CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31674|Reply: 1

[Perlis] Upah RM100 bawa ganja

[Copy link]
Post time 27-1-2026 01:58 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan kekasih yang ditahan bersama ganja di Padang Besar, kelmarin.





Upah RM100 bawa ganja



  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 26 Januari 2026, 6:00 pm


Share on facebook




PADANG BESAR – Cubaan seorang lelaki memecut kenderaan bagi mengelak ditahan tidak berhasil apabila dia dan teman wanitanya ditahan bersama 1.02 kilogram (kg) ganja kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, hasil maklumat risikan, sepasukan anggota mengesan kereta jenis Honda City dalam keadaan mencurigakan di kawasan lampu isyarat tapak perindustrian Padang Besar menghala ke Kangar pada pukul 7.20 malam.

“Anggota polis mengekori kereta itu dan mengarahkan pemandunya supaya berhenti, namun suspek enggan memberi kerjasama dan memecut laju.

Suspek bagaimanapun ditahan dalam sekatan jalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kilometer 27, Sungai Chuchuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 20 tahun, manakala penumpang wanita berusia 22 tahun dipercayai teman wanitanya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu menjumpai ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1,022 gram bernilai RM3,000,” ujarnya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki warga asing dengan upah RM100 bagi 1,000 gram untuk dihantar ke lokasi ditetapkan.

Tambahnya, saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif methamphetamine dan memiliki tiga rekod kes dadah.

Pasangan itu direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/26/pasangan-kekasih-dicekup-bawa-ganja/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 10:37 AM | Show all posts
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 20 tahun, manakala penumpang wanita berusia 22 tahun dipercayai teman wanitanya.

Budak local kerja driver transporter bawak dadah atau seludup pati rasa bangga dapat upah seratus gaji hari. Penyeludup warga asing forecasted untung juta-juta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 12:13 AM GMT+8 , Processed in 2.020499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list