CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33691|Reply: 4

Purata harga rumah di Malaysia RM490,376 seunit - KPKT

[Copy link]
Post time 27-1-2026 05:46 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) setakat separuh tahun pertama tahun lalu berada pada 227.3 mata iaitu pada purata harga RM490,376 seunit.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, indeks itu adalah berdasarkan laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

“HRM sebagai penunjuk statistik yang mengukur perubahan purata harga rumah dari semasa ke semasa berbanding dengan satu tahun asas yang ditetapkan pada nilai 100.

“Dalam senario Malaysia, tahun asas ditetapkan pada 2010. Secara ringkasnya, indeks ini tidak menunjukkan harga rumah secara mutlak tetapi arah dan kadar perubahan harga rumah, sama ada meningkat, menurun atau stabil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berhubung langkah kerajaan mengawal kenaikan mendadak harga rumah.

Aiman Athirah berkata, KPKT cakna terhadap isu peningkatan harga rumah yang berpotensi memberi kesan langsung kepada kemampuan rakyat untuk memiliki rumah yang sesuai, selamat dan berkualiti.

Justeru, katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menetapkan siling harga RM300,000 mengikut Dasar Perumahan Mampu Milik Negara bagi memastikan harga kediaman terkawal, stabil dan tidak membebankan rakyat.

Selain itu, KPKT turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik bagi memastikan harga ditetapkan selaras dengan kemampuan rakyat. Pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.

Jelas beliau, pemetaan itu menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO)

Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2026 01:45 AM | Show all posts
"harga mampu milik"
also harga rumah, setengah juta
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 08:12 AM | Show all posts
mahal ooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 09:43 AM | Show all posts
rumah mampu milik pun ramai yg tak berkemampuan nak beli...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 02:54 PM | Show all posts
Beli rumah siap terikat dgn cukai pintu,caj pembentungan dan cukai tanah seumur hidup...
Kos membayar pinjaman yg tinggi sudah sekian byk dan yg lain pun masuk sbg kos juga walaupun setahun 2 kali selain cukai tanah

Kalau beli tanah buat rumah cuma ada cukai tanah shj..
Kuranglah beban sikit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045465 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list