CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 41204|Reply: 7

[Tempatan] Elak rahsia kahwin dua terbongkar, warga tempatan sanggup naik bot bersama PATI

[Copy link]
Post time 27-1-2026 11:59 AM | Show all posts |Read mode



Elak rahsia kahwin dua terbongkar, warga tempatan sanggup naik bot bersama PATIAbdul Muhaimin (kanan) menunjukkan gambar tangkapan cubaan menyeludup PATI melalui perairan Selangor pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor, Pelabuhan Klang. - Foto NSTP/ FAIZ ANUAR

PELABUHAN KLANG: Pasport dipegang oleh isteri pertama. Itu alasan seorang lelaki warga tempatan berasal dari Perak menggunakan jalur belakang secara haram untuk bertemu isteri keduanya yang berada di Medan, Indonesia.

Namun, tindakan menggunakan jalan salah dengan menaiki bot fiber itu membawa padah apabila dia antara dua lelaki tempatan yang ditahan bersama 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dalam operasi khas awal pagi semalam.

Ketika disoal oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, lelaki itu memberitahu dia pulang ke Medan minggu lalu kerana ingin berjumpa dengan isteri keduanya yang hamil lima bulan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 46 tahun itu berkata, isteri pertamanya yang tinggal di Perak tidak mengetahui dia sudah berkahwin seorang lagi dan tindakan menggunakan laluan salah bagi mengelakkan rahsianya berkahwin terbongkar.

"Penahanan bot berkenaan hasil maklumat risikan aktiviti penyeludupan manusia di sekitar perairan Bagan Nahkoda Omar, Sabak Bernam.
"Pasukan menahan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang cuba menyeludup masuk jam 12.30 tengah malam pada kedudukan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Bagan Nahkoda Omar.

"Hasil pemeriksaan bot itu dikendalikan seorang tekong warga Myanmar berusia 36 tahun. Seramai 26 PATI warga Indonesia berada di atas bot terbabit terdiri 17 lelaki termasuk seorang kanak-kanak dan sembilan wanita berusia antara lima hingga 53 tahun.

"Dua lelaki warga tempatan berusia 46 dan 49 tahun turut berada di atas bot berkenaan dan dipercayai pulang ke negara ini melalui laluan tidak sah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Selangor, Pelabuhan Utara hari ini.

Sementara itu, Abdul Muhaimin berkata, tangkapan kedua dibuat kira-kira jam 2 pagi semalam membabitkan sebuah bot pom pom di kedudukan sekitar dua batu nautika barat daya kawasan sama.
"Pemeriksaan mendapati bot dikendalikan tekong bersama dua awak-awak warga Indonesia berusia 22 hingga 32 tahun yang cuba keluar dari perairan negara ini.

"Pemeriksaan lanjut menemui 24 PATI terdiri 19 lelaki dan lima wanita berusia 22 hingga 64 tahun serta seorang bayi perempuan berusia tiga bulan. Bayi perempuan ini dibawa oleh ayahnya," katanya.

Abdul Muhaimin berkata, siasatan juga mendapati bayaran dikenakan antara RM1,500 hingga RM2,500 seorang bergantung kepada lokasi penghantaran , jarak jauh atau dekat dan sebagainya.

"Semua PATI yang ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar negara melalui jalan tidak diwartakan serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana cubaan membawa masuk PATI.

"Semua individu bersama bot yang ditahan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Pulau Indah untuk tindakan lanjut," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bet jantan ni mesti B40
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 12:46 PM | Show all posts
Edited by silance at 27-1-2026 12:55 PM

Apalagi, suruhlah ini orang apply citizenship indon ikut bini muda.
###Anyway, kenapa lepas kena blok, now views thread cari forum naik ribu, puluh ribu? Sebelum ni ada yang sikit belas-belas pun ada. Asing worangs now suda join forum ka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la nantinya...ank hasil 'kawen x restu'......'mohon ic nya...bapak gue Msia..mak gue indon'.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 03:43 PM | Show all posts
demi kepuasan yg sebentar sanggup tuh bersusah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 06:43 PM | Show all posts
copy_paste replied at 27-1-2026 03:43 PM
demi kepuasan yg sebentar sanggup tuh bersusah

tak lah, this is real love.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2026 07:28 PM | Show all posts
Ini lah yang dikatakan itu lautan api sanggup ku renangi

Terlalu rindu lah tu sehingga sanggup naik boat haram menyeberangi lautan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 10:11 PM | Show all posts
naik tongkang haram ni bahaya wooo

pernah ada sorang indon ni cerita dekat bangkem lebih kurang 10 tahun lepas

dia naik bot bersama 20-30 orang lain laki dan pompuan tua muda di tengah2 malam dari sumatera (tak ingat nama pulau tu) ke pesisir pantai johor

perjalanan lebih 3 jam, gelap gelita, ombak melambung-lambung

sekali tu, dah nak sampai 1km ke pantai johor, tapi tekong kata bot dorang sedang dikejar oleh penguasa/polis malaysia

jadi tekong tu suruh dorang ni semua terjun ke laut dan berenang sendiri ke darat wei.. bot tu pulak pergi patah balik ke indon..

yang mampu berenang ke pantai cuma beberapa orang tak sampai 10 orang pon kata indon tu.. yang lain2 tak tau la apa nasib

sampai kat pantai, ada tonto yang sambut, dan dibawak merentasi hutan selama 2 hari 2 malam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.279869 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list