CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9587|Reply: 0

[Sarawak] Kenyataan Azalina mengenai minyak dan gas Sarawak bercanggah dengan MA63

[Copy link]
Post time 28-1-2026 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-1-2026 11:38 AM



KUCHING: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen berkaitan kuasa Persekutuan ke atas minyak dan gas Sarawak disifatkan sebagai tidak tepat dari sudut perundangan dan bercanggah dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Penganalisis politik, Dato Peter Minos (gambar) berkata jika tafsiran yang dikemukakan oleh Menteri itu diterima, ia secara tidak langsung memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang di Parlimen.

“Ia bukan sahaja mengambil alih minyak dan gas Sarawak malah tanah, hutan, mineral serta semua sumber asli negeri.

“Keadaan ini jelas tidak pernah diniatkan ketika Malaysia dibentuk pada tahun 1963,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa tiada satu pun peruntukan dalam MA63 yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan undang-undang di Parlimen bagi mengambil alih hak Sarawak ke atas minyak dan gas, tanah, hutan atau mineral.

Sehubungan itu, Minos mempersoalkan kesahihan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974), yang menurutnya tidak pernah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak seperti yang diwajibkan di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak.

“Oleh itu, PDA 1974 adalah cacat dari segi perundangan dan tidak boleh dikuatkuasakan di Sarawak,” katanya.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa undang-undang negeri yang masih berkuat kuasa, iaitu Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958), adalah undang-undang yang mentadbir minyak dan gas Sarawak, bukannya PDA 1974.

“Perkara ini telah ditentukan secara tersirat melalui MA63 dan turut diperuntukkan di bawah Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Minos menjelaskan bahawa Malaysia dibentuk berasaskan satu perjanjian dan perjanjian antarabangsa yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu MA63, yang menjadi asas paling fundamental dalam pembentukan negara.

Katanya, hanya selepas MA63 dimeterai, barulah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, peraturan dan tatacara pentadbiran diwujudkan.

“MA63 telah menetapkan sejak hari pertama bagaimana Malaysia harus ditadbir, termasuk pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, serta kuasa ke atas sumber asli,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa MA63 memberi kuasa kepada Petronas untuk memiliki, menggunakan dan mengawal selia penggunaan minyak dan gas Sarawak.

Beliau berkata Azalina seharusnya memahami undang-undang asas yang mentadbir negara memandangkan latar belakang beliau dalam bidang perundangan.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa Sarawak tidak mempunyai pilihan selain mempertahankan hak dan sumber aslinya.

“Sarawak akan bangkit mempertahankan kedudukannya dengan bersandarkan MA63, Perlembagaan Persekutuan dan OMO 1958.

“Kita hidup dalam sebuah negara yang berpegang kepada kedaulatan undang-undang,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.339386 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list