|
View: 13294|Reply: 5
|
Siasatan kes serangan anak Rafizi tidak didedah, ganggu kesan suspek - Saifuddin Nasution
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Maklumat siasatan kes serangan terhadap anak bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak akan didedahkan kepada umum.
Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengesahan secara terbuka termasuk di Dewan Rakyat dikhuatiri mengganggu proses siasatan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa pengesahan secara terbuka di dewan yang mulia ini (Dewan Rakyat) dikhuatiri akan mengganggu proses mengesan suspek serta boleh menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting.
“Justeru, permintaan tersebut (didedahkan kepada Dewan Rakyat) tidak dapat dilaksanakan,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjawab soalan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan adakah Menteri Dalam Negeri akan mengesahkan secara terbuka hasil siasatan kes tersebut.
Dalam kejadian pada 13 Ogos tahun lalu, anak Rafizi yang berusia 12 tahun diserang seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya.
Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa, serangan itu mungkin satu amaran kepadanya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu.
Kata Rafizi, anaknya diheret seorang lelaki sebelum dicucuk dengan jarum suntikan ketika ingin memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli-belah tersebut.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution memberi jaminan, keadilan akan ditegakkan tanpa kompromi dalam kes tersebut.
Menurut beliau, sebarang perkembangan lanjut yang boleh didedahkan kepada umum tanpa menjejaskan siasatan akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi KDN atau Polis Diraja Malaysia.
Sumber:– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
walanon2 pun dah tak ambil kisah dah pasal rafizi
yg pasal kes serangan terhadap anak dia tu, aku rasa mmg penyerang2 tu suntik air kosong.. tapi mmg lahanat gak la pasal nak gertak sampai libatkan anak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rafizi is so yesterday
Sekarang orang layan chegu bard ler |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sian anak jadi mangsa... belo betul pelaku |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 28-1-2026 08:46 PM
walanon2 pun dah tak ambil kisah dah pasal rafizi
yg pasal kes serangan terhadap anak dia tu, aku r ...
Dulu pun mereka tuduh ada yg suntik viruslah kat pmx. Bagi arseniklah. MO sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 28-1-2026 09:21 PM
Dulu pun mereka tuduh ada yg suntik viruslah kat pmx. Bagi arseniklah. MO sama.
kalau tak silap saya, beza dua kes ni
kalau tak silap, dulu takde mana2 pihak yg menyerang
yg rafizi ni, mmg ada pihak yg menyerang, tapi sengaja serang suntik air pada anak nak gertak rafizi sbb masa tu rafizi tngh dlm perancangan nak dedahkan pasal ada satu projek ni (berdasarkan penceritaan oleh rafizi) yg mana projek tu berkait dgn nama si salvadorian tu (allegedly) yg dikatakan rapat dgn pmx (pmx menafikan).. si salvadorian menafikan terlibat dgn serangan terhadap anak rafizi
tak kisah la apa pun cerita sebenarnya, hakikat serangan tu sendiri iaitu serangan gertak yg melibatkan anak rafizi mmg satu taktik yg sungguh lahanat.. tak kisah la siapa pun pihak yg buat tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|