penguatkuasaan diperbetulkan tanpa berlengah.
"Sekiranya amanah yang dipikul dirasakan terlalu berat, atau godaan serta tekanan luar menimbulkan keraguan untuk bertindak tegas dan berprinsip, maka berterus teranglah dan berilah laluan kepada individu lain yang lebih bersedia, berani dan berintegriti untuk memikul tanggungjawab ini.
"Harus diingat, jawatan yang disandang bukan perhiasan atau keistimewaan, sebaliknya amanah besar yang menuntut keberanian membuat keputusan yang benar, walaupun tidak popular dan sarat dengan risiko," katanya dalam satu kenyataan di media sosial, di sini hari ini.
Perdana Menteri menegaskan, perbuatan menyeludup, rasuah serta kegiatan gelap yang dilindungi oleh penguat kuasa adalah satu pengkhianatan kepada negara dan setiap agensi penguat kuasa perlu melakukan pembaharuan dan perubahan untuk membendung jenayah itu.
"Jika ia berlaku dengan kelonggaran atau perlindungan oleh mereka yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang, ia adalah pengkhianatan terhadap negara dan rakyat.
"Saya juga menegaskan bahawa tiada lagi ruang untuk sikap sambil lewa, kompromi murahan atau tolak ansur terhadap sebarang bentuk pengkhianatan amanah. Tindakan tegas mesti diambil tanpa memilih bulu," katanya.
Katanya, rakyat hari ini menuntut pembaharuan yang nyata, bukan retorik kosong.
"Justeru, setiap agensi penguatkuasaan wajib membuktikan perubahan melalui tindakan, disiplin dan ketelusan, serta bekerja sebagai satu pasukan demi memulihkan maruah institusi, bangsa dan negara," katanya.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
isu kuil tak berbunyik pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
isu berkaitan tentera siapa dan pihak mana yg bongkarkan?... walanon2 pasti akan mainkan naratif "tengok la zaman madani ni korupsi dlm tentera dibanteras" |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tadi masa tengok berita, waktu pm cakap benda ni, kadang2 kamera zoom dekat muka-muka pegawai tu. memang ada yang tak senang duduk, panas bontot. ada sorang dua dok curi-curi pandang member jauh.. iols macam.. oohhh.. gotcha  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut buat agensi baru..
Agensi perangkap rasuah
Upahlah gadis yeye goda askar cmni..klu Kantul terus buang aja..upah juga pegawai palsu rasuah juta2 kat pegawai tentera..klu masuk perangkap londehkan sampai abis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila pemerintah all out macam ni seharusnya seluruh rakyat support. Tak perlu kot di sini pun nak ratib walaun walanon lagi. Bitter sangat kenapa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
masih lagi x tau mana salvador dapat duit beli share juta2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Letakkan limit tempoh berapa lama orang tu boleh bertugas di bahagian penguatkuasa. Contohnya selepas 2 tahun wajib ditukar ke post lain. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by A-Are at 29-1-2026 12:52 AM
Rasuah memang wajib diperangi..benda ni yang menjatuhkan negara..bangsa dan agama..dari sekecik2 rasuah sampai ke besar...rasuah ni byk jenis, walaupun ramai xsetuju, utk iols even dekat sekolah hari guru, hadiah budak2 bg tu pon iols nk declare rasuah..sbb apa, jgn tipulah ckp xterdetik utk cikgu bg layanan special sikit kat bebudak anak org kaya...bukan sekolah je tadika pon gitu..anak yg parent rajin sedekah bg hadiah mmg extra special treatment...please la lebihkan kursus2 rasuah ni kat semua agensi..dekat ofis iols pon salesman company masuk tender kemain lah baik memasing..laju je reply whatsapp ke email, bila xbg tender terus hilang dr radar..semuanya berkepentingan..nampak na servis x konsisten..rasuah boleh jd hadiah boleh jd extra treatment boleh jd dalam pelbagai bentuk yg kita terlepas pandang...sbb certain org mgkn igt rasuah tu duit atau amaount yg byk, tp ada je rasuah dr segi bg hamper tp dekat certain pegawai sajer, ataupun tiba2 salesman jd kawan baik siap dtg beraya kat rumah bg duit raya kat anak2 dgn jumlah yg byk..sekian bebelan iols yg antirasuah hihhi.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|