CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28037|Reply: 0

[Sarawak] Satu PPS dibuka di Sebuyau, 25 mangsa banjir dipindahkan

[Copy link]
Post time 26-1-2026 03:35 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan dari BBP Asajaya melaksanakan rondaan pemantauan banjir di Kampung Sadong Jaya Ulu. - Gambar JPBM Sarawak

KUCHING: Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sebuyau bagi menempatkan mangsa bencana banjir susulan peningkatan paras air di kawasan terbabit.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) menerusi kenyataan, memaklumkan PPS Bangunan Masjid Lama Kampung Seruyuk mula beroperasi pada jam 8 pagi tadi.

Menurutnya, setakat jam 11 pagi, seramai 25 mangsa daripada lapan Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke PPS berkenaan.

Tambah kenyataan itu, trend pemindahan mangsa ketika ini menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah menjalankan rondaan di kawasan berisiko banjir dan Monsun Timur Laut (MTL) di Kampung Sadong Jaya Ulu pada jam 8.45 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak berkata, rondaan melibatkan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dengan keadaan cuaca dilaporkan mendung serta paras air menunjukkan trend surut, namun air didapati naik di beberapa kawasan berikutan hujan berterusan.

JBPM turut menasihati penduduk setempat agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan paras air serta menghubungi pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 12:12 AM GMT+8 , Processed in 2.148706 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list